Khamis, 23 November 2017

Ikan Putih Masak Masam Manis / Sweet Sour


Nampak aku dah buat watermark jadi TOLONG jangan curi gambar masakkan aku nie plak.

Nak simpan resepi Ikan Putih Masak Masam Manis / Sweet Sour kat sini nanti-nanti boleh rujuk sini je,masakkan yang tak selalu buat memang aku cepat lupa.

Bahan-bahan yang diperlukan,

Bahan A:
Bahan B:
  • 5 bji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1/2 halia (dihiris)
  • 5 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan sos cili
  • 2 biji cili merah (dipotong nipis)
  • 2 biji tomato (dipotong 4)- aku pakai tomat saiz kecil 
  • Carrot (dipotong nipis buatlah bentuk mcm aku buat tue lepas tue aku rebus sekejap je)
  • 1 pokok daun bawang (dipotong panjang)
  • 1 cawan air
  • Garam 
  • Gula
  • Minyak

Cara memasak atau langkah memasak:
  1. Ikan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit.Goreng sehingga garing.Kemudian angkat letak kat dalam pinggan dan hias dengan carrot yang dah direbus tadi.
  2. Gunakan sedikit minyak lebihan goreng ikan tadi dan tumiskan bawng merah,bawang putih dan halia.
  3. Apabila wangi,masukkan sos tomato,sos cili dan air.
  4. Kemudian masukkan cili merah,tomato,garam dan gula.
  5. Apabila kuah pekat,tuangkan diatas ikan.
  6. Hiaskan dengan daun bawang.
Itu saja senang je bukan..

SeLaMaT MeNcUbA..

Ok Bye..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan