Rabu, 31 Ogos 2011

Mari Kibar Jalur Gemilang


Jalur Gemilang membawa maksud 14 jalur merah dan putih yang terdapat pada bendera Malaysia,melambangkan 14 buah negeri yang bergerak selari dan searah untuk mencapai satu wawasan yang sama iaitu kegemilangan.Lambang bulan dan bintang yang terdapat pada bendera ini boleh diertikan sebagai lambang gilang gemilang yang sentiasa terpancar menjadi panduan setiap rakyat yang bernaung di bawahnya.

Perisytiharan nama Jalur Gemilang pada bendera Malaysia telah diadakan pada 31 Ogos 1997 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad,Perdana Menteri Malaysia Malaysia keempat di Dataran Merdeka,Kuala Lumpur.

Maksud lambang dan warna Jalur Gemilang:

Jalur pada bendera menggambarkan 1 haluan yang lurus,hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini.

Gemilang bermaksud bercahaya,terang benderang dan cemerlang.Oleh itu Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih,taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.

Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan,keberanian,kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran.

Warna Putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan Wrna Biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai.

Warna Kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara.


Kad Raya dr Ceritera FLK utk korang semua

Buat teman2 blogger sekalian & silent reader
v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v


nak hantar kad X de alamat so kirim begini je lah yea...

^__^

Selasa, 30 Ogos 2011

MERDEKA MERDEKA MERDEKA


Selamat Hari Merdeka yang ke 54 tahun 

"Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera"
Merdeka Merdeka Merdeka!!!!


gambar "saya anak malaysia" diambil dari http://emilayusof.com/2008/08/selamat-hari-merdeka/

Sarapan 1 Syawal 1432

Selamat Hari Raya buat semua Umat Islam seluruh dunia...Semoga semua ceria di pagi syawal nie dan saling bermaaf-maafan sesama insan..

Juada pagi syawal nie mai hidangkan hubby 

v
v
v


lemang + rendang ayam cili api + rendang daging + air teh panas

Rajin tak mai...hihihi X de maknanye rajin setakat menghidang bolehlah...

lemang yg dibeli malam raya di area bukit jalil
rebdang daging yg beli kat Kampung Baru lepas balik keje semalam

rendang ayam cili api yg  mai dibuat sendiri atas pemintaan hubby tersayang.

Makanan dah terhidang jom hubby kite jamu selera kang nak pegi ziarah kubur lepas tue nak pegi beraya rumah ayah bonda nanti terlambat pula kite.

Bagi yg baru nak mulakan perjalan pulang ke kampung ingatnye pandu cermat jiwa selamat dan ingat yg tersayang.

Ahad, 28 Ogos 2011

Bunga utk Raya

Setelah 10 tahun mama tak tempah bunga utk raya,tahun nie mama balas dendam tempah 2 pasu bunga utk raya..Mana tak tumpah nye kuah ke nasi mama suka bunga anaknye nie pun suka gak bunga.Nasib lah hubby sgt memahami isterinye nie suka bunga,tue yg selalu bagi bunga(taklah selalu sgt ada lah time2 yg tertentu).

Berbalik pada cite asal tang bunga raya,mama telah menghabiskan rm250 sekelip mata utk bunga tue,tapi amat bebaloi sekali bunga yg dapat bunga stail baru dan besar2 bunganye.Nak larang mama tak boleh,dah lamakan tak tukar sian plak kang tido malam mengigau plak nak kan bunga tue tak pun ada plak muka masam di raya nie,baik ikutkan saje...Tue lah namanye perempuan tak dapat dipisahkan dgn bunga..

Bunga tue tempah kat Jalan TAR, klu korang pegi sane(Jalan TAR) tau lah yang 1 tempat tue penuh dgn bunga2, senang cite cari je maydin kat situlah tempatnye...Sian kat abah,malas nak tunggu lelama masa gubah bunga tue tinggal kami anak beranak pegi jalan ke Sogo katanye nak dok tempat sejuk,yelah abah asalkan abah tak marah kami sudah,pegi lah mana2 kang kami tel. bila dah sudah gubah bunga yea...

Nak tengok tak bunganye,boleh tengoklah...

nie bunga yg pertama nak letak kat meja makan.Cantiklah sikit letak kuih muih dihiasi dgn bunga. 

sorry yea gambar penuh tak sempat nak snap cepat sgt brother nie mengangkat letak ke tepi..yelah lepas tue nak gubah lagi satu bunga yg lagi satu.

Oh ya yang gubah bunga nie orang lelaki tau,pandai je gayakan nak gubah bunga tue,cucuk2 dah jadi klu lah kite nie yg tak kreatif mau je cucuk tegak2 je tak de lah nak kembang membang...Brother nie tak menang tangan lepas satu2 dia gubahnye yg wife dia dok layan orang lain nak menempah..



mama X gerak2 tue mama dok je setempat tgk bunganye digubah,baby sampai terlentok2 kat bahu mama ada gak mulutnye mengomel bosan menunggu..mak teh yg bertudung hitam tue dah sengap dlm hati dah melompat suka dapat bunga free dr brother nie.Asal boleh dapat free kan,brother nie sebenarnye kawan pak usu mai adik kepada mama dan mak teh,pak usu lah recommend pegi gubah kat sini siap tolong mintakan bagi harga murah2 je pada kami..cayah lah pak usu!!!

jom tgk gubahan ke2,bunga nie mai suka sesgt besar lagi tue..mama nak letak kat sudut penjuru,pasu nie ada kakinye tp edaklah bawa kakinye bawa pasu je.




sambil tunggu tue sempat gak mai posing dgn bunga2 nie..

bunga matahari tue klu Jaafar Onn tgk mesti dia bekenan habis,dia kan peminat bunga matahari..Maya matahari sekarang I lah ratu bunga matahari...hehehehe..bunga2 nie sekali pandang macam bunga hidup je..

Yang jadi mangsa bawa ke kereta bunga nie ialah hubby,siap mai usik kata kat dia mat bunga tgh menghantar bunga...lepas tue mai plak jadi mangsa kat dlm kereta, mai kena pegang bunga tue,tak lah pegang pun just letak je kat kaki tapi tak selesa lah kan bunga menyocok2 ke muka dan beresin beberapa kali dok menghidu span pd pasu tue..

Balik rumah,terus letak kat tempat yg sepatutnye...mama senyum sampai ke telinga...puas hati lah tue mama...


Sabtu, 27 Ogos 2011

Happy Birthday Yasmin


Berkebaya biru diatas adikku Maizaitul Yasmin Bt. Zolkifli a.k.a yasmin, dirumah yasmin biasakan diri dia dgn mai 'adik' manakala dgn aby pula kak ngah,anak kedua dr adik beradik dan muda setahun dr mai..Seorang yg berdikari dan senang bergaul dgn org lain..Available? rasanye tidak, dia dah ada special boyfriend..oppsss sorry yasmin terlepas sudah.. 

ok lah kaklong nak ucapkan
Happy Birthday to U Yasmin..
semoga panjang umur dan murah rezeki..
smile alway

^__^

Jumaat, 26 Ogos 2011

Aku dah tak berhutang lagi


Hurei hurei hurei aku bebas dr along..eh salah plak bila masa aku hutang dgn along...ulang sekali lagi lah,Hurei Hurei Hurei!!! aku bebas dr MARA!!!!! dah tak perlu lagi tiap2 bulan bayar pinjaman..Buat penjaminku abah & uncle (member abah) anda berdua dah boleh tarik nafas lega serta tak perlu risau lagi saya pemegang penama diatas MAIFARAH BINTI ZOLKIFLI telah melangsaikan hutang pinjaman MARA melalui duit gaji saya sendiri...

Alhamdulillah,aku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerna menyenangkan urusan pembayaran balik pinjaman MARA ku dari bulan ke bulan tahun ke tahun hingga lah ketika ini...

Bila di recap kembali mai mula start bayar pinjaman MARA nie masa tahun 2007 yang mana tika tue mai baru start keje kat PKKM nie hanya sekadar pekerja sambilan saje,gaji pun masa tue dikira gaji hari bekerja klu kehadiran kurang maka gaji pun sikit lah gamaknye,mai bersyukur sesgt Allah menolong mai memberi kesihatan yang baik,jd gaji pun dapat penuh.Dari gaji tue lah mai membayar pinjaman MARA dr sebulan ke sebulan dlm tempoh sambilan.

Rezeki berpihak pd mai,tahun 2008 mai diterima kerje secara tetap di PKKM nie,gaji pun dah stabil tak perlu risau klu kekurangan duit utk membayar pinjaman.Bila tahun 2009 mai ada tepikir masa tu nak hold bayar MARA coz nak kumpul duit utk kahwin,bila dipikir2 secara normal dan minta pandangan abah maka tak jadi holdkan pembayaran kerna klu kita dah mula hold pembayaran nanti kite akan terbiasa utk tidak membayar selepas itu kang tak pasal2 dapat surat merah dr MARA mengingatkan utk membuat pembayaran pinjaman.Malu plak nanti pada penjamin ke2 mai(member abah) kena explain nape dia pun sama dapat surat merah tue.Mesti uncle tue masam muka dgn abah plak,tak syok lah mcm tue anak punya pasal bapak plak kena tanggung malu..

Mai tawakal je masa tu teruskan pembayaran dan membuat bajet perbelanjaan supaya dpt asingkan duit utk tujuan tertentu.Alhamdulillah selama tempoh tue mai dapat follow bajet yg dibuat sehingga kawin..Yang bestnye lepas kawin pun mai masih teruskan buat bajet,dah terbiasa plak lg pun cara nie dapat kawal mai utk berbelanja supaya tidak bebelanja lebih dr kemampuan.Tak pecaya korang cuba buat,tapi kena cekal lah yea klu buat main2 tak nampak lah hasilnye.

Mai buat pembayaran di pejabat pos saje, tak kuasa nak pi panjat pejabat MARA tue.Dapat je gaji dr dulu sampai sekarang mai minta hubby pi pejabat pos tolong bayarkan pinjaman MARA tue.Thanks to hubby so much tolong saya yea.

Pada kawan2 yg masih ada pinjaman MARA @ PTPTN sila lah buat pembayaran,ingat bukan korang je nak guna duit tue adik-adik kite pun nak guna duit tue gak bg mereka peluang utk belajar mcm mana kite belajar...


Khamis, 25 Ogos 2011

Sambut Syawal Dengan

Kita seharusnya melakukan sambutan kemenangan bermula detik Syawal dengan amalan-amalan sunnah.Antaranya seperti berikut:
  • Memperbanyakkan takbir dan puji-pujian kepada Allah swt pada 1 syawal mulai waktu maghrib hinggalah selesai khutbah hari raya
  • Mandi pada pagi hari raya sebelum pergi menunaikan solat hari raya:
  • Memakai pakaian yang paling baik,bersih,cantik dan berwangi-wangian, tetapi tidak berlebih-lebihan bagi wanita
  • Menjamah sedikit juadah makanan sebelum menunaikan solat hari raya sekurang-kurangnya beberapa biji kurma atau air
  • Berjalan kaki untuk menunaikan solat hari raya jika tidak menimbulkan kesulitan dengan menggunakan jalan yang berbeza semasa pergi dan balik
  • Keluar beramai-ramai ke tempat solat hari raya,sama ada tua atau muda, yang berkahwin atau belum berkahwin, wanita yang suci atau dalam haid untuk sama-sama bertakbir, solat, mendengar khutbah dan berdoa
  • Segera menunaikan zakat fitrah sebelum menunaikan solat hari raya
  • Menunaikan solat hari raya dua rakaat secara berjemaah, terutama di kawasan lapang jika di sediakan 
  • Mendengar dua khutbah selepas menunaikan solat hari raya
  • Ziarah menziarahi, bersalam-salaman, bermaafan serta melahirkan kegembiraan bersama keluarga, kawan dan jiran dengan pelbagai aktiviti kemeriahan yang bersesuaian dengan syariat
  • Memberi ucapan selamat sesama muslim, terutama melalui lafaz 'taqabbalullah minna waminka' (semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)
  • Berpuasa sunat enam hari pada bulan syawal kerana ganjarannya sangat besar seperti sabda Rasullulah Saw : "sesiapa yang berpuasa ramadhan lalu diiringi dengan puasa enam hari pada bulan syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun. (riwayat muslim)

Rabu, 24 Ogos 2011

Dari kami utk anda


Barisan belakang kiri ke kanan:: Hamizah Bt. Said,Bahrlinza Aidick Nadiakeeza Bt. Bahar,Mohd Ridzuad Bin Musa,Abdul Nasir Bin Abdul Mutalib,Mohamad Khairol Zaman Bin Abdullah,Salem Bin Abdul Kahar,Syahrul Nizam Bin Hj. Abdul Rahman,A.Razak Bin Romlan, Mohd Shahrir Bin Mohamad Ramli,Syardi Bin Muhammad, Ravindran a/l John Smith, Ahmad Jabir Bin Nordin,Mohd Firdaus Bin Bahari,Muhd Zaim Bin Rosni,Adzman Bin Sulaiman, Mohd. Noor Effendy  Bin Abd. Karim, Mohd Faizul Bin Nazeri, Zulkeflee Bin Mokhtar, Zulkifli Bin Sultan, Mohd Razali Bin Daud, Hadzmi Bin Hamidun,Manap Bin Othman, Mohd Haizam Bin Mat Abas,Ahmad Kamal Bin Abdul Ghani,Mohd. Rosmadi Bin Harun

Barisan Tengah kiri ke kanan:: Azra Nadia Bt. Abd Aziz,Sharifah Nadiah Bt.Sh Waris,Rosman Bin Manan,Norlita Bt. Mohd Taib,Faradilla Bt. Haridatul Akhmar,Azreene Bt. Abdul,Che Raidah Ayu Bt. Mohammed,Siti Musarah Bt.  Abdul Majid,Erniezaa Bt. Anuar,Ku Norasriza Bt. Ku Ahmad, Siti Habsah Bt. Romlan, Nur Syahirah Bt. Mustafa, Nur Adilah Bt. Abdul Rahim,Mariam Bt. Outar @ Autar, Aziah Bt. Abdul Razak, Rohani Bt. Kaling, Sa'niah Bt. Sulong,Wannor Bt. Hassan

Barisan hadapan kiri ke kanan::Nurul Safarina Bt. Ismail,Roshidah Bt. Abd Rashid,Norzahida Bt. Harun,Norain Bt. Abdullah,Harnaine Bt. Pusiran, Nik Noorzilawani Bt. Sa'ari, Haji Mohd. Mokhtar  Bin Lop Ahmad, Junainah Bt. Ismail, Suhaili Bt. Jamuri,Maifarah Bt. Zolkifli, Amirah Saryati Bt. Chuari, Siti Roha Bt. Mohd. Sinin, Farina Bt. Darus,Ida Ruzila Bt. Ramli, Sobbariah Bt. Padzlan,Khazniah Bt. Kassim,Nor Hafiza Bt. Musa

Duduk kiri ke kanan:: Muhamad Faray Bin Ahmed,Mazlan Bin Abdul Manan

Selasa, 23 Ogos 2011

Keutamaan Nafkah dan Sedekah

MEREKA bertanya kepadamu (wahai Muhammad) apakah yang akan mereka               belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan meka berikanlah kepada ibu bapa,dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan.Dan (Ingatlah),apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan,maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).(a-Baqarah:215)

Ayat ini menjelaskan satu pertanyaan mengenai apa yang harus dibelanjakan (didermakan,sedekah) dengan harta yang halal dan kepada siapa yang harus diterima sedekahnya itu.Tetapi jawapan Allah lengkap dengan meletakkan derma dan sedekah itu tidak terseleweng daripada sasaran yang ditetapkan iaitu yang utama kepada ibu bapa,keluarga dan kaum kerabat seterusnya anak-anak yatim dan orang-orang miskin serta orang-orang musafir ke jalan Allah.Sekiranya wang dan harta yang dibelnjakan menyeleweng ke jalan yang salah,perbuatan yang dilakukan adalah sia-sia dan tidak manfaat daripada apa yang dilakukan.

Kesimpulan
Bersedekahlah daripada harta yang halal kepada orang yang terdekat di kalangan kamu iaitu ibu bapa dan kaum keluarga seterusnya anak-anak yatim dan orang-orang miskin serta musafir ke jalan Allah.

Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Isnin, 22 Ogos 2011

Jom menghias opis

Jangan ingat rumah je nak berhias bebagai opis pun kena sama gak berhias..Tengoklah gelagak org opis mai menghias pintu masuk deparment.


cantik tak...

Bila tutup lampu gini lah gayanye


sangat meriah...tak sabar nak raya...

Ahad, 21 Ogos 2011

Hikmah Lailatul Qadar

LAILATUL Qadar adalah malam yang berlaku pada Ramadan. Malam ini disebutkan dalam dua surah al-Quran, iaitu pada surah al-Dukhan dan al-Qadr.
LAILATUL Qadar adalah malam yang berlaku pada Ramadan. Malam ini disebutkan dalam dua surah al-Quran, iaitu pada surah al-Dukhan dan al-Qadr.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam yang penuh keberkatan dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.” (Surah al-Dukhan, ayat 2)

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam kemuliaan.” (Surah al-Qadr, ayat 1)

Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.

Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu. Firman Allah bermaksud: “Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr, ayat 3)

Ada beberapa riwayat yang menceritakan sebab Allah menurunkan malam al-Qadar untuk umat Muhammad.

Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.

Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.

Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.

Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.

Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.

Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.

Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka’ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu’awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. “Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27.”

Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.

Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.

Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.

Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.

Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. “Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan.”

Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.

Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.

sumber: copy & paste dr sharing network PC abg jailani (PKKM)

Sabtu, 20 Ogos 2011

Kari Ikan Kembung

Jom kita salin dulu resepi yg pertama...


Bahan-bahan:
  • Minyak masak
  • 4 halba sekawan-Kulit kayu manis,Ketumbar,Jintan manis & Bunga lawang #
  • 3 tangkai Daun Kari #
  • 1 biji bawang besar (dihiris) #
  • 4 biji bawang putih (dihiris) #
  • 1 paket serbuk kari ikan Adabi *
  • 4 bawang merah (ditumbuk) *
  • 3 cawan air
  • 1 sudu makan asam jawa (dilarutkan dgn 1/2 cawan air)
  • 3 ekor ikan kembung
  • 1/2 biji santan pekat
  • Garam
  • Sayur bendi (dipotong 2)
  • 2 biji terung (dipotong serong)
  • 2 biji kentang (dipotong dadu)
  • 1 tangkai cili merah
>>>>> satukan & bancuhkan yg bertanda * dgn 1/2 cawan air utk dijadikan pes

Cara memasak
  1. Panaskan minyak masak,tumiskan yg bertanda # hingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan bancuhan pes td,tumis selama 10 minit @ sehingga pecah minyak dgn menggunakan api kecil.
  3. Kemudian masukkan air,larutkan air asam jawa,kentang dan ikan.Biarkan masak selama 10-15 minit menggunakan api sederhana besar sehingga mendidih.
  4. Kecilkan api,masukkan santan  dann garam secukup rasa.
  5. Biarkan masak selama 10 minit dan masukkan pula sayur bendi,terung dan cili merah.Tutupkan periuk seketika.Sekali sekala kacau kuah agar santan tak berketul ketul.
  6. Bila semuanye dah masak boleh dihidangkan.

SeLaMaT MeNcUbA

^__^

Selera berbuka pose 20 Ramadhan 1432


Yang dimasak
Terung Goreng Lada Hitam

Yang dibeli
Tauhu sumbat
Air ABC

Sampingan
2 Balance karipap yg digoerng
3 biji buah kurma

Alhamdulillah,kenyang berbuka tadi..

4 keping tauhu sumbat nie harganye rm2..

Jumaat, 19 Ogos 2011

Bunga dari Cinta Hati...

Pagi td tulis dlm FB "nak senyum tapi tak boleh" but now (petang) dah bertukar perasaan "dah boleh senyum sampai ke telinga"...

Pasalnye hubby hantar sejambak bunga
motif hantar bunga????

biarlah suami isteri je yg tau....


selalu dpt bunga warna merah je,tp kali nie dpt plak warna merah & putih.
Klu merah maknanye cinta@kasih sayang
putih pula suci@bersih

Klu disambungkan membawa maksud cinta & kasih sayang yg suci, wah bagus gabungan warna bunga nie,agaknye tue lah perasaan hubby pd mai...so sweet...


nampak tak "dah boleh senyum sampai ke telinga"

mana nak letak yea??

letak je lah kat opis,kat rumah dah penuh dgn bunga2 yg lain..

Kepada Cinta Hatiku thanks & love U so much

^__^

Dosa mengundang bencana

Setiap perbuatan dosa akan dihitung dan mendapat balasan ketika hidup di dunia mahupun di akhirat nanti.Bentuk balasan atau musibah yang mereka terima bukan sahaja menimpa individu yang melakukan dosa tersebut bahkan orang yang tidak melakukannya juga terpalit sama ditimpa bencana.

Bagi mengelak berlakunya perbuatan dosa yang mengundang bencana kepada masyarakat umumnya hasil daripada dosa yang dilakukan oleh orang tertentu, maka umat Islam telah dipertanggungjawabkan dengan turut sama berganding bahu mencegah dan membanteras perkara fasiq dan mungkar daripada berlaku.

Sesungguhnya umat yang menggalakkan kemungkaran berleluasa maka umat itu akan menanggung dosa.
 
Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara umumnya).Dan ketahuilah bahawa Allah maha berat azab seksanya.(al-Anfaal:25)

Rabu, 17 Ogos 2011

Adab Sedekah

  • Sedekah dengan harta yang paling disukai
Firman Allah yang bermaksud: Kamu tidak akan peroleh kebajikan sebelum kamu membelanjakan sebahagian harta yang kamu cintai.Dan apa sahaja yang kamu belanjakan,maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.(ali-'Imran:92)

  • Merahsiakan sedekah kecuali ada tujuan baik
Firman Allah yang bermaksud: Jika kamu menampakkan sedekah,itu adalah baik sekali.Dan jika kamu berikan kepada orang kafir,maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu.Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahan kamu.Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.(al-Baqarah:271)

  • Segera bersedekah ketika sihat dan masih hidup
Firman Allah yang bermaksud: Dan belanjakanlah sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepada-Nya,maka ia (pada saat itu) akan merayu: "Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau tangguhkan ajalku sebentar sahaja,supaya aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk dari orang-orang yang soleh.(al-Munafiqun:10)

  • Tidak tarik balik sedekah (buruk siku)
Meminta balik sedekah yang telah diberi merupakan amalan yang dicela dalam Islam.Ini berdasarkan berita yang diterima daripada sahabat Abdullah bin Abbas bahawa nabi pernah bersabda: Perumpamaan orang yang mengambil kembali sedekahnya ialah seperti anjing yang muntah lalu memakan kembali muntahnya.(riwayat Muslim)

  • Tidak meremehkan sedekah meskipun sedikit
Sahabat Adi bin Hatim melaporkan hadis dari Nabi SAW: Lindungilah diri kalian daripada neraka meskipun dengan (bersedakah) sebutir kurma.Jika tidak ada maka dengan kata-kata yang baik.(riwayat bukhari & Muslim)

Selasa, 16 Ogos 2011

Tentang KAD RAYA

Pagi tadi tgk MHI(malaysia hari ini) TV3,tajuknye tentang KAD RAYA...Kad raya ni boleh dikatakan sebagai salah satu benda yang menjadi simbolik dengan hari raya selain mercun(yg blh meragut nyawa manusia), kuih raya dan pakaian raya.Apa pandangan korang tentang kad raya nie adakah masih releven lagi digunakan sekarang nie????

Rasanya tradisi menghantar kad raya nie sudah tidak diamalkan sangat senang cite dah ditelan dek zaman,pasalnye sekarang nie ramai yang menggunakan media Internet contohnye Myspace,Frindster,Facebook dan Twitter.Ramai yang menggunakannya sebagai medium untuk berkomunikasi sebab ianya mengambil masa yang ringkas dan cepat utk menghantar ucapan hari raya silap2 dlm beberape minit je kite dah pun dpt balik ucapan balas drpd penerima dan paling popular diabad nie ialah penggunaan SMS,tet tet tet dah sampai berlonggok2 ucapan raya lepas tue jenuh lah gak nak reply back..But make sure credit tue kena cukup,klu tak balas mesti org kata kedekut creditlah tue..

Berbalik pada kad raya,pada zaman dulu2 bila hampir menjelang nak raya,dgr je dezuppan motor abg posman mesti kite semua akan sibuk2 menunggu abg posman di tepi peti surat yg berwarna merah tue nak punggut kad raya.Dapat je kat raya mulalah muka mcm kerang busuk gelak sorang2,padahal dpt kad tue pun kawan2 yg bagi.Klu bf bagi lagi lah hati berbunga, cepat2 pegi kedai beli kad nak balas balik yg org tua sendiri tak nak plak sibuk2 dihantar kad raya..pelik pelik

Kad raya nie mcm2 jenis ada dr saiz kecil hingga lah yg bersaiz A3 siap ada lagu2 bagai..Seinggat mai kad raya masa dulu paling murah harganye dalam 80sen je tue pun gmbr kartun.Klu nak mahal sikit yg gambar masjid atau ketupat adalah dlm singgit lebih kot,yg ada lagu tue maybe dlm 3-4 hinggit.Zaman sekolah mana lah ada duit byk sgt kan alaun makan dah kena cut pasalnye pose so beli je lah yg murah2 je,tu belum lagi ongkos nak beli stem.Tang nak pos tue tak pe lagi dah jimat tunggu je balik abg posman kasi kat dia nanti dia akan pos kan kad2 tersebut.Korang jgn tak caya mai penah dapat singgit tau yg ditampal dlm kad raya,that is the first & last time mai dapat yg dibagi oleh kawan sekolah. 

Kah kah kah tiba2 teringat pantun dulu2,
..............................................
Pecah kata pecah gelas.
Sudah baca harap balas.
..............................................
Nak tak nak mesti kena balaskan klu tak balas maknanye sombong @ kedekut tahi hidung masin(yakkk mcm penah rasa)

Bila dah byk kad raya dikumpul mula lah dok tampal menampal kat dinding rumah,selalu lokasi yg paling baek menampal adalah tang ruang tamu kononnye nak tunjuk kat tetamu yg dtg rumah perasan yg kite dpt kad raya byk..Ada gak yg cari ranting2 pokok nak gantung kad dan pacakkan pokok tue kat dlm pasu,sekali tgk mcm pokok krismas pulak.Tapi suasana tue dah tak de lagi kan yg ada cuma adalah gambar2 ahli keluarga je..

Walaupun penghantaran kad raya dah kurang diamalkan sekarang nie diharapkan sikap ziarah menziarahi sanak keluarga,jiran tetangga dan kawan-kawan masih lagi dilakukan,cara nie boleh mengeratkan hubungan silaturahim terjalin sesama kite umat Islam..

Isnin, 15 Ogos 2011

Anting2 @ Subang kesayangan ku...

Ari sabtu aritue mai kemas almari mekap,dari satu laci ke satu laci mai kemaskan habis semua barang yg X pakai mai humbankan ke tong sampah.Rupanye barang2 merepek mai lagi byk dr hubby,ayoo mcm tikus plak mai nie semua benda nak simpan buat harta pusaka, tau lah kamu tue tahun tikus (ikut calender china) tak kan nak sama mcm tikus tue...

 Tang paling lama mai mengemas ialah laci aksesori,kat situ mai letak segala bagai keronsang,anting2(subang),gelang tangan,tali pingang,tali pusat dan rantai.Disebabkan sekarang mai dah berhijrah mai mengambil keputusan nak membuang saje anting2 yg dah tak blh dipakai tue,tak kan dah pakai tudung pun nak pakai anting2 mcm stail beinda penyanyi nasyid tue,tak mau tak mau pelik nampaknye pakai cam gitu.Dalam kumpul2 anting2 nak dibuang tue tiba2 akal pulakk sampai dr buang baik bagi my sibling sama ada yasmin @ aby,dorang pakai gak stail anting2 yg  mcm mai pakai.Earmm betul gak kan membazir tue amalan syaitan..ayo bukan benda  makan pun mai! apa daaa ko nie...

Mai mula memakai anting2 gile nie since zaman praktikal,masa tue kan anak dara sunti...hehehe geli mak...yolah time tue dah mula pandai berfesyen ditambahkan lagi time tue zaman bercinta dgn hubby kena lah melawa bila berdating tak kan nak comot2 plak kang kena reject padankan muko...Klu ada je anting2 yg rosak @ X match dgn baju sanggup tue beli yg baru ,anting2 kan murah je tak sampai pun 1 pasang RM10..Ada yg jual 2-3 pasang RM10 kan murah tue boleh beli berdozen2 klu nak..

Korang tgk lah sebahagian anting2 yg masih elok lagi dlm simpanan mai..

 nie adalah anting2 yg terawal mai beli,anting2 labuh namanye nasib telinga tak labuh mcm telinga org sarawak.

 
 yg nie mai namakan anting2 buah manggis..Coz bentuknye bulat dan ada kelopak dibahagian atas..

    
anting2 belah kiri yg belang haitam putih tue mai namakan anting2 lolipop..

anting2 bulat yg diatas nie mai selalu pakai senang nak match dgn ape baju,lagi pun simple je bentuknye,ada gak hati nak beli sebesar lengan mcm jaclin victor pakai tue tapi kang ade plak kena gelak terbahak2 dgn hubby..

nie yg the last sekali beli dan tak penah pun pakai2 boleh gitu,motifnye malu meriah sgt coraknye.

Selain dr beli ada gak yg org bagi kat mai,lagi lah mai suka melompat2 tak payah nak kena kuar duit utk membeli, org nak bagi kite ambil je..hehehehhe..

2 pasang nie pemberian dr Cik Zaraf (cawangan Johor).Yg bunga2 cinta tue the first one dia bagi,masa tue kami pegi ampang park dok meroyan berkaroke dan ari last day kami berkursus sama2,so dia hadiahkan lah anting2 tue sbg tanda persahabatan dan kenang-kenangan bersama,X salah rasanye zana pun dapat gak sepasang.Dalam beberape minggu lps tue dpt lg sepasang dr dia.Thanks Cik Zaraf.



Ok 3 pasang nie pulak pemberian dr Abg Shariff (opismate).Meh mai cite sikit abg shariff nie memang pandai buat barang2 hantaran baik dr perhiasan dulang hantaran hingga lah ke bunga telur bukan tue je dia pandai jahit manik baju dan buat sikit2 rantai,gelang dan anting2.Bila mai lalu je tempat dia mesti mai akan singgah menengok dia buat benda2 tue sampaikan leka.Kot asyik2 puji cantik dia pun bagi lah satu persatu kat mai..Skrg abg shariff dah tukar ke bagian lain dah tak dapat nak tgk hasil tangan dia lagi..

Nie sikit je actually byk lagi tau tp ada yg dah rosakkk,sayang je tau nak repair pun tak bebaloi lg..so tinggal kenangan je lah..Tapi tak de lah frust sgt masih blh lg pakai anting2, mai ada gak anting2 emas,hubby & MIL pun ada bagi anting2 emas so lanyak je lah yg tue lg pun dah kawin nie kena lah ubah cara penampilan tak mau yg gile2 lagi kena pakai yg molek2 je..

Ok lah tue je nak cite about my collection...DAAAAA..


Sabtu, 13 Ogos 2011

Daging Masak Halia



Bahan-bahan :
  • Daging secukupnye
  • Tepung jagung
  • Air secawan
  • Sos tiram
  • Garam
  • Minyak masak
  • Blackpaper
  
       Bahan tumis dan harus dihiris
  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Halia - ikut suka nak byk mane
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
Cara memasak :
  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak kemudian tumis bahan2 hirisan.
  2. Tidak perlu tumis terlampau layu,masukkan pula daging dan kacau sekali sekala supaya daging tak melekat di kuali.
  3. Langkah seterusnya,ambik secawan air dan masukkan sesudu kecil tepung jagung ke dalam air tersebut.. kacaukan supaya sebati setelah itu masukkan ke dalam daging tadi dan kacau sekali lagi.
  4. Masukkan pula sos tiram dlm 1-2 sudu ke dlm bahan2 tadi,kacau sebati dan akhir sekali masukkan garam secukup rasa..
  5. Tutupkan kuali sekejap dan sekali sekala kacaukan.
  6. Bila daging masak taburkan lada hitam ikut kepedasan,kacau sebati.Tutupkan api dan sedia utk dihidang.

 SeLaMaT MeNcUbA

 ^__^


Selera berbuka pose 13 Ramadhan 1432

Korang tengok dulu ape juadahnye yg mai masak arinie tang resepi cam biasa kemudian baru mai sharekan..



Jom tarawih...

Selasa, 9 Ogos 2011

Rendang Ayam Cili Api


Rendang Ayam Cili Api nie mai buat ahad lepas dan dibawa ke rumah MIL utk berbuka pose beramai2 dgn family hubby.Sebelum mai melalut cite yg bukan2 mai nak ucapkan tima kasih dan tabik spring pada Rose coz sudi sharekan resepi nie pd mai.Rose resepi kamu nie memang sedap dan mudah nak dibuat.Ko nak tau rose bila dah masak rendang nie hubby mai tak sabar2 nak makan,siap mai yg tenangkan dia kata kan pose sabar lah sikit kang dah buka makan lah sepuas2nye....

Selain dr rendang nie mai ada juga bawa pulut kuning(lembek sikit tak jadilah yg rose ajar) dan agar2 laici.Seronok berbuka pose kat rumah MIL,mcm2 makanan ada yg MIL masak dan adik ipar hubby beli sampaikan penuh meja, sudahnye kena bawa semua makan turun ke bawah dan kami semua makan bersila je.Mai happy sgt semua yg mai bawa habis dimakan di rumah MIL pada mulanye risau gak klu makanan mai tak disentuh @ pun tak sedap yelah dah lah buat penat2 sekali tak habis mesti lah hati nie hampakan but Alhamdulillah seperti mai kata td HABIS!!! senyum lebar lah mai.Korang nak dgr mai membebel lg tak?? penatlah nak membebel pose2 nie,jom salin resepi yg simple nie tue pun klu korang rasa bekenan nak cuba masak..



Bahan-bahan:
  •  Ayam
  • 1/2 biji santan kelapa
  • Serai
  • Air
  • Garam
  • Asam Keping
  • Daun kunyit (dihiris halus)
  • Minyak masak
      Bahan kisar
  • 8 biji bawang merah
  • 15-20 biji cili api (klu nak pedas masukkan banyak)
  • Cili masak
  • Kunyit
Cara memasak
  1. Panaskan minyak,tumiskan bahan kisar dan masukkan serai dan kacau sehingga masak.
  2. Masukkan ayam dan biarkan ayam empuk dan sebati dgn bahan tumisan.
  3. Kemudian masukkan santan dan asam keping klu kuah pekat masukkan air sedikit.Tutupkan periuk,sekali sekala kacaukan masakan supaya tidak hangit.
  4. Bila masakan dah hampir masak @ keluar minyak masukkan daun kunyit dan kacaukan dlm beberape minit.
  5. Lepas tue apa lagi oh ya terlupa nak masuk garam sila masukkan garam yea.Kacau lg seketika supaya garam tue hancur dan sebati dgn masakan lepas tue tutup api.
Ok lah kawan2 mai cau dulu, seperti biasa

SeLaMaT MeNcUbA

(^__^)

Agar-agar Laici



Bahan-bahan:
  • I paket agar-agar
  • 1.5 liter air
  • 1 cawan gula pasir 
  • 1 helai daun pandan
  • Sirap @ pewarna
  • 1 tin laici
Cara-cara:
  1.  Masukkan agar-agar + air + daun pandan dlm periuk dan masak sampai agar-agar larut.
  2. Setelah larut masukkan pula gula,sekali lagi kacaukan sampai larut.
  3. Masukkan pula sirap @ pewarna dan air laici(yg dlm tin tue), kacau lagi yea.
  4. Bila dah mendidih dan semua bahan larut tutupkan api.
  5. Susunkan buah laici dlm acuan @ loyang kemudian curahkan agar2 tadi.
  6. Biarkan sejuk kemudian masukkan dlm peti ais.Makan masa sejuk best woo nyaman je tekak nie..


SeLaMaT MeNcUbA
(^__^)