Sabtu, 14 September 2019

Ke Ipoh kita yob

Ini cite minggu lepas, last minute punya plan sebelum Krul naik flight balik ke KL Jumaat lepas masa maghrib tu baru kami dapat confirmkan untuk bercuti ke Ipoh.

Hari ni aku just nak share tunjuk kat korang kemana tempat yang aku pergi sepanjang 2 hari 1 malam, cite selanjutnya aku cite di next post okey nanti panjang ke bawah bosan plak nak baca.

Bergerak bertiga aku,Krul dan Aby. Syafiq memang dah ada di Ipoh Jumaat lagi atas urusan kerja.


Sampai di Ipoh terus check in dulu hotel (Seemsoon Hotel) manalah tau boleh masuk awal ke tapi tak dapat masuk awal plak sebab bilik tak siap kemas lagi. Sambil check in Aby roger Syafiq jumpa nak makan lunch sama-sama.


So kami berempat makan lunch di Ipoh Hainan Chicken Rice.



Rasanye sedap gak lebih kurang sama je macam The Chicken Rice Shop.

Kemudian Syafiq gerak sambung balik kerja kami merayap ke Padang Ipoh, lepak agak lama juga leka tengok orang main sukan.






Dah time untuk check in kami bergerak balik ke hotel. Panas sungguhlah Ipoh ni.

Lepas mandi,solat dan rehat-rehat jap kemudian nak gerak berempat ke tempat-tempat yang menarik sudahnya kami berdua je pergi Aby demam plak.

So petang tu kami pergi ke beberape tempat antaranya Plan b .


Stesen Keretapi Ipoh



Kemudian kami lajak ke Maps



Malam kami makan di Gerai Nasi Goreng Udang Ipoh yang terletak berhampiran dengan bangunan Ngeri Perak dan berdekatan dengan Stesen Keretapi Ipoh kalau nak waze just taip Gerai Nasi Goreng Udang Ipoh pasti jumpalah.



Chicken chop ni Syafiq punya dan satay makan sesama


Krul dan Aby makan Nasi Goreng Udang dan haraga sepinggan RM16.90


Aku punya Nasi Goreng Sotong banjir RM 18.50, mahalkan tapi tak akan menyesal punya sebab udang dan sotongnya memang banyak sampaikan Krul dan Aby tak habis dorang kasinya kat aku, aku memang sukalah dapat lebihkan.

Malam kami berdua sambung jalan ke Gerbang Malam. 
Sorry yea tiada gambar, Gerbang Malam ni sama macam pasar malam.

Keesokan harinya Ahad, lepas breakfast kat hotel kami breakfast lagi kali kedua di Restoran New Holly Wood yang terletak di Taman Canning. Restoran New Holly Wood restoren cina.


Ramai sungguhlah orang datang makan rata-ratanya melayu. Harap bersarlah yea menunggu makanan dan minuman nak sampai aku ni gagah tunggu sebab malu dengan Syafiq klau ikut kepala aku memang aku dah angkat kaki blah dari situ.





Ni Krul punya roti canai cheese, sedap wei tak tipu. Roti canai mamak yang buat.


Yang ni pula Aby punya Chee Chong Fun. Kuay teow yang dalamnya ada isi boleh pilih sama ada  nak isi udang atau isi ayam. Aby makan isi udang aku dapat rasa sikit ermm sedap gak lah lembut je kuay teownya dan isi udang pun terasa besar juga bila digigit.


Aku dan syafiq makan roti bakar telur goyang

Lepas habis breakfast kami berpecah, Syafiq nak sambung keje dan kawannya nak balik KL cepat Aby ikut Syafiq jadi kami berdua je lah sambung berjalan ke tempat-tempat yang lain.

Terus ke Memory Lane atau di kenali sebagai Pasar karat. Macam-macam ada dari barang antik,elektrik,alat ganti kereta & motor,pakaian,makanan dan lain-lain lagi dijual di sini.










Kemudian kami balik ke hotel untuk bersiap-siap check out.

Perjalanan di teruskan ke  Gunung Lang


Kemudian ke Gua Tempurung


Akhir sekali makan durian sebelum kuar tol Tapah





Puas makan durian isinya tebal.

Itu saje perjalanan kami 2 hari 1 malam, next entry aku cite pasal bilik Seemsoon Hotel dulu yea kemudian barulah ke Plan b., Maps, Gunung Lang, Gua Tempurung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan