Jumaat, 25 Jun 2021

AYAM MASAK LEMAK TUMIS BY CIK MAS


Resepi Ayam Masak Lemak Tumis By Cik Mas ni selain makan dengan nasi putih makan dengan roti kosong atau nasi impit pun sedap. 

Bahan-bahan:

bawang kecil dihiris, serai, daun limau purut dan daun kunyit

bahan kisar: bawang besar, cili padi, cili merah dan belacan

santan..jika pakai santan kotak guna 1 kotak  besar

ayam goreng

Cara-cara memsak:
1. Lebihan goreng ayam tadi tumiskan bawang hiris sehingga layu
2. Masuk bahan kisar, 1-2 sudu serbuk kunyit, daun limau purut dan serai masak sehingga garing dan pecah minyak
3. Masuk santan dan sedikit air. Masak kuah sehingga pekat 
4. Masuk ayam goreng dan garam. Biarkan seketika sehingga ayam mesra dengan kuah
5. Siap untuk dimakan.

------------------------------------------------------------------ll Selamat mencuba ll ------------------------------------------------------------------








1 ulasan:

  1. Assalam MyFara,

    Saya ada tinggalkan komen dalam posting awak:
    http://myfaraflk.blogspot.com/2014/12/mengalihkan-anak-pokok-setawar-ke-pasu.html

    BalasPadam