Khamis, 26 Mac 2015

- Beli Rak Pokok Bunga -

Tercapai gak hasrat hati aku nak beli rak pokok bunga.Ahad (22.03) aku dan mama pergi Sungai Buloh,mamam kata nak beli ape lagi? aku hanya cakap nak jalan-jalan je kalau ada pokok berkenan baru nak beli kalau tak cuci mata je lah tapi sebenarnya dalam hati dah aim nak beli rak bunga yang tengok hari tue kalau ada lagi memang aku nak beli tak kisah lah mahal pun aku nak beli gak.Aku nak sangat beli sebab bila susun pokok-pokok kat rak pokok bunga tue nampak tersusun,kemas dan cantik je.

maaf kualiti gambar kurang memuaskan masa ni nak hujan

nie lah rak pokok bunga nye.Harganye RM140 after diskaun dari Rm190.Pujuk minta kurang lagi tak bagi nak sangat rak nie aku beli gak.Ada 2 warna,warna hitam dan warna putih.Warna putih memang lawa tapi nanti kena air lama-lama berkarat,jadi nak selamat dan nak pakai lama aku pilih warna hitam,smart gak warna hitam nie.Rak pokok bunga nie ada 3 tingkat tapi sebabkan aku tak berape nak ada duit aku beli je yang 2 tingkat,besok lusa kalau ada duit lebih aku nak beli gak yang 3 tingkat InsyaAllah..

Terima kasih kat mama sebab tolong tawarkan dan pasangkan rak pokok bunga nie.Oh ya senang je pasang nye skru dibekalkan pasang je kat kanan dan kiri besi yang diatas dan dibawah kejap je pun dah siap.

Gambar sebelum ditransformkan ke rak pokok bunga yang baru tue

maaf kualiti gambar kurang memuaskan agaknye tangan goyang waktu nie.Jgn salahkan mama i sebab dia bedung aku dulu masa baby.

nampak tak pokok-pokok rose dan pokok rose jepun iuolls walaupun ia tersusun sebaris dengan kaki papan yang dibuat oleh abah  tempoh hari tapi ia nampak tak berape nak berseri sangatkan.Sebab itulah aku aim nak beli rak pokok bunga bagi naik seri.Sila abaikan keadaan tanah dibawah tue,tanah menjadi mendap sebab kena hujan.

Dan ini gambar selepas ditransformkan ke rak pokok bunga yang baru 


cantik kan lepas ditransformkan lebih tersusun,cantik dan kemas malah naik seri kan kawasan ini. Oh ya sempat lagi tau aku beli pokok rose berbunga kecil warna oren,tengok kat tingkat bawah pasu no 3 dari pasu warna putih.

tak nampak yea ok aku bagi tengok dekat-dekat si rose kecil oren ku itu.


Dah lah tue je aku nak cite..kalau korang nak beli juga rak pokok bunga nie cari kat kedai mat bangla tue yea,kasi bodek baik-baik sampai korang dapat harga murah.

Selasa, 17 Mac 2015

- Qu Puteh Qu Puteh Bunga Raya ku warna putih -

Oleh sebab pokok bunga raya nie warna putih maka dengan ini aku namakan dia 'Bunga Raya Qu Puteh'.


nie gambar Bunga Raya Qu Puteh semalam.Rajin gak pokok bunga raya nie berbunga, tapi suka kembang sekuntum sekutum je tak nak berkawan bila berbunga.Ikut suka lah Qu Puteh asalkan ko tetap berbunga dan hidup segar.


nie pula gambar masa mula-mula beli aritu..eh eh sama lah tempat dia tumbuh dan berkembang.


Isnin, 16 Mac 2015

- Si Rose Oren -

Rose oren nie berkenan sangat dengan rose yang ini,bila dok perhatikan saja bunga tue lelama aku pun belilah cantik pokok rose nie sebab banyak kudupnye dan bila kembang kudup tue mesti meriah penuh dengan bunga-bunganye,dan beli.Kalau ditanya aku mula-mula tentu aku akan kata naakkkkk.Tengah gila bunga rose tentulah aku nak beli warna bunga rose yang lain boleh buat koleksi pelbagai warna bunga rose.

Sepasu bunga rose nie rm15 lepas tawar dapat rm10 boleh lah beli kira murah gak lah tue.Oh ya aku lupa nak bagi tau Si Rose Kuning dan Si Rose Oren nie aku beli di kedai yang sama uncle cina di sungai buloh tempoh hari.




cantik plak aku tengok Si Rose Oren nie bila banyak yang kembang.




Nak tengok bunga-bunga rose yang lain klik di bawah
:: Si Ariana Rose 2 :: 

Jumaat, 13 Mac 2015

- Si Rose Kuning kembang mekar -


Bunga Rose Kuning yang beli kat Sg. Buloh hari sabtu lepas (7 mac) dengan mama  dah kembang mekar.Akhirnya dapat gak aku bunga rose warna kuning dan yang memilih pokok nie mama aku lah love u gak mama sebab pilihkan pokok rose yang cantik utk klong.

Bukan bunga rose kuning je aku beli ada 1 lagi bunga rose aku beli, warnanye warna oren nanti lah yea dilain entry aku up kan gambar dan cite Si Rose Oren tue okey.


gambar 8 mac : pagi buta dah tukarkan semua pasu bunga rose ke pasu baru yang beli sama kat Sg. Buloh semalam tue.Pasu nie sebiji rm5 cantik dan murah kan. 


9 mac Si Rose Kuning mula berkembang kecil,tak sabar nak tunggu Si Rose Kuning nie kembang mekar semekarnye.


masa yang ditunggu-tunggu 10 mac selang sehari Si Rose Kuning dah kembang mekar.Gembiranye aku Si Rose Kuning nie kembang dengan cantik sekali,aku perhatikan di bahagian tengah helaian kelopak bunga nie kelopaknye berwarna oren kemudian dihujung baru nampak kuningnye macam dua warna plak jadinye itu yang buat aku geram sangat kat rose nie nak je beli lagi.

Nanti aku nak beli plak bunga rose warna putih.Hai bila lah lagi nak pergi Sg. Buloh lepas ni HKK 2015.

Oh ya Si Rose Merah aka Ariana Rose pun sama naik gak dia pun berbunga sama dan kembang sama dengan Si Rose Kuning nie.Bukan double tapi triple kegembiraan aku si ariana rose nie sebenarnya kuar 3 kudup cuma lagi 2 tue masih kecil lagi aku rasa minggu depan mesti dia akan kembang



`
Nak tengok bunga-bunga rose yang lain klik di bawah

Rabu, 4 Mac 2015

- Si Rose Merah Jambu Pula Kembang -

Penantian yang menggembirakan hati,setelah rose merah kembang 3 kuntum kini giliran rose merah jambu pula kembang.Oh ya ini bunga rose kampung kata mak ngah kite.Tak kisah lah rose kampung ke bandar ke janji rupanye rose aku panggil rose.

gambar ini pada 25 Feb seperti biasa balik kerje siram dulu pokok bunga,tengah siram sampai ke bahagian rose (tempat rose dah ubah letak kat depan cermin) aku perasan si rose merah jambu nie dah berbunga.Hati tak payah cakap memang suka sangatlah kan akhirnya pokok rose yang ditunggu-tunggu berbunga.

  
bunga disebelah kiri,malu-malu lagi masa nie


dan yang nie disebalah kanan pula mula nak kembang


dan pada 2 Mac yang disebelah kiri kembang mekaarr dengan bau wangi sekali dan sebelah kanan tue aku tak sure akan kembang ke atau terbantut gitu je.


Ok zoom dekat sikit baru nampak jelas bentuk kelopak bunganye.Bunga rose kampung nie kelopaknye berlapis-lapis lain dari rose merah aku tue.Oh ya rose merah tue dah tumbuh tunas baru,setakat nie aku perasan 1 je.




nak tengok si ariana rose kite bunga rose merah lah klik kat bawah nie