Jumaat, 31 Mei 2013

... Tinggi Melangit Pokok Kaktus Aku Sekarang ...

Nie gambar tinggi melangit pokok kaktus aku sekarang yang di snap petang tadi kat rumah mama.

    maaf kualiti gambar kurang memuaskan

Dan yang ini pula gambar tinggi melangit pokok kaktus aku pada Oktober 2012 yang lalu.




Cuba perhatikan ape perbezaan yang ada?

 Adakan perbezaan.Ok let me tell u..

Pokok kaktus aku ada dahan yang dah kena cantas (sedihnye) dan ada yang sebahagian dahan tumbuh dengan lebat sekali (suka i tau).Bukan tue je pokok kaktus nie sudah meninggi naik ke udara.Sesuai sangat aku namakan tinggi melangit pokok kaktus aku,seolah-olah pokok kaktus nie mendengar kata untuk terus tumbuh meninggi.

Dalam tengok-tengok tadi abah kata dahan belah kanan nak kena cantas sebab dah melendut boleh cederakan kepala jika lalu sebelah pokok tue.Aku memang tak bagi tapi dah abah cakap macam gitu kang ada yang cedera payah plak.Siap ingatkan abah dah cantas nanti dahan tue kasi tanam kat tempat lain.Sayang dibuang begitu je.Kalau rumah aku nie ada tanah memang aku ambil tanam kat rumah.

Harap-harap pokok kaktus nie tak tumbang ke tanah..

Khamis, 30 Mei 2013

I pakai Tudung Bawal Manik + Reben arinie

Mai beratnye tudung ko arini...Berat?? Mana ada berat pun..



 Mungkin disebabkan nampak sarat dengan manik dan reben kot tue yg masing-masing kata demikian.Masa tudung bawal manik + reben nie  baru je kuar di Jalan TAR aku memang tak berkenan sama sekali nak beli nampak macam sarat sangat,tapi bila Linda asyik pakai je dengan pelbagai warna lama-lama aku pun terkenan di hati nak beli.Siap tanya tue nak gosok payah tak? Nak pakai nanti susah tak?? Dan mahal tak tudung ni???

You all punya lah tak berkenan di hati bila Linda cakap harganye RM10 je aku pun terus cakap ko tolong belikan lah utk aku warna oren bila senang-senang ko kuar pi pasar malam rumah ko ke Jalan TAR.Bukan kat situ dia belikan aku kat pasar pagi Shah Alam dia belikan utk aku.Amek ko bukan main jauh belikan utk aku..

Arini batik disebabkan tak ada tudung warna oren tue yg aku pakai dengan tudung bawal manik + reben..So comel tak myfara pakai tudung nie??? Kak Ton jgn nak marah i yea..

pandangan atas

 pandangan sisi

pandangan belakang

Nanti-nanti nak kirim lagi Linda belikan warna yang lain plak..Boleh kan Linda..



***arinie pun Linda pakai tudung manik-manik klik disini


Rabu, 29 Mei 2013

Tolong buka pintu yang betul !!!

Aku dan Linda dah tak larat nak bangun pergi betulkan pintu pejabat nie.Ada je yang masuk pejabat nie salah buka pintu,orang luar memang lah tak tau pintu mana satu patut dibuka.Ok tak pe orang luar tue kami boleh lah maafkan kadang-kadang tue ada gak kami teriak minta tolong dibetulkan kembali pintu.Ada yang dengar dia tolong yang tak dengar maka kami nie lah yang bangun pergi betulkan pintu.

Pintu nie pun satu hal kalau salah tutup akan berbunyi macam mesin nadi kat hospital yang tunjuk pergerakan nadi pesakit,memekak je tau... 

Orang pejabat pun sama dah kerja lama pun kat sini sama je tak geti buka pintu yang sepatutnye,kami nie dok lah teriak minta dibetulkan pintu tapi dorang buat dek je tak tolong betulkan pun..Yang dah tau pintu tue tak terbetul pun tak nak gak tolong betulkan lagi ikut pintu yang salah tue adalah..Tak pe aku senang je ko tak nak tolong besok-besok ko nak masuk tak bawa kad pekerja memang aku buat lambat-lambat buka pintu..Dulu ada remort pintu senang lah tekan kan aje dah boleh buka pintu tue maka buat baik kat aku aku balas balik baik..

Nie dah lekat sign berimej kurang lah sikit kami nie nak bangun.Diulang kurang sikit je tau ada gak yang tak geti bahasa masuk juga sesuka hati.Tah lah dorang nie tak faham kot atau patut kena letak dwi bahasa,bahasa inggeris dan bahasa malaysia baru faham kot..


PULL bermaksud TARIK


PUSH bermaksud TOLAK

Nie sign yang kedua aku tampal,yang pertama aku minta bah. IT buatkan dan bila dapat tau bah. R&D ada buat yang lain aku tel. bah. tersebut minta dibuatkan 2 set utk aku tampalkan di luar dan dalam.

Harap-harap lah ada manusia yang faham sign berimej ini tak faham gak nanti aku nak tampal sign sebesar A3..



***konon nak buat wordless wednesday kang korang tak paham plak ape nak aku citekan..


Selasa, 28 Mei 2013

:: mari menyimpan syiling emas ::

Sekarang aku dan Linda ada hobi baru iaitu menyimpang syiling emas.Aku simpan 20 sen manakala Linda simpan 50 sen.1 permulaan untuk menabung kembali,seingat aku dulu zaman sekolah aku suka menabung syiling 50 sen.Bila menengah plak aku simpan syiling rm1 (sekarang dah tak ada syiling rm1).


Sekiranya aku ada syiling 50 sen aku akan bagi Linda begitu juga dengan Linda jika dia ada 20 sen dia bagi aku.Bukan bagi gitu je kena tukarlah dengan syiling lama.

Linda selalu merungut dia punya syiling lambat nak banyak aku pula cepat je banyak,tapi aku cakap kat dia ko punya syiling walaupun skikit tapi jumlahnye banyak/besar tak macam aku punya walaupun banyak jumlahnye sikit/kecil.Tak pe sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Kami berjanji akan mengira duit simpanan nie bila penuh selagi tak penuh tak boleh tukar dan tak boleh mengelat tukar kat bank.


Isnin, 27 Mei 2013

Orang panggil pokok nie Pokok Lidah Jin atau Lidah Mak Mertua.





Kawan-kawan sekalian kenal tak pokok nie????

Orang melayu panggil pokok nie Pokok Lidah Jin dan orang putih panggil pokok Mother-in-law's tongue,setelah dialih bahasa dipanggil lidah mak mertua..


Nie lah pokoknye yang ditanam yang sibuk-sibuk beli pasu dan tanah kat Giant.Dapat dari Linda kawan sebelah aku nie.Bertambah lah koleksi pokok depan rumah aku.Besok-besok pindah mau pecah pasu dalam lori.

Tak sabar nak tunggu pokok nie membiak dengan jayanye.Biarlah tumbuh banyak-banyak.Kata linda pokok nie senang nak dijaga lama-lama jaga pokok nie akan tumbuh lebat..

Eh! pokok nie buat peace dan sama condong kekanan macam corak pasu..



*** soalan kak masz  tentang pokok kaktus Mai ada bunga ker
       jawapan : pokok kaktus kite pun berbunga gak bunga warna putih tapi tak lah besar mana pun ciput mcm tue je..

Murah rupanye Pasu & Tanah kat Giant

Kononnye nak beli je pasu dan tanah kat Nursery Bukit Jalil dekat rumah tapi tak jadi plak pasalnye sambil beli barang-barang dapur kat Giant singgah kejap kat bahagian  kelengkapan 'garden'.Tak payah susah-susah nak cari pasu dan tanah terus jumpa depan mata je.Tengok harga pun boleh tahan gak tak berape mahal kira boleh lah beli.Hubby pun kata beli je kat Giant tak payah singgah lagi Nursery Bukit Jalil.So ambil lah 1 pasu dan 2 paket tanah hitam tue.


Kalau rumah mama senang je tak payah beli tanah, cangkul je tanah kat belakang rumah berape banyak terus boleh tanam pokok.Pokok ape nak ditanam????? nanti aku up kan N3 kemudian yea..Maka sila tunggu tak nak tunggu kena gak tunggu..K.

Dalam pilih tanah mana nak beli (tiada dalam gambar) mata aku diserang kegatalan.Maknanye mata aku nie sangat allergic pada benda berabuk-rabuk nie.Sampai ke rumah mata aku gatal.Cari lah Eye Mo dan titiskan kat mata tapi tak gak elok-elok.Sudahnye cari ubat mata yg dapat kat doktor tempoh hari,titiskan je terus baik.Nanti senang-senang nak ambil lagi kat klinik senang bila gatal je boleh titiskan.


Ikan Bilis Masak Kicap

Kononnye semalam nak masak nasi goreng je tapi perut nie dah berbunyi-bunyi irama keroncong tukar fikiran masak Ikan Bilis Masak Kicap.Senang sangat nak buat hanya masuk-masuk kan saje dalam kuali tak sampai 15 minit pun nak dimasak.Dimakan dengan nasi panas dan dengan telur dadar terangkat selera makan.

Sekali sekala masak lauk ringkas-ringkas OK gak.



Bahan-bahannya:
2 genggam ikan bilis dibelah dua.
5 batang cili api dipotong 2 .
1 biji bawang besar di hiris bulat 
2 biji kentang dipotong dadu.***rebus dulu utk cepat lembut
Kicap manis secukupnya.
Secubit garam untuk perasa.
Minyak secukupnya.


Cara-caranya:
Ikan bilis di goreng garing.
Masukkan kentang,bawang besar dan cili api..
Bila bawang dah layu masukkan kicap manis dan gaul rata.
Taburkan garam sebagai perasa.
Jika nak berair masukkan sedikit air.
Sedia untuk di hidang.

Rabu, 15 Mei 2013

Bercinta masak sambal

Masak sambal lah paling aku bercinta sekali nak masak,mana taknye aku nie sebenarnya tak geti masak sambal.Setiap kali aku buat sambal mesti aku meroyan tak nak makan sampaikan rasa nak humban je dalam tong sampah sebabnye sambalnye tak berape nak merah sangat selalu aku buat mesti jadi warna oren kemerahan.Setiap kali masak mesti aku akan call mama cakap sambal tak jadi lagi,macam-macam mama ajar tapi hasilnye sama gak.Geram punya pasal aku sampaikan nekad tak nak lagi cuba masak sambal.

Aku tengok mama masak cantik je sambalnye merah menyala pedas tak payah cakap lah memang berasap telinga bila aku masak pedas pun tak berape nak rasa.Adakah disebabkan aku guna cili boh atau cili giling yg ready made tue yg menyebabkan sambal aku tak berape nak jadi merah.Seingat aku dulu ada gak aku pakai cili kisar sendiri tapi sama je.

Pelik betullah padahal masak sambal lah paling senang nak masak.Bukanye kena pakai santan pun lain lah santan kena jaga jgn sampai berketul-ketul.Yang aku heran bila masak sambal sardin pandai plak jadi merahnye.

Malam tadi aku cuba buat sambal sotong dengan harapan jadilah sambal tue kemerahan dan boleh dimakan..Punyalah takut kang tak jadi sambal tue aku pakai api pelahan sesangat,maka lama lah sambal aku di dalam kuali.Kejap-kejap aku tengok progress sambal tue.Bila sambal mulai merah aku pun tersenyum sikit dan terus kacau-kacau sambal biarkan sedikit garing sikit.

Akhirnya berjaya gak sambal sotong yg aku masak walaupun tak berape kemerahan seperti sambal mama tapi aku berpuas hati.Nanti besok-besok aku nak cuba lagi buat kalau tak jadi gak aku buang je dalam tong sampah.


Apa pendapat korang jadi tak sambal aku.Kalau ada nak ajarkan silakan drop komen.Sedih tau masak kalau tak jadi boleh potong selera makan..


Selasa, 14 Mei 2013

Sayur Buncis campur Fish Cake

Campurkan saje sayur buncis dengan fish cake..
bosan asyik-asyik campur dengan udang je kali nie buat lain lah.



Fish cake hanya guna 2 keping je lepas tue potong serong-serong.Sayur buncis dalam secekak tangan je dan dibelah 2 dan di potong serong-serong gak.
Ngam-ngam dapat semangkuk.


Ahad, 12 Mei 2013

Happy Mother's Day & I Love U MAMA



May I always feel your warm touch. Love you mama more than my life. HAPPY MOTHER’S DAY


Jumaat, 10 Mei 2013

zalimnya aku ke atas abah


" Ramai orang cakap nak pakai tudung selepas bernikah,sebab tak mahu bagi suami tanggung dosa.Tapi relakah kamu bila Bapa menanggung dosa itu sebelum kamu bernikah? Kesian BAPA..... "


 Abah ampunkan kaklong,zalimnya kaklong ke atas abah..

Ayat diatas aku dapat masa tengok Facebook petang semalam dari seorang kawan,ayat ni telah membuatkan aku tersentak bagaikan terkena panahan kilat..Ya Allah,sejujurnya tidak sedikit pun terlintas dihati ini utk menzalimi abah kesayangan aku.Abah telah mendidik aku dengan sempurna cukup dengan kasih sayang tapi aku alpa di alam keremajaan.Disebabkan kejahilan aku dahulu telah membuat aku tersangat berdosa ke atas abah  kerana abah menanggung dosa anaknye ini tidak memakai tudung semasa di bawah jagaanya.

Sejujurnya aku bertudung kini adalah kerana ingin berubah bukan  seperti ayat diatas.Abah dan suami kedua-duanya orang yang aku sayangi.Ampunkan kaklong abah dan ampunkan saya suamiku..





Khamis, 9 Mei 2013

Larian Bersama BOMBA kali ke - XI 2013


Jemput datang beramai-ramai ke  Dataran Merdeka,KL ahad nie 12/5/2013 jam 7.30 pagi sempena Larian BOMBA.

Sibuklah En.Khairul saya 2 hari nanti sabtu dan ahad.Pada sape-sape nak join larian BOMBA ini,sila layari web site BOMBA atau klik disini utk mengisi borang penyertaaan.

Pesanan buat hubby Tak pe saya tak kisah minggu nie tak dapat jalan ke mana-mana,tapi minggu depannye harus bawa saya jalan-jalan tau klu tak saya meroyan baru tau...



***Jabatan Bomba Dan Penyelamat sila beri royalti sebab saya dah promote aktiviti yang anda lakukan..kikikiki..


BERSAMA MENCEGAH KEBAKARAN!!!

peribahasa hari ini : Meludah Ke Langit, Muka Juga Yang Basah

Isu PRU 13 masih lagi hangat diperkatakan,ada yang setuju ada yang membangkang.
Apa-apa pun aku nasihatkan utk diri sendiri dan kawan-kawan jangan sampai
.
.
.
.

Meludah Ke Langit, Muka Juga Yang Basah 

bermaksud 

melawan atau membantahi orang yang berkuasa akhirnya diri sendiri juga yang susah.





***rakyat telahpun bersuara BERBAKTILAH kepada rakyat seperti yang diJANJI-JANJIKAN***


Rabu, 8 Mei 2013

Kepala Mr. Iron Man 3


Tak dapat tengok wayang Iron Man 3 dapat kepala Mr. Iron Man 3 pun OK lah.Nie pun atas belas ehsan dari Aby,dia bagi aku seketul kepala Mr. Iron Man nie selebihnye dia punya.Kepala Mr. Iman Man nie sebenarnye paper clip,comel-comel bila disusun.

Terima kasih Aby..

Ahad, 5 Mei 2013

Inai PRU 13 dijari

Berejam-jam beratur akhirnya inai sudah pun berada dijari.Malam kang dok depan tv tunggu keputusan.Siapa lah menang nie.

Aku Nak Pangkah Siapa Ye?

Jom kawan-kawan dan semua rakyat Malaysia kita keluar mengundi..Oh ya bawa ic sekali.Pangkah setulus hati.

Jom Mengundi PRU 13


Tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia

5 MEI 2013 - AHAD

Sabtu, 4 Mei 2013

Sup Ayam bercinta Beef Balls

Tajuk masakan aku hari ni Sup Ayam bercinta Beef Balls.Kenape bercinta? sebab aku masukkan Beef Balls ke dalam Sup Ayam nie.

Jumaat, 3 Mei 2013

perang PREMIUM BEAUTIFUL vs ALKEN


PREMIUM BEAUTIFUL                                                             ALKEN

Wanita mana yang tak nak kurus lagi ramping bak kerengga baik yang belum kahwin mahupun yang sudah berkahwin, lagi-lagi pada wanita yang sudah beranak pinak.Aku yang belum ada anak nie pun tiap-tiap hari dok tanya kat hubby,adakah aku nie gemuk.Tiap kali ditanya mesti dia akan cakap aku kurus,tapi aku rasa sebaliknye.Paling ketara sekali tang perut memang banyak lemak berlehihan.

Dulu kat opis nie sibuk dengan korset Premium Beautiful (PB),sorang dah mula pakai adalah lepas tue sipolan sipolan lain ikut pakai.Ada juga yang nampak hasilnye dari yg berisi dah mula nampak kurusnye dan yang kurus terserlah pinggangnye yang ramping.

Sekarang nie Alken pula mula dijual di opis.Mulalah penjual Alken telefon sipolan tue sipolan ni ajak beli.Kang tersalah telefon sipolan tue dah guna PB so kenalah cari yang lain.

Tepuk dada tanya selera,kalau rasa ia berguna dan berbaloi utk diri sendiri bolehlah beli dan guna pakai.Benda nie nak beli bukannye murah rm100 rm200 tapi beribu.Aku percaya mulut kata tak nak tapi hati memberontak kata nak beli.

Fikir betul-betul yea sebelum benda nie dok tersimpan dalam almari saje..