Khamis, 10 Disember 2015

= Tanam Kacang Panjang Renek =

Alhamdulillah..Percubaan menanam kacang panjang berjaya.Tapi bukanlah kacang biasa ia kacang panjang renek.Benih kacang panjang renek dapat dari pemberian kak Diana.

Aku dapat dan mula tanam 16 - 10 -2015 petang balik dari kerja.Tak nak tunggu besoknye sebab tak boleh sabar dan teruja.

Aku tanam benih kacang panjang nie dalam botol air mineral je,sesaje je nak guna bahan kitar semula.Krul plak tanam dalam pasu plastik.

21 - 10 - 2015


Nie aku punya tanaman.Comelkan baby benih kacang panjang nie.Masa dia kuar@tumbuh aku sangat teruja takut pun ada kalau tak jadi.

29 - 10 -2015


Mula membesar tanaman aku dan krul.

03 -11- 2015

Alihkan 4 pasu nie ke tanah bersama dengan tanaman bendi



Kacang panjang renek belah kiri 3 tanam kat tanah 1 masih dalam pasu.3 kanan sayur bendi.

29 -11 - 2015


Daun mula melebat dan berbunga.Bila dah berbunga maknanye tak lama lagi berbuahlah.

03 - 12- 2015


Sudah berbuah dan kacang panjang pun dah kelihatan,baik yang tanam dalam pasu dan di tanah.

09- 12 - 2015

Nie gambar semalam,teruja dan terkejut aku sebahagian kacang panjang dah besar dan boleh dipetik.


Jangan gelak tengok kayu pelita disitu buat tongkatkan kacang panjang nie.Bukan tak nak beli kayu,aritu tengok kat sungai buloh kayu halus dorang jual mahal,jadi baik guna pakai kayu pelita nie dari tersadai kat belakang rumah.


Besarkan.




Dah puas tengok mari memetik eh salah menggunting kacang panjang.

Aku simpan kacang panjang yang petik tu dulu nak tunggu yang lain dah besar kemudian petik baru masak sekali buat lauk makan nanti.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan