Masih semangat memasak untuk minggu ke-2 menu semua ikut tekak aku yang nak makan.
16.10.2017 / Isnin
Terasa nak makan sotong,gigih Krul beli sotong dan hantar balik rumah.Masak je yang selalu aku masak sotong goreng kunyit mix dengan sayur carrot dan buncis
17.10.2017 / Selasa
Perabiskan sotong jadi aku buat sambal sotong dan lawankan dengan telur bistik
Pergi pasar UTC semalamnye cuti Deepavali cari lauk nak masak tengok ketam murah jadi belilah sekilo ada 8 ekor.Untuk fisrt round 4 ekor aku masak dulu ketam masak lemak cili padi di lawankan dengan terung goreng.
20.10.2017 / Jumaat
Masak yang ringkas sahaja sayur bayam merah masak air dan ikan kembong goreng
21.10.2017 / Sabtu
Mood rajin datang breakfast masak nasi goreng cina dan lunch masak ketam masak sweet sour dan sayur baby sawi masak sos tiram
letak telur nak kasi kuar kering
22.10.2017 / Ahad
Masak sambal telur hancur saja makan dengan nasi panas-panas sedap aje.
masak-masak minggu ke-3 #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa minggu depan aku up kan citenye okey bagi habis ini minggu dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan