Alhamdulillah dapat jejak kaki di tanah Sabah,walaupun tak semua tempat dapat dijajahi hanya sebahagian sahaja aku bersyukur InsyaAllah ada rezeki datang lagi.
Dari Labuan ke KK kami berempat naik feri.Harga tiket seorang Rm23.50,tetapi harga tiket dari KK ke Labuan lain pula yea seorang Rm41 mahal dari KK
Untuk pengalaman kami gagahkan diri bertahan duduk dalam feri nie selama 3 jam 30 minit,tido bangun tido bangun,movie by movie berganti habis tak sampai lagi.Aku tak tahan duduk lelama aku berdiri jap.Lepas nie kalau nak ke KK lagi kalau dari Labuan aku nak naik kapal terbang lah,tak sanggup rasanye duduk lelama rasa kematu bontot aku.
Dari Labuan feri bergerak lebih kurang jam 1.00 petang dan kami sampai ke KK lebih kurang jam 4.40 petang
sampai je haruslah ambil gambar dulu.
bot-bot nie nak pergi ke pulau-pulau
haha..abah kena jaga beg kami sibuk nak bergambar
kat pintu gerbang ni haruslah ambil gambar
Transport Krul dah siap-siap sewa,sambil nak tunggu kereta sampai kami makan dulu disitu di Restoren Nasi Padang Ibu,lapar plak duduk lama-lama dalam feri dah lah sejuk.Maaf gambar restoren dan makanan tak ambil tak menyabar wei nak makan kami dah lapar sangat dan takut abah jadi singa baik makan je diam-diam.
Habis makan kereta sewa tak sampai-sampai lagi katanye jem plak,nak kejar solat (jamak - zohor dan asar) kami naik je teksi ke hotel.Rupanye bukan boleh main naik je teksi yang ada kat situ kena pergi kaunter teksi dan buat pembayaran disitu bagus gak cara nie tak lah kite kena tipu harga dengan driver teksi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan