Khamis, 12 Januari 2017

BUKIT BENDERA,Pulau Pinang


Esoknye Jumaat kami berjalan ke Bukit Bendera,dah banyak perubahan di Bukit Bendera ni.Ada tempat baru


harga tiket masih sama seperti mula-mula kami datang dulu

nasib baik kami datang awal tak lah kena beratur panjang sangat dan pengunjung pun belum ramai sangat datang masa tue elok je kami turun pengunjung dah ramai beratur pun panjang macam ular


kereta kabel (keretapi funikular) dah sampai jom kita naik kami pilih berdiri di bahagian gerabak belakang sekali kat bahagian cermin tue, dapat lah lihat dengan jelas permandangan panorama dan landasan kereta kabel


landasan kereta kabel

 semakin tinggi semakin curam dan pada aras nie boleh nampak hampir separuh bandar Penang

masuk terowong

tue terowong tadi

dalam 7-10 minit kot kami sampai ke atas





Pada aras ketinggian 833 meter (2,732kaki) di atas paras laut kami dapat melihat permandangan bandaraya Penang dan jambatan Pulau Pinang pertama dan kedua

nak lebih jelas boleh guna teropong nie kadar bayaran RM1 untuk 2 minit


aku tak lepaskan peluang mencuba nak gak tengok jambatan Pulau Pinang


Seperti aku bagi tahu tadi ada tempat barukan tu dia yang love merah kat belakang jom aku tunjukkan Little Village Penang Hill.

Nak masuk sini dikenakan bayaran masuk RM5 seorang,murah jom masuk.




Boleh ambil gambar guna hp sendiri yea kat love tersebut,perkhidmatan fotografer disediakan kalau nak ambil gambar guna perkhidmatan mereka tapi kena belilah gambar tesebut

nie kami guna hp yang guna fotografer jap lagi aku tunjukkan



lepas laluan love nie di hadapan ada Village Grummy dan disebelah kanan ada bee showroom

Kite tengok dulu Village Grummy




 acah cah binatang batu boleh lah nak peganag cuba yang hidup berani ke?hihihi

hujung sekali ada Rabbit Garden


Kecik je pun gardennye dan tak sampai 10 ekor rabbit pun


bagus tidak dikenakan bayaran masuk pun 

 masuk je boleh rasa semua madu-madu yang ada nak beli pun boleh tapi kami tak beli 



dalam nie ada pameran bagaimana madu itu terhasil dari sarang lebah hingga ke prosesnye

berani nak cuba..aku tak nakkkk geli dan takut..lariii..

 ada jual souvenir dan madu-madu

Sebelum kuar boleh ambil gambar tadi

RM30

 sebenarnye 1 frame besar aku tukar ambil 2 frame boleh ambil sorang satu,sorang satu apahal??? nanti kemudian aku cite mungkin bulan 2 kot

kuar dari situ ada lalaun lampu tanglong kertas yang digantung sepanjang laluan keluar dari Little Village Penang Hill nie




Jom kite tengok tempat lain pula

Dataran Bukit Bendera,masa nie ramai rombongan murid sekolah

replika kereta kebal @ keretapi funikular yang lama


Tempat baru lagi

Love Lock Bukit Bendera






yang nie aku tak gedik nak buat yea..bukan tak romantik tapi aku rasa mengarut je tulis nama kat mangga love tue lepas tue gantung.eeeeee tak berkenan aku..


dulu datang dengan fura tak naik sampai atas sebab dia mengandung kali nie aku gagahkan diri naik



  
sebagai bukti ambil gambar kat Bendera Penang,kalau orang tak tau awak tue orang Pahang mesti orang kata awak tue orang Penang kulit dah sama dengan anak mami.

bendera Malaysia plak yelah awak orang malaysia

turun dari sini Krul nampak sesuatu siap ikut benda tue nak ambil gambar tapi ambil gambar curi-curi macam budak kecik padahal bapak budak(insyaAllah)


tue Spiderman eee poyo je kan..

Dah penat jalan kat atas moh kite turun,kena balik awal nak sebab Krul nak solat Jumaat


Ok bye Bukit Bendera nanati ada rezeki kami mai lagi yea

Tiada ulasan:

Catat Ulasan