Khamis, 18 Jun 2015

Surprise untuk Krul di ulang tahun perkahwinan yang ke 6

Hampir seminggu baru kami berdua dapat sambut anniversary bersama,ahad lepas 14 Jun 2015 kami pergi ke Cameron Highlands hanya pergi balik hari saje.

Tak payah nak cite panjang-panjang aku just nak cite aku berjaya buat kejutan untuk Krul.Dari pagi sampai ke masa nak buat kejutan tue aku berkepit je dengan handbag tak bagi pun dia pegang kejap walaupun aku nak masuk toilet,kang tak pasal-pasal dia terbuka handbag langsung terkantoi baik aku pegang je.Nasib dia bawa slim beg semua harta dia tak lah tumpang kat handbag aku.

Aku buat surprise masa kat strawberi farm,habis je makan aiskrim strawberi dan cake aku hulurkan hadiah kat dia.


Dapat je hadiah muka terus berubah kemerahan tahan malu sebab orang pandang kat dia.Aku lepas je bagi hadiah kat dia aku tak pandang kanan kiri pandang dia je tapi tak lah merah muka aku boleh je gelak kan dia.

Mula-mula Krul nak buka hadiah dalam kereta sebab malu orang pandang-pandang dia sudahnye buka gak kat situ, tak sabar nak tau dapat ape.

Sesi membuka hadiah,dia teka handphone(amboi nak handphone je melampau),jam dan minyak wangi.Buka lah dulu kemudian baru tau. 


Hihihi aku dera dia sikit,tak kan nak senang je dapat hadiah dah lama aku plan nak buat gini sesaje je nak happy-happy.Lepas dia buka pembalut hadiah yang cantik dia kena buka lagi 6 pembalut hadiah yang bersiap kena jawab soalan yang ada pada pembalut tue.

Pembalut yang pertama aku tak bagi soalan just wish kan je.


Pembalut ke 2 dan seterusnye baru ada soalan.Aku siap bawa marker pen,sila jawab yea soalan bukan susah sangat pun.Soalan pun soalan budak-budak je.

Tulisan yang atas tue soalan aku dan tulisan yang bawah tue jawapan dari Krul.






Last sekali baru dia dapat tau hadiah ape yang dia dapat.Tekaan betul dapat jam tangan.


Terus pakai jam baru.So swett..Aduh sama plak dengan tali jam lama,tapi Krul kata tak kisah.


Ok Krul posing sikit nak ambil gambar bersama jam baru awak tue.



Handsome plak dia..Perasan lah suami aku nie kalau dia tau aku puji dia handsome.

Dalam kereta Krul kata terima kasih bagi hadiah dia segan sebab tak bagi hadiah kat aku,eh kan aritu dah bagi bunga kira sama lah tue dah bagi hadiah..Cuma aku terlambat je bagi hadiah,memang aku niat nak bagi hadiah masa bercuti.So ini lah peluangnye baru aku boleh kasi hadiah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan