The Tip Of Borneo antara salah satu tempat tarikan utama pelancongan di negeri Sabah.Ia merupakan tempat yang dikenali sebagai 'Tanduk Negeri Sabah' Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kudat mengambil masa selama 2 jam lebih,pada korang yang nak datang ke sini tanpa tour guide digalakkan sewa kenderaan jenis 4WD kerana perjalanan ke sini ada ketikanye berbukit.
Dihujung sana tu landmark The Tip Of Borneo.
Sebelum sampai ke sana dibahagian kiri dapat dilihat dengan jelas keindahan Laut China Selatan
Yay sampai sudah,ramai sungguh pelancong ke sini kena tunggu clear dulu baru boleh bergambar.
Inilah landmark untuk The Tip Of Borneo berbentuk seperti tugu globe tapi separuh je
Sedikit info dibelakangnye,kesal dengan vandalisme yang terjadi
Habis bergambar di sekitar kawasan tugu globe ni kami turun ke bawah (belakang Krul) menuju ke arah laut di mana kita boleh lihat sendiri hujung Tanduk Negeri Sabah tu.
Hanya turun tangga saje ke bawah
Disinilah tempat pertembungan 2 lautan iaitu Laut China Selatan (kiri) dan Laut Sulu (kanan)It's so amazing.Subhanallah Maha Suci Allah cantik sungguh ciptaan-Mu Allah.
Laut China Selatan (kiri)
Lihatlah ombak yg menghempas dihujung tanduk itu. Subhanallah.
Yay were are here at Tanduk Negeri Sabah
Duduk atas je lah nak turun tak boleh Krul sakit kaki buat pasal je kang turun boleh naik tak boleh baik duduk atas je walaupun rasa sedikit hampa tak dapat turun dan usik air laut tapi kira ok lah dapat sampai ke sini dapat lihat laut yang indah langit yang membiru angin yang bertiup kuat secara jujur sangat tenang berada disini.Puas jugalah kami bergambar disini untuk buat kenang-kenangan.
Nak tengok gambar kat bawah korang guna jelah Mr.Google kat bawah tu sangat ohsem wei pastikan korang turun ke bawah jika datang ke sini.
Oh ya disni ada chalet tapi dibahagian bawah sebelum naik ke tugu The Tip Of Borneo.Ini salah satu chalet yang sempat dirakamkan
dan
Laut China Selatan dan Laut Sulu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan