Rabu, 5 Oktober 2011

Amalkan Meminum Air


 Menurut kajian,air merupakan komponen terbesar di dalam semua makhluk hidup.Dalam tubuh manusia sendiri terdapat 70% air.Kekurangan air di dalam tubuh boleh mengganggu kesihatan tubuh,malah banyak penyakit berlaku disebabkan kekurangan air dan pengambilan air yang tercemar.Oleh itu,pengambilan air secara teratur amat bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan.

 Air putih contohnya,sering diabaikan oleh orang ramai terutama sekali ketika bangun daripada tidur.Amalan minum air sebaik bangun dari tidur amat bermanfaat untuk kesihatan.Sebenarnya,sepanjang kita tidur di antara 6 - 8 jam setiap malam,kita tidak minum air sehingga menyebabkan tubuh kekurangan air.

 Sepanjang tempoh tidur,tubuh akan mengeluarkan banyak cairan melalui pengewapan.Ini kerana,tubuh tidak berhenti bekerja biarpun kita tidur.Metabolisme sel tubuhlah yang membantunya.

 Sebab itu,kita akan berasa dahaga apabila setiap kali bangun dari tidur.Keadaan ini perlu dipulihkan segera dengan meminum air sebanyak 250 ml - 500 ml air,bergantung kepada berat badan seseorang,agar tubuh akan kembali segar semula.

 Jika kita tidak meminum air setelah bangun tidur,tubuh akan kekurangan mineral.Untuk permulaan,minum segelas air putih setelah bangun daripada tidur akan membantu tubuh.Air yang terdapat di dalam tubuh kita digunakan oleh organ-organ tubuh yang tidak pernah berhenti bekerja termasuklah otak,jantung,dan ginjal.Oleh itu,kita disarankan minum air.

 Selain itu,bukan hanya ketika bangun tidur kita perlu minum air,tetapi sebelum tidur juga kita disarankan untuk minum air.Tidak perlu terlalu banyak kerana minum air berlebihan sebelum tidur akan membuatkan kita sering terjaga malam untuk membuang air kecil,seterusnya mengganggu kualiti tidur anda.Malah,ia juga boleh memudaratkan fungsi jantung dan ginjal.

"Air bukan hanya untuk menghilangkan dahaga tetapi amat perlu bagi membantu pertumbuhan semuka sel,membantu mengeluarkan toksik daripada tubuh dan membantu dalam proses metabolisme tubuh".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan