Khamis, 28 Jun 2012

Mengharapkan Keajaiban


Kawan2 dgn rasa rendah diri saya meminta pertolongan dari kalian tolong doakan nenek saya kembali sihat seperti sediakala.Amin...

Isnin, 25 Jun 2012

Bukan mengira Kambing tapi mengira Manusia

Tiap-tiap kali promosi yang dilakukan di opis mesti nama mai akan naik utk bertugas sebagai pengira pengunjung @ Visitor Counting.Boleh dikatakan X penah miss lagi melalukan tugas nie.Selalunye mai akan kena bertugas selepas waktu opis hour,sabtu & ahad.Sekarang tengak ada Promosi Kerja Kahwin so kenalah bertugas..

Tugas-tugas Visitor Counting:
  1. Menghitung jumlah pengunjung yang datang melalui pintu-pintu masuk yang telah ditetapkan mengikut jadual bertugas.Pengiraan dibuat dengan menggunakan hand tally yang dibekalkan.
  2. Mencatatkan jumlah pengunjung di dalam buku kehadiran pengunjung yang telah disediakan dan menandatangani laporan berkenaan.
  3. Menyerahkan buku kehadiran pengunjung beserta hand tally kepada petugas bagi syif yang berikutnya sepertimana yang dijadualkan.
  4. Berada di tempat bertugas mengikut syif yang telah ditetapkan.
  5. Mancari pengganti yang lain sekiranya tidak dapat hadir bertugas dan perlu memaklumkan kepada supervisor yang ditetapkan.
  6. Petugas yang bertugas pada syif terakhir (syif 3) perlu menyerahkan buku kehadiran pengunjung dan hand tally kepada supervisor yang ditetapkan.Manakala petugas pada syif keesokan hari (syif 1) boleh mendapat buku kehadiran pengunjung dan hand tally daripada supervisor yang berkenaan.
  7. Petugas yang bertugas pada hari sabtu dan Ahad hendaklah berpakaian kemas (smart casual) dan bersesuaian.
Setiap syif diperuntukan selama 4 jam sahaja utk bertugas bukan lah sehari suntuk.



Ahad, 17 Jun 2012

Happy father's Day


Kepada 2 org father's (en. Zolkifli & en Misran),kami mengucapkan happy father's day.

Dan kepada en.Krul lain tahun baru saya ucapkan. Peace yoo.

Khamis, 14 Jun 2012

Hangat dalam pelukan mu


Dapat gak aku peluk boyfriends aku nie kat genting.Dulu masa 1st time tah tahun bile pegi dgn hubby tak boleh peluk sebabnye belum kahwin so bile sejuk tue peluk je lah tiang2 yg ado kahkahkah, sekarang dah HALAL suka hati aku lah nak peluk dia berape lama..Serius wei cuaca kat sana time tue kabus & sejuk bangat.Siap aku filling mcm berada kat overC je time tue.Tak caya kasi tenung kat belakang kami tue nampak tak kabusnye????..






update: filling is feeling (oh my english)

Rabu, 13 Jun 2012

Gambar di Skyway


Bayaran utk mendapatkan gambar berframe nie rm50.00,mahalkan.Ia terpulang sama ada nak beli @ tidak.Aku X gamak plak tak beli gambar tue kang X ambil org tue buang ke tong sampah maka baik aku ambil, lagi pun boleh diletakan kat meja rumah.


So aby sorry U x dpt gambar nie sape yg kuar duit kaklong kan so gambar ini kaklong yg punya,klu rindu sgt nak tgk muka madi@anak jiran dtg lah rumah k..



Selasa, 12 Jun 2012

Bergumbira D Genting

Ambil cuti 3 hari klu dok memerap kat rumah kan tak best so aku plan baik ke Genting boleh gak rasa cuaca sejuk kat sana.Aku bukan pegi ber2 tapi ber4,sape lagi yg suka mengikut aku berjalan si aby & madi@anak jiran lah...Kami pegi naik bas je kat KL central 


Sampai je kat Genting kami disambut dgn cuaca yg sejuk,kabus tebal dan angin yg kuat..nasib lah ada bawa baju sejuk klu tak biru 1 badan beku.

Kanak-kanak ribena,haruslah bergambar dgn mascot genting.Yg ada time tu hanya si gajah & monyet je yg lain2 tak nampak dok dalam sangkar tido kot sejuk lah katakan..



Kami hanya main outdoor game saje.9 game yg sempat kami main,tgh hari hujan plak turun bertambah lah sejuk cuaca kat sana.Nak tunggu hujan behenti kami pi makan dulu McD..Ya Allah mahal sungguh harga kat sana.Habis makan sambung balik main game..Gambar bermain tak sgt ambil,malas nak dok snap2 gambar.


sila jgn gelak!!!!! nie baru warm up je..

Gambar posing2 tu harus ada.kahkahkah gilo camero betui..


korang nampak tak mai??? baju aku sama warna plak dgn badan bas teringat plak mcm iklan sabun basuh baju.Dulu2 X ada bas nie tue yg gedik sgt nak bergambar

 
arghhhh korang nampak aku kan...hampeh sama lagi warna dgn pondok telefon..


Jgn ingat org2 nie ada kat Bukit Bintang je kat Genting pun ada..Ada lagi hijau,merah,kuning tapi X ambil tak kan semua ambil gambar nak kena sedekah duit..




sebahagian game yg ada kat situ..kami lenjun main game yg dlm bulatan S tue pasalnye bila perahu tue turun(secara laju) habis air percik naik ke kami...tapi best...

dan game buian nie yg paling memeningkan kepala & mengerunkan.Kat atas tue tepikir klu lah putus tali nie mau aku tersangkut kat tmpt lain tak pun berderai badan nie terhempas..

dalam 7.30 kami ber4 bersiap sedia pulang ke KL..sebelum tue kasi ambil last gambar dulu..



S.E.K.I.A.N dari kota keriangan

Ahad, 10 Jun 2012

Meraikan 3rd anniversary di Fullhouse-Wangsa Walk

Bagi meraikan anniversary yg ke-3 tempat pilihan kami adalah di Fullhouse-Wangsa Walk.Tertarik melihat gambar2 dari blogger lain menjadi keinginan utk aku pergi ke situ.
Memang cantik tempat tue semuanye bertemakan putih sahaja,terasa mcm masuk kat tempat mahal plak.Susun atur nye sangat menarik & simple..




Fullhouse menyediakan makanan yg sedap2 utk pelanggannye yg dtg.2 makanan yg menjadi pilihan kami arinie tue ialah Spaghetti & Chicken Chop.

klu korang dtg sini jgn lupa rasa ke4 dessert yg disediakan memang sedap sekali.yummy..

Lepas habis makan,kami saling tukar menukar hadiah.Yg paling best hubby tak tau yg dia akan dapat hadiah pasalnye mai dah tipu dia awal2 katakan tahun nie NO hadiah coz bajet lari..kahkahkah..

 hadiah buat aku wallet sembonia dan hadiah buat hubby kesayangan seketul iPhone 4s..Pecah lobang sikit kat korang hubby terkesima dapat iPhone tue hinggakan sampai malam dia asyik ucap terima kasih kerna aku telah penuhi impian dia utk memiliki iPhone 4s tue.


Habis makan apa lagi mengedik lah bergambar kat dlm & luar Fullhouse tue..


picture nie kat pintu masuk

Di bahagian dlm 

Setiap org yg dtg Fullhouse akan pasti ambil gambar di kereta nie,kami pun tak lepaskan peluang bergambar bersama..



***Tahun nie aku dapat 2 beg dr hubby.hati nie sgt happy & berbunga-bunga cinta:)

Rabu, 6 Jun 2012

hadiah di ulang tahun perkahwinan ke-3


hubby = iPhone 4S
             mai = Sembonia Wallet

Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-3



Alhamdulillah...
 Aku menadah tangan dengan rasa 
Syukur kepada Mu Ya Allah
KAU pinjamkan aku seorang teman hidup yang sempurna menyintaiku
Seorang teman yang sanggup mengutamakan aku dari dirinya
Semoga KAU pinjamkan dia buatku hingga ke syurga.
AMIN


Buat suamiku MOHD KHAIRULANUAR BIN OTHMAN
Saya MAIFARAH BT. ZOLKIFLI 
dengan sepenuh hati melafazkan 
CINTAKU 100 PERCENT
kepada kamu


jom kita berdangdut 




Hubby Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-3



Jumaat, 1 Jun 2012

3 hari 2 malam di JB

Cuti-cuti sekolah nie mulalah kenduri kahwin sana sini...arinie mai dan family akan balik JB  bagi menghadiri kenduri kahwin sebelah family abah...Jadi dgn itu diet aku terpaksa dilupakan,rugi woo klu tak makan kenduri biasanya klu kenduri belah JB makanannye selalu sedap2..Klu muka tak malu blh lah tambah berkali-kali...

Nanti balik kl mai sambung buat N3

K bye..