Pada 10 Julai 2021 bertempat di PWTC telah selamat menerima suktikan dos pertama AZ @ AstraZeneca dan arini genap seminggu telah divaksinasi, Alhamdulillah .
Proses penerimaan berjalan dengan lancar dan cepat, paling penting tak pitam :) (sejenis manusia yang takut jarum). Serius aku cakap semasa disuntik tu tidak terasa sakit pun cuma terasa jarum tersebut tembus masuk ke dalam lengan dan selepas itu lengan rasa kebas sikit.
AZ ni ada kesan sampingan dan aku antara orangnya yang dapat kesan sampingan tapi tidak teruk sangat pun ia bergantung pada antibodi seseorang. Kesan sampingan yang terjadi pada aku demam (sekejap je) dan lapar (seharian).
Macam ni kisahnya.
Disebabkan minggu tersebut tengah viral berkenaan jarum suntikan kosang aku pun tidak peduli dengan nasihat doktor supaya makan panadol bila balik rumah, aku mengambil keputusan untuk makan panadol bila terasa demam atau sakit kepala nanti.
Lepas makan tengah hari dan solat zohor aku terasa mengantuk tapi aku tidak tidur sebab tengah mabuk cerita Turkey aku layankan mata tengok 2 cerita Turkey dan lepas asar rasa lapar, keluarlah pergi cari makanan dan ketika ini bermulalah ketidak normalan aku iaitu cepat berasa lapar.
Pukul 8.00 malam kaki terasa sejuk macam kena rendam dengan ais, mungkinkah ini tanda nak demam jadi aku pun makanlah panadol dan pakai stokin. Kemudian lepas solat isyak badan pula terasa sejuk jadi aku pun tidur sebab malas nak ambil pusing hal sejuk tu.
Pukul 1.00 pagi terjaga dari tidur sebab nak ke tandas dan masa tu badan dah panas, selesai je tiba-tiba kepala pusing dan rasa macam nak pitam gegas aku keluar tandas dan baring kat ruang tamu nasib masa tu abah belum tidur lagi. Agak dah lega sikit aku bangun makan panadol dan tampal salonpas kat dahi dan tengkuk sebab dah terasa sakit kepala kemudian aku tidur kat ruang tamu sebabkan nak angin dan nak tidur tempat yang lapang.
Pukul 2.00 pagi terjaga dalam tengah demam tu perut ni boleh lapar, bangun ke dapur cari makanan apa yang ada, nak makan roti malas plak nak sapu planta jadi aku ambil je pisang besar seulas aku makan dan minum air kosong banyak-banyak kemudian sambung tidur.
Pukul 3.00 pagi terjaga sebab nak masuk tandas sebabkan tadi tu aku minum air banyak dan masa ni badan dah mula berpeluh dan kepala pun dah kurang sakit kemudian aku tidur balik.
Subuh bangun badan dah rasa sihat tapi kepala pulak sakit sikit dan tidak boleh berdiri lama terasa macam nak pitam kemudian sambung balik tidur.
Pukul 8.00 pagi bangun tidur kepala masih sakit sikit aku sarapan dulu makan roti, susu coklat dan makan panadol kemudian tidur balik.
Pukul 10.00 pagi aku bangun tidur alhamdulillah badan dan kepala dah sihat, aku pun mandi siap basahkan kepala. Lega dapat mandi rasa badan pun segar. Selepas itu aku tengok TV dan tengok handphone macam biasa.
Pukul 11.00 pagi buat hal pula, tiba-tiba aku mengantuk mungkin sebab kesan panadol aku pun tidurlah sampai ke 12.30 tengah hari. Bangun tidur lapar sungguh dan masa itu pun mama ajak makan aku pun makanlah sekali, hebat tambah 2 kali aku masa tu tambah pun bukan sikit banyak plak tu.
Dah makan 2 kali tambah ingat kenyanglah perut ni, eh silap yea masa ni dah tidak normal sebelum asar lapar lagi makan lagi aku pergi cari makanan kat dapur aku makan roti buat lapik perut.
Pukul 6.30 petang perut buat hal lagi, lapar lagi tapi kali ni laparnya memang teruk lapar yang betul-betul rasa lapar macam kau mula berpuasa, kebetulan masa tu yasmin (adik) call mama tanya nak makan apa sebab nak hantar jadi kami pun kirim lah makanan. Sampai je dia hantar makanan aku terus ambil pinggan mangkuk terus makan dengan rakusnya sebab tahan lapar tu.
Belum berakhir yea, pukul 9.00 malam dia buat lagi perut ni. Nasib ada makanan lebihan kat dapur sambil tengok TV aku makan.
Alhamdulillah lapar tu berakhir malam itu, besoknya Isnin aku sudah kembali normal nafsu lapar tu dah hilang.
Berbalik pada kisah viral berkenaan jarum suntikan kosang ternyata salah sama sekali memang betul aku disuntik vaksin sebab aku dapat kesan sampingan tersebut. Macam aku cakap awal tadi kesan ini bergantung pada antibodi seseorang bukan tidak demam itu tidak dimasukkan vaksin jangan salah faham yea sebab aku terpengaruh dengan video viral tersebut je.
Video mana yang aku tengok tu, rasa tidak perlulah aku nyatakan sebab aku takut benda ni akan menjadi isu yang tidak elok.
Tarikh jani temu untuk dos ke-2 aku adalah 11 September 2021 sama hari sabtu juga harap-harap kesan sampingan ke-2 nanti tidak teruk. InyaAllah
Bagi yang belum dapat tarikh janji temu vaksin korang, harap bersabar masanya akan tiba juga nanti.
LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan