Pengikut

Isnin, 17 Jun 2019

5 Syawal - 9 Jun 2019 bergambar di KLIA

2 Syawalkan mama buat mee kari masa family Krul datang beraya Aby dapat tau dia suruh mama repeat buat sekali lagi dan akan datang beraya rumah aku 5 syawal. 

Hati ibu mana yang sanggup hampakan tekak anak dibuatnya juga. Aku ok je ikutkan benda makan tak payah merunggut yang masaknya mama aku macam biasa tolong je.

Bukan Aby dan Syafiq je datang mama minta tolong jemput Makteh dengan sepupu 3 orang tu datang makan sekali, bapa dan mak dia aku panggil Paksu demam jadi Maksu tak dapat ikut sekali datang.



Habis mee kari konon nak bekalkan untuk Yasmin dan Gmarl,dorang tak dapat datang sebab demam sudahnya tak dapat bekalkan sebab tak cukup, masing-masing memang belum makan tengah hari jadi bertambah-tambahlah makannya.



Puas hatilah tu dapat makan mee kari

Habis makan rehat-rehat jap Aby boleh ajak ambil gambar kat KLIA,panas-panas buta tu kami gerak ke KLIA lagi pun nak bawa 3 beradik tu tengok kapal terbang dari jarak dekat macam mana keadaan kapal terbang turun naik.


Masing-masing kenyit-kenyit mata nak bergambar, cari payung masing-masing lepas tu.


Ni kakak namanya Eira


Ni adik namanya Eika


Ni adik tiri dorang namanya Sofia. 


Walaupun tiri dorang baik-baik aje.


Nak sangatkan ambil gambar kat KLIA hadaplah panas-panas


Makteh kakak mama.



Kami pun nak gak bergambar buat kenang-kenangan


Balik bergambar solat dulu kemudian kami beraya ke rumah jiran selang beberapa rumah je dari rumah kami,jiran yang kami mula-mula kenal semasa baru nak beli rumah dan dia lah orang pertama mula duduk di kawasan tu. Terima kasih pelawa kami datang ke rumah untuk beraya.




Jumaat, 14 Jun 2019

Anniversary Perkahwinan kami yang ke-10 tahun - 6 Jun 2019

Sejarah sungguh kali ni punya anniversary, Anniversary Perkahwinan kami yang ke-10 tahun betul-betul jatuh pada hari raya ke-2.

Syukur Alhamdulillah Allah masih panjangkan jodoh kami untuk bersama menjadi pasangan suami isteri walaupun banyak sangat dugaan hebat melanda kami sepanjang 10 tahun tahun dan ditambahkan lagi pjj selama 3 tahun ni.

Disebabkan lauk raya siang tadi dah habis, malam aku ajak Krul makan roti canai kat kedai mamak. Sebelum gerak, aku buat kejutan dulu kat Krul.



Tercapai hasrat hati dia nak ada jam tangan jenama Tissot.

Sehari sebelum raya aku ajak abah dan mama pergi cari jam kat Mitsui,Sepang. Nasiblah ada jam yang berkenan kat mata aku ditambahkan lagi masa tu ada diskaun jadi cukuplah bajet aku nak belikan untuk Krul. 

Dia membalas wei dia pun kasi hadiah juga.


Dapat gelang tangan bentuk love gitu.



Tak menyempat-nyempat dan dan tu juga dia suruh pakai nak pergi kedai mamak je pun.



Dah habis pilih sudahnya ni lah yang menjadi pilihan aku nasib dia suka.

Besoknya lepas solat jumaat kami berempat pergi Mitsui nak potong tali jam Krul, sambil-sambil tunggu tali jam potong aku offerlah kat abah beli 1 jam untuk hadiah birthday abah bulan Julai nanti.

Mula-mula  abah malu tak nak takut mama marah, aku cakap tak pe ambil je lagi pun mama duduk rehat kat luar kedai. Tengah ada bajet ni ambil pilih je lah sebagai tanda kasih sayang kaklong pada abah.




Ni jam tangan yang abah pilih smart gak. 




Jadi dapatlah sorang satu jam tangan Tissot. Semoga kedua-duanya gembira dengan hadiah yang aku hadiahkan dan beri kasih sayang pada aku sepenuhnya.

Keluar dari kedai abah tunjuk jam tangan tu kat mama, nasib mama tak marah aku cakap dengan mama kaklong hadiahkan abah untuk birthday abah tahun ni. 

10 tahun sudah kami bersama harap-harap tahun depan dapatlah kami bertiga pula dan juga harap Krul dapat layan perangai degil kepala batu aku ni.

------------------------------------------------------------- ll -------------------------------------------------------------

Khamis, 13 Jun 2019

Raya Ke-2, 6 Jun 2019

Seperti yang aku bagi tahu semalam raya ke-2 aku jemput semua ahli keluarga Krul datang rumah beraya di rumah kami.

Aku cadangkan kat mama buat mee kari dan nasi impit berkuah kacang. Kuah kacang kirim Aby beli pesnya jadi pagi tu hanya tambahkan air saje untuk nampak berkuah, sedap kuah kacang yang Aby beli ni tahun depan boleh kirim lagi senang tak payah susah-susah nak buat.

Lepas subuh kami berdua sibuk di dapur masak kuah kari tapi yang lebih bersusah payah haruslah mama aku hanya bantu je tolong potong bahan-bahan yang lain.



Nampak raya kedua hidang buah pisang untuk tetamu 

Disebabkan family Krul ramai Krul terpaksa menjemput dorang semua datang rumah. Sambil-sambil tunggu dorang datang bergambar kejaplah.




Family Krul sampai rumah kita  borak-borak kejap, lepas tu serbu makan sama-sama. 

Yang dewasa makan kat dalam rumah budak-budak makan kat luar.


Disebabkan sekarang musim durian ayah Krul beli buah durian masa on the way nak datang rumah dan makan sama-sama kat rumah kami.

Budak-budak makan dulu buah durian kemudian baru makan mee kari.


Nampak yang kecil pun suka sungguh makan buah durian comot-comot makannya. Oh ya ayah Krul minta kopek siap-siap kulitnya isinya bubuh dalam tupperware, tak salah aku dalam 5 bekas rasanya. Bagus gak cara gini jadi kita tau isi dalamnya elok ke tidak dan banyak ke tidak cuma kurang sikitlah fill makan durian tak payah kopek-kopek.

Dapat dukung anak buah pun jadilah Krul mana tau tahun depan ada rezeki kita ada anak, belajar dukung budak sekarang senang nanti isteri mu ni nak makan dengan selesa hihihi.


 Ini budak main batu je kerjanya makan tak sangat.
 

Habis makan aku kasi kuarkan aiskrim kemudian baru boleh main kat luar kami mak mak bapak bapak nak sibuk berborak

Budak-budak dah sibuk main berlari-lari, baling batu dan kuar masuk rumah baru teringat nak ambil gambar family Krul jenuh panggil dorang masuk. Nasib bagi kerja sama yang baik kalau tak memang tak adalah gambar dengan family Krul. Oh ya Fadhil dan Nurin balik kampung gitu juga Mansor tak balik raya di KL beraya dikampug isteri dia.



Lepas tu apa lagi moh lah kita ambil gambar plak kat luar.





Ini isteri baru Jamal, isteri pertama dah meninggal masa sebulan lahirkan anak ke-3 yang Krul dukung tu. Raya tahun lepas arwah sempat datang beraya rumah kami masa tu tengah menunggu hari nak bersalin kemudian besoknya arwah balik kampung, on the way balik KL dia dah sakit nak bersalin sempatlah masuk hospital bersalin. Kemudian sebulan selepas tu arwah meninggal disebabkan sakit (lupalah sakit ape samada asma / darah tinggi). Al-fatihah kepada arwah Yana semoga tenang di sana. Baju yang Ita pakai tu baju arwah datang raya tahun lepas.


Jun dah anak dua sepasang plak tu.


nampak kecil aku disitu.hihihi



Bersama mak mertua dan mama


Dalam 6 lebih dorang baru balik, seronok aku rumah bising-bising dengan suara budak-budak kalau tak sunyi je rumah aku.

Rabu, 12 Jun 2019

RaYa AidilFitri 2019 - 5 Jun 2019 / 1 Syawal 1440H

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada  muslimin muslimat semua. 

Raya tahun ni aku masih paksa abah dan mama beraya di rumah aku.
Menu raya pun aku yang tentukan, menu raya kali nasi arab mandhy (pes nasi arab mandhy ni aku beli kat kakak opis), ayam masak merah dan sayurnya sayur salad.

Memang sengaja aku tak nak mama masak rendang sebab nanti nak pergi beraya mesti rumah orang semua ada rendang baik kita masak benda yang senang-senang saje.



Nasi arab mandhy ni sebelum subuh aku masak pakai pressure cooker tak payah susah-susah nak masak pakai dapur gas.Hanya tumis pes, tekan butang nasi kemudian tunggu nasi masak kan senang tu jimat masa.



Puas aku makan kali ni ayam masak merah mama tak berapa pedas maka bertambah-tambah aku makan. Ayam masak merah ni sehari sebelum raya mama masak kemudian simpan dalam peti sejuk pagi raya kuarkan dan panaskan je.


Mama nak buat acar aku bangkang tak payah susah-suahkan diri kita beli je sayur salad dan timun jepun.Mama nak buat sos aku bangkang juga tak payah makan je macam gini.


Tarra simple je kan menu raya kali nie, aku bukan ape tak nak lah mama susah masak nanti penat lagi pun raya berempat je.

Sebelum gerak beraya ke rumah mak Krul wajib ambil gambar raya dulu.
Tema kami suami isteri asalkan biru tak sama pun tak apa. Manakala abah mana tema suka hati, mamakan tak suka pakai sama-sama warna dengan abah.




Ni kain yang kami adik beradik hadiahkan masa birthday mama bulan januari lalu, bila siap jadi baju cantiknya.


Tak samakan apadahal janji biru


kacak plak suami aku ni



Nampak kurus tak? Hasil usaha aku berjogging dari tahun 2018 sehingga sebelum bulan ramadan dan kawal pemakanan semasa berpuasa. Berat dalam 47kg ++. Terkejut Krul tengok aku kurus melidi siap sound minta aku naik kan balik berat badan sorry ingat sennag ke nak kurus suruh plak kita naikkan balik berat badan bagi chancelah kejap kita nak merasa kurus.

Adik-beradik aku yang lagi dua orang tu masing-masing beraya di belah pasangan dorang.

Yasmin beraya rumah mak Gmarl, itu anak buah Gmarl bukan anak dorang. Bagi tau siap-siap kang salah faham susah nak menjawab.


Aby dan Syafiq raya di kampung rumah nenek Syafiq di Johor Bahru.



Kuih raya yang beli je tak minat nak buat lagipun tak pernah pun mama ajar buat kuih raya.

Besoknye raya kedua aku jemput keluarga Krul datang beraya di rumah kami, nanti aku up ceritanya dan malam hari raya tu ada kejutan untuk Krul sempena Anniversary Perkahwinan kami yang ke-10 tahun.