Seronok bila surprise yang dirancang menjadi.Bagi tak nak diperasan surprise yang nak dilakukan kite kena bersikap cool je buat seperti biasa seolah-olah tiada apa nak dilakukan..
Aku sejak berkahwin nie baru lah buat surprise masa tengah berkawan dan bertunang tak ada surprise langsung aku buat untuk hubby,dia punya birthday dan anniversary couple kami pun aku tak bagi hadiah hanya bagi ucapan dan belanja makan je.Dulu mana ada duit nak bagi hadiah kat anak orang, baik simpan untuk diri sendiri dan lagi pun dia tue belum confirm lagi jadi suami kite ajal dan jodoh ditangan Tuhan.
Serius muka dah cool cover tapi dalam hati berkeh keh gelak tak tahan nak mengenakan dia,takut gak surprise tak menjadikan.
Surprise pertama aku buat masa anniversary pertama kali tahun 2010.Aku ajak hubby makan Pizza Hut kat The Mines.Setelah pizza diorder aku cakap nak pergi toilet,sebelum pergi aku minta hubby jangan pandang aku masa aku nak kuar ke toilet nasib dia dengar arahan.Sebenarnye aku hanya plan nak bagi gitu je bila habis makan,tiba-tiba tukar plan ada pekerja pizza dok kat muka pintu aku minta tolong kat dia minta dia bagi kan selepas aku beredar.Masuk je toilet aku senyum puas-puas hati,tunggu dia call aku.Lama gak baru dia nak call aku ada gak dalam 10 minit nasib org ramai kalau tak ape kejadah nak dok lama-lama dalam toilet,tue pun dia minta aku kuar cepat dan suara dia masa tue tahan gelak.Yes yes plan berjaya.
Ingatkan dia dah buka hadiah rupanye tak lagi..Bila aku datang kat dia baru dia buka.Siap cakap kat aku dia malu gile coz semua orang pandang kat dia..Kikikiki..Kami berdua gelak bersama tapi slow je lah.Dia kata mulanye dia pelik tak pernah tengok aku kuar bawa beg besar rupanye ada hadiah didalam beg tue..So selepas dari hari tue nak buat surprise tidak lagi menggunakan beg besar.Oh ya terima kasih Faizullah tolong belikan hadiah PSP tue tak de ko tak dapatlah aku nak hadiahkan hadiah tersebut.PSP nie sehingga kini masih elok lagi,pergi kursus mesti dia bawa.Game bola ada kan mana tak heret kemana-mana.
... *** ...
Surprise ke 2 aku buat masa birthday ke 27 tahun 2011.Masa itu kami berjalan ke Bukit Merah bersama Abg Aziz sekeluarga.Aku ada buat cite percutian ke sana nak baca disini yea.Surprise nye masa hubby mandi cepat2 aku letak atas meja makan,lepas dah bersiap-siap baru nak makan kek yang dibeli siang hari.Aku tutup pakai surat khabar bila dia angkat je surat khabar tue apa lagi terperanjat lah dia.Lompat-lompat dia ,macam budak kecik je..
Ada gak soalannye tanya kat mana simpan hadiah dalam beg pakaian tak nampak pun isi hadiah.Hai nak buat surprise kena lah pikir macam mana nak sorok.Aku minta tolong abg. Aziz bawakan hadiah nie.Bila dah tiba hari nye baru aku ambil kat kak siti wife abg aziz.Terima kasih yea abg aziz & kak siti atas kerja sama.Plan berjalan dengan baik.
... *** ...
Surprise seterusnya di hari birthday dia lagi.Kali nie birthday dia yang ke 28 tahun iaitu tahun 2012.Surprise nie pun aku ada citekan, baca disini je lah k.
Aku suka surprise nie coz terasa macam baru bercinta plak.Siap ambil-ambil gambar.Hadiah nie aku beli dengan abah,abah tolong pilihkan mulanye aku nak beli yang kecil macam yang aku bagi kat abah,abah kata alang-alang beli baik beli yg besar sikit.Sian abah punya helikopter hilang diawan sebab hilang kawalan,remortnye rosak.Harga tak payah tanya lah murah je.
... *** ...
Asyik-asyik birthday je kan kali nie aku buat surprise masa anniversary yang ke-3 tahun iaitu tahun lepas 6.6.2012. Citenye ada disini ye kawan-kawan.
Sebelum anniversary dalam sebulan ,seminggu dan sehari nak sambut aku dah kata nanti tak ada hadiah tau,bajet lari nak beli hadiah.Hubby pun sama kata dia pun tak dapat nak bagi hadiah.Tapi itu semua bohong rupanye dia bagi gak aku hadiah.Aku pun buat muka sedih sorry awak saya tak bagi hadiah rasa tak best plak tak balas hadiah.Dia pujuk aku kata tak pe bukan hadiah yang penting asalkan kita bahagia dah cukup.Sebenarnye aku dah pakat dengan Aby suruh simpan kan hadiah IPhone tue kat rumah.Bila kuar makan baru bagi kat aku.Habis je makan lepas di hulur hadiah aku pun bagi lah dia hadiah.Korang nak tau hubby kedu tak boleh nak kata ape-ape,gembira sesangat mana tak nye yang dihajati tercapai.1 je perkara aku tak suka dapat hadiah mesti nak tanya beli dengan sape?mana dapat duit?kenape bagi hadiah? bosan lah nak jawab..Aku senang je bagi jawapan kata surprise kalau bagi tau semua kantoi lah surprise tue..
... *** ...
Nie surprise birthday tahun lepas 2012 yang ke 29 tahun.Masa nie hubby kena pergi outstation ke kedah dan Pulau Pinang maka tak dapat lah nak sambut birthday dia bersama.Sedih aku tak dapat bersama-sama dia.
Bagi tidak dia rasa sedih aku telah buat surprise, aku telah masukkan hadiah didalam beg pakaiannye dipagi hari masa dia nak gerak ke pejabat.Aku selitkan perfium diantara pakaiannye.Masa dia turunkan aku kat opis aku,aku pun salam dia ucapkan happy birthday kat dia sorry tiada hadiah nak bagi.Tipu tetap ada tapi tipu sunat tak dosakan.Dia ok je cuma kata doakan dia selamat pergi dan balik.Masa dia sampai kat kedah dia ada tel aku,ingatkan dia dah jumpa hadiah rupanye tak masa borak-borak sikit pun dia tak sebut.Aku pun cakap dengan dia,nanti dah sampai bilik kuarkan lah baju dalam beg,nanti simpan lama-lama baju dlm beg, baju boleh busuk sebab terperapkan.Alasan tah ape-ape tah aku nie,macamlah sebelum nie pergi jalan-jalan @ kursus aku kuarkan semua baju dalam beg.Dia pun kata nanti dia buat.Malam lepas dia sampai bilik dia buatlah ape yang aku suruh,masa tue lah baru dia jumpa hadiah.Dia call aku gelak-gelak dia cakap patutlah suruh buat gitu rupanye ada hadiah disebalik baju.Kikikiki..
... *** ...
Bila diingatkan kembali peristiwa surprise tue rasa geli hati pun ada.Aku harap hubby tau yang aku sungguh-sungguh sayangkan dia dan bukan sengaja aku nak tipu dia mahupun nak kenakan dia tapi ini je cara nak buat dia happy..
****Anniversary yg ke-4 tahun tinggal 3 hari lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan