Kini 12.00 am 3 beradik di temani hubby ku berada di downtown cheras.Kami sebenarnye meneman Yasmin ke sini untuk membuat inai bagi persandingan besok di rumah Azrimal.
Nape buat inai lagi? Sebabnye inai aritu dah hilang tak tahan lama,rugi dah lah aritu buat Rm250 termasuk Aby sudahnye kedua-duanye dah hilang inainye.
Cantik tak?Cantik kan hanya Rm30 saje untuk lakaran inai nie.
Ahad, 31 Mac 2013
Sabtu, 30 Mac 2013
Selipar Bata Pilihanku
Selamat tinggal selipar Hawkeye diatas jasa perkhidmatan kau mengalas kaki ku untuk berjalan-jalan dan selamat datang dan selamat berkhidmat selipar Bata di kaki ku mulai hari ini sehingga haus tapak seperti selipar Hawkeye.
Hanya Rm30 saja selipar Bata nie.
Hanya Rm30 saja selipar Bata nie.
Rabu, 27 Mac 2013
Outdoor Shoot Meraikan Cinta Yasmin & Azrimal
Sedikit gambar yg aku sempat copy dr FB photografer Yasmin iaitu clickr photodesign.
Pasangan pengantin baru ini memilih lokasi bergambar di Putrajaya.Bila tengok gambar dorang nie teringat dulu aku dan hubby bergambar di Putrajaya.
Alhamdulillah cuaca masa tue cerah disana.Masa nie Aby dan kawan dia teman Yasmin.Aku tak ikut sibuk tolong mama dan abah kemas-kemas yang patut.Kalau Yasmin ajak memang aku ikutnya,dapat free bergambar..Aku kan gedik kikikiki...

Majlis Persandingan Meraikan Cinta Yasmin & Azrimal
Pada 24/3/2013 Ahad diadakan majlis persandingan utk sebelah perempuan (Yasmin) untuk sebelah lelaki (Azrimal) akan diadakan Ahad ini 31/3/2013.
Mengikut lokasi awal sepatutnya majlis persandingan pasangan pengantin ini akan diadakan di Gelanggang Futsal KAMARA,Kg. Malaysia Raya tapi disaat akhir terpaksa tukar kerana gelanggang futsal tengah dalam pengubahsuaian tue yang diadakan di rumah sewa Yasmin.Tak jauh pun dari gelanggang futsal dan tak jauh pun dari rumah mama.
Tue dia pasangan pengantin sama cantik sama padan telah ditemukan setelah berpisah seketika selepas akad nikah.
Sorry kawan-kawan gambar masa duduk dipelamin tak ada,nie pun aku ambil kat FB photographer dorang.
Selepas makan beradap suap menyuap dorang baling gula-gula dan sedikit wang syiling pada tetamu.Orang Johor kan suka buat benda-benda nie,nasib tak buat tol klu tak aku dok depan minta duit..Kononnye nak bagi budak-budak tapi mak bapak budak pun ada gak join..Aku dan Aby pun sama naik nak gak kutip tapi kami kutip duit je gula-gula tak nak lah.Aku dapat 70 sen je ok lah tue kan Aby plak dapat seringgit lebih tapi baik hati pi pulang balik kat Yasmin..Rugi-rugi..Apalah Aby nie orang ambil je..
Yasmin kamu sangat cantik dengan persalinan baju persandingan ini dan kamu Azrimal sangat segak...
***semua gambar ini dari clickr.photodesign
***gambar selanjutnya sila klik clickr.photodesign
Selasa, 26 Mac 2013
Berinai di luar sahaja
Yasmin berinai diluar sahaja sebenarnya kami sekeluarga tak buat majlis berinai dirumah nak harapkan aku memang tak geti langsung nak lukis inai maka Yasmin berinai kat luar di Sg.Besi sahaja.Yasmin pergi dengan Aby,rupanye Aby pun berinai tangan.Poyo betul Aby nie tau.Kebetulan lepas maghrib aku ke Sg. Besi basuh kereta telefon aby katanye Yasmin tak siap lagi so aku pun gedik-gedik ajak hubby singgah tempat yang dorang buat inai.
Sampai je situ memang betul Aby berinai gak.Siap boleh cakap minta tolong hantar balik rumah nanti,Aby tak boleh nak drive sebab telapak tangan pun dia bubuh inai gak.Aku kan kakak yang baik tunggu lah sampai siap berinai Yasmin dan Aby.
Yasmin berinai tangan dan kaki..Cantik gak lukisan inai nye..Aku je tak dapat berinai kang aku berinai susah plak nak balik.
Habis je aku bawalah 2 beradik berinai nie balik rumah hubby bawa kereta sorang2,lawak betul lah Aby nie harapkan dia bawa balik Yasmin dgn dia plak berinai..
Isnin, 25 Mac 2013
Meraikan Cinta Yasmin & Azrimal
Selamat pengantin baru buat adik ku Yasmin bersama pasangannya Azrimal yang telah selamat akad nikah pada 23/3/2013 Sabtu baru-baru ini.Majlis akad nikah diadakan di surau Kg. Malaysia Raya.
Sebelum akad nikah dijalankan,majlis pertunangan diadakan dahulu iaitu setengah jam awal dari waktu akad nikah.
Kaklong mendoakan agar hubungan perkahwinan korang bahagia dan kekal hingga ke Jannah.Amin..
Khamis, 21 Mac 2013
Ceritera Aktiviti Saya Yang Menurut Perintah
Antara aktiviti berkumpulan yang aku sertai sepanjang berkhidmat di PKKM.Semuanya kerana Saya Yang Menurut Perintah.
19 / 3 / 2009
Hari Kraf Kebangsaan 2009
Pertama kali aku sertai kumpulan koir PKKM.Macam mana aku boleh join yea!!! Kak sue lah yang masukkan nama aku dengan rinie,padai dia masa aku nak pergi kursus dia tel. cakap nak masukkan nama aku untuk kumpulan koir.Aku cakap nanti aku fikirkan balik opis nanti baru aku bagi keputusan.Walaupun aku ada sepupu artis ini dan ini ia tak bermakna aku nie geti menyanyi,sekadar nyanyi dalam bilik air bolehlah.Sebab ada kak sue dan rinie aku relakan hati join kumpulan koir nie lagi pun cikgu shafi yang mengajar..rugi lepaskan peluang nak gak merasa cikgu AF mengajar(Akademi Fantasia)
16 / 9 / 2011
Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia 2011
- Dataran Merdeka,Kuala Lumpur
Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke2 aku join bersama kawan-kawan pejabat.Pertama kali masa kat Stadium Nasional Bukit Jalil tahun 2010.Sambutan yang nie kami semua diminta utk memakai pakaian yang dihasilkan oleh pereka-pereka PKKM.Seronok masa nie terasa diri menjadi tumpuan plak yelah masing-masing pakai baju lawa-lawa bila lagi nak melaram dengan baju saiz ukuran model..kikikiki..

2 / 4 / 2012
Hari Kraf Kebangsaan 2012
Kena masuk lagi koir tapi kali nie ramai muka-muka baru yang masuk..Masih lagi cikgu Shafi yang mengajar..Aku cakap dengan cikgu Shafi aku nak kuar dari kumpulan koir tak nak masuk koir lagi nak pencen tapi kena tolak katanye tak cukup orang nak menyanyi nanti.Cantik tak baju koir kami..bertemakan Pop Art tau
31 / 8 / 2012
Perhimpunan 55 Tahun Merdeka,Janji Ditepati
- Stadium Nasional Bukit Jalil,Kuala Lumpur
Perhimpunan yang memberi RM50 pada setiap orang yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil..Untungkan datang dapat duit tak datang rugi dan kena bagi surat tunjuk sebab tidak hadir.Dari kena karang surat baik aku datang je.Dalam 2 bas rasanye kami warga PKKM menghadirkan diri..Amirah ingat tak masa nie kite berjalan berdua cari bendera besar..
17 / 3 / 2013
1 Million Purple Women Walk 2013
- Dataran Putrajaya,Kuala Lumpur
Walaupun tak dapat RM50 aku tetap sokong untuk hadir bersama-sama wanita lain di Putrajaya.Best pergi sana semuanye pakai baju purple sampaikan dah tak boleh cam kawan-kawan sendiri kena tengok muka dulu baru nak tegur kang main tegur je mau malu tutup muka sebab tersalah orang.Masa nak balik kasi punggut dulu makanan dan air mineral.Hari tue memang berlambak-lambak makanan dam air tak habis.Ikutkan hati nak je aku datang balik ambil air mineral berkotak-kotak tue buat stok minum kat opis.
Seronok rasanya bila sekali sekala bila kite sertai aktiviti begini.Besok boleh kite ceritakan pada anak cucu tentang kemeriahan

Isnin, 18 Mac 2013
Memiliki Swarovski Crystal Pens
Terima kasih kepada adikku Yasmin kerna hadiahkan pen Swarovski ini pada kaklong..Serius kaklong suka kerna terdapat butiran batu-batu Swarovski di pen ini..Sayang plak nak guna pen Swarovski ini..Kepada Aby sila jangan dengki sebab kakngah bagi kaklong hadiah nanti birthday kamu mungkin kakngah akan bagi hadiah yang kamu suka..
Aku dah search dlm google rupanye ada warna lain selain warna hitam, cuba korang search google.Kot ada berkenan sila lah beli sendiri yea...
Aku dah search dlm google rupanye ada warna lain selain warna hitam, cuba korang search google.Kot ada berkenan sila lah beli sendiri yea...
Ahad, 17 Mac 2013
We 1Million Women Purple Walk 2013
Putrajaya penuh dengan wanita berbaju purple..haruslah purple dah temanye purple gitu..tidak ketinggalan kaum lelaki turut serta memakai baju purple..
Jumaat, 15 Mac 2013
1Million Women Purple Walk 2013
Nama aku tersenarai utk sertai 1Million Women Purple Walk dimana kehadiran adalah DIWAJIBKAN sekiranya tidak dapat hadir aku kena hantar memo tunjuk sebab tidak hadir..
Jika diberi pilihan aku tak nak pergi baik aku dok rehat kat rumah diam-diam ganti balik 2 minggu lepas tak rehat sebab kerja HKK 2013.Tapi aku positifkan diri ini apa salahnya jika pergi bukan selalupun dapat sertai program begini nanti kalau ada kawan-kawan & sedara mara pergi boleh lah aku pun sama dok bercerita apa yang berlaku tentang 1Million Women Purple Walk 2013 ini..
Balik nie aku nak cari baju warna Purple,tudung Purple dan seluar trek nak gantung kat pintu baru semangat nak pergi..Kasut aku pakailah kasut yang mana ada rasanye kasut dlm stor tue boleh pakai lagi..
Pada korang yang pergi jumpa korang kat sana OK..Jangan sedih-sedih pasal kena paksa pergi kite pergi utk enjoy je..Kan hari tue adalah hari untuk Sambutan Hari Wanita Antarabangsa..

Khamis, 14 Mac 2013
JERAWAT BATU MENGUASAI MUKA AKU YANG COMEL INI
5 biji jerawat batu sedang membesar di muka aku...ikutkan hati nak je aku picit-picit semua jerawat yang ada baru puas hati nie tapi disebabkan nanti ada kesan hitam dan lubang buatkan aku tak jadi nak picit-picit jerawat tersebut.Nie semua sebab period tempoh hari dan kurang tidur semasa promosi HKK 2013.Jerawat yang bulan 1 punya pun belum hilang lagi kesan hitamnye dan bonjolan dah tambah yang baru.Aku dah tak tahan nak tengok jerawat nie aku letak minyak panas dan minyak cap kapak..Linda siap marah aku letak minyak cap kapak nak buat macam mana aku nie kan degil boleh plak dia suruh aku letak ubat colgate...Pelik plak nak letak ubat colgate kat jerawat..
Sang jerawat sila lah hapus dari muka aku yang comel nie..kalau nak tumbuh pun tumbul lah kecil-kecil sudah tak delah aku malu sangat..
kawan-kawan mohon bantu saya bagi petua-petua untuk hilangkan jerawat batu ini.
***gambar tak nak tempek malu lah nak tunjuk kat korang
Sabtu, 9 Mac 2013
Baru Ada Masa Bergambar
HKK 2013 hampir melabuhkan tirainye dalam 2 ari je lagi,arinie aku baru berkesempatan untuk bergambar di cube HKK 2013..Aku dengan gediknye menarik rinie untuk bergambar bersama-sama..Firdaus tQ tolong ambil gambar aku dengan rinie..
Jumaat, 8 Mac 2013
SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2013
Tangan Wanita Yang Menghayun Buaian Mampu Menggoncang Dunia
Selamat Hari Wanita saya ucapkan pada Mama tercinta,adik beradik, Mak (ibu mertua) adik ipar, auntie sebelah mama dan abah,auntie sebelah mak,cousin wanita sebelah mama dan abah, cousin sebelah hubby, kawan-kawan sekolah rendah, kawan-kawan sekolah menengah, kawan-kawan UNIKL dan kawan sepejabat, kawan cawangan dan kawan bloger sekalian..Juga seluruh wanita di Malaysia dan seluruh dunia..
Untuk myfara FLK yang sedang taip nie selamat hari wanita yea kikikiki..
Isnin, 4 Mac 2013
Kehijaun HKK 2013
Hari ini berlangsung majlis perasmian HKK 2013 yang dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.Masing-masing memakai baju yang telah diberikan minggu lepas.
Maka reramailah memakai baju kehijauan arinie..
posing dengan baju HKK 2013
bergedik bergambar bersama kawan2 sepejabat
bergedik bergambar bersama kawan2 sepejabat
Samakan corak baju lelaki dan perempuan cuma perbezaan baju lelaki dan perempuan adalah pada leher dan lengan baju..Poyo je kau Firdaus nak tunjuk lesung pipit lah tue kononnye..
serius aku suka sangat gambar reramai nie..comel je kite kitekan..
bersama kawan lama Eja..Baju Eja lain sebab dia bahagian PR sama dengan petugas protokol
Terasa macam arinie hari khamis plak..
Peace :-)
Jumaat, 1 Mac 2013
* cokelat TOBLERONE utk MAIFARA *
Dia plak nak buat kejutan kat aku...Linda TQ bagi cokelat TOBLERONE utk menceriakan hati aku hari nie...Walaupun aku tergelak ko tau aku sedihkan...