Kesian tengok si Aloe Vera nie sempit dan padat dalam pasu asalnye.
Aleo Vera nie sebenarnye pemberian dari MIL dari rumah lama lagi,mula-mula dapat pokoknye sikit je adalah dalam 2-3 pokok dah lama bela gini lah jadinye sepadat-padatnye.
Masa cuti Hari Malaysia aritu Krul alihkan si Aloe Vera nie ke pasu baru.
Sampaikan nak membiak baru pun dah tak boleh dah disebabkan tak ada ruang kosong pun.
Punyalah payah nak keluarkan si Aloe Vera nie korek tepi pasu pun tak nak keluar gak,aku suruh Krul pecahkan je pasu tue senang habis cite tak payah nak sayang sangat.
Kan senang nak keluarkan si Aloe Vera bila dah pecah pasu.Akarnye dah banyak memenuhi tanah yang ada elok sangat lah ditukar pasu baru yang lebih besar.
Smart sikit bila tanam kat pasu baru,barulah boleh membiak dengan banyaknye.
Oh ya Aloe Vera nie boleh dibuat air minuman,aku dapat resepi air Aleo Vera nie dari kawan alam maya kami berkenalan dari WhatsApp.Namanya Lina,dia wasap aku dah lama dah pun masa tue dia tanya aku beli rak bunga kat mane? Sebab dia pun nak beli rak jugak nak susun tanaman sayur-sayuran dia.
Nie resepi air Aleo Vera yang Lina wasapkan kat aku.Tak pun korang boleh search kat Google untuk tengok resepi yang lain.
Bahan-bahan:
- Daun Aloe Vera
- Gula Pasir
- Daun Pandan
- Air
Cara Membuatnya:
1. Buang kulit daun Aloe Vera,ambil bahagian dalamnya sahaja dan dipotong kiub kemudian dicuci bersih.
2. Rebus Aloe Vera bersama air sehingga menggelegak.
3. Setelah rebusan Aloe Vera ini menggelegak,tapis dan buang airnya.
4. Setelah itu masukan semula Aloe Vera kembali kedalam periuk dan masukan daun pandan serta gula pasir.
5. Rebus semula sehingga menggelegak.
6. Sejukan air Aloe Vera di dalam peti ais.
Aku belum cuba lagi buat,nantilah bila ada masa free aku nak cuba buat gak.Macam mana lah rasanye,Lina kata sedap sangat.
erm..lidah buaya yg mai tuuu..sedey nyer..huhu
BalasPadamawak2.. kita nak anak pokok ni boleeeee =)
BalasPadam