Sabtu, 19 November 2011

10 Tips : Atasi Kulit Bahagian Bawah Lengan Gelap


  1. Sediakan buah lemon dan timun,kemudian perah buah lemon dan ambil airnya.Potong timun nipis-nipis kemudian dicampurkan dengan perahan air lemon yang sedia ada.Kacau hingga rata.Tambahkan sedikit hirisan kunyit kedalamnya.Setelah bahan-bahan tersebut bercampur,sapukan pada bahagian bawah lengan kamu selama 20 minit dan kemudian bersihkan ia dengan air suam.
  2. Setiap kali selesai mandi,gosokkan pada bahagian bawah lengan kamu dengan campuran air kapur sirih dan perahan limau nipis.Lakukanlah secara rutin.
  3. Gunakan deodoran yang mengandungi asam 'linolenant' dari minyak biji bunga matahari untuk mengurangkan warna  hitam pada bahagian bawah lengan.
  4. Gosokan bahagian bawah lengan kamu dengan pelulur badan atau lulur yang mengandungi buah pemutih kulit,agar hasil lebih maksimum.
  5. Pastikan kamu membersihkan sisa-sisa deodoran atau bedak yang masih terlekat pada bahagian bawah lengan kamu setiap kali mandi. 
  6. Selesai mandi,keringkan badan kamu menggunakan tuala yang lembut pada bahagian bawah lengan.Jangan terlalu kasar mengosok bahagian tersebut.Ini kerana ia akan merosakkan lapisan kulit dan membuat kulit bahagian bawah lengan dalam keadaan tertekan.Hal itu akan merangsang keluarnya peluh yang berlebihan dan kemudian berubah warna.
  7. Adalah lebih baik jika sekali sekala kamu mengeringkan bahagian bawah lengan dengan dianginkan sahaja tanpa harus menggosokkannya dengan tuala.Berbaringlah dengan possisi terlentang dan membuka bahagian lengan sehingga ia kering.
  8. Setelah kering,pakailah deodoran 'antiperspirant' pada bahagian bawah lengan kamu.
  9. Jangan memakai pakaian yang terlalu ketat,terutama di bahagian bawah lengan kerana akan merangsang peluh untuk keluar dan akhirnya ia akan berubah gelap.
  10. Ketika mencukur bulu bahagian bawah lengan,berhati-hatilah.Jangan sampai mencederakan kulit di bahagian tersebut.Ini juga boleh menjadi salah satu punca bahagian bawah lengan berubah gelap kesan dari bekas luka di kulit.Selain itu,segeralah memakai deodoran untuk kulit sensitif selepas selesai bercukur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan