Aku nak simpan Resepi Ayam Berempah yang aku buat tempoh hari dalam blog aku nie, senang besok lusa boleh cari kat sini je,tak payah lah minta mama lagi resepi nie.
Kalau nak cuba buat sila kan..
Bahan-bahan:
1 sudu besar Jintan Manis
1 sudu besar Jintan Putih
1 sudu besar Ketumbar
2/3 ulas Bawang Putih
1 biji Bawang Besar
Sedikit Halia
(kesemua bahan-bahan nie ditumbuk halus)
1 sudu besar Serbuk Kunyit
Sedikit Kicap Cair
Ayam dipotong kecil (6 ketul sahaja aku masak aritu)
Minyak
Cara Memasak
Gaulkan bahan yang ditumbuk tadi bersama ayam + kunyit + kicap.
Perapkan dalam 30 minit atau semalaman dalam peti sejuk.
Kemudian digoreng dengan minyak yang secukupnye.
Awk tgl kat mane?
BalasPadamcmne nak beli ros jepun tue?