Sabtu, 20 Ogos 2011

Kari Ikan Kembung

Jom kita salin dulu resepi yg pertama...


Bahan-bahan:
  • Minyak masak
  • 4 halba sekawan-Kulit kayu manis,Ketumbar,Jintan manis & Bunga lawang #
  • 3 tangkai Daun Kari #
  • 1 biji bawang besar (dihiris) #
  • 4 biji bawang putih (dihiris) #
  • 1 paket serbuk kari ikan Adabi *
  • 4 bawang merah (ditumbuk) *
  • 3 cawan air
  • 1 sudu makan asam jawa (dilarutkan dgn 1/2 cawan air)
  • 3 ekor ikan kembung
  • 1/2 biji santan pekat
  • Garam
  • Sayur bendi (dipotong 2)
  • 2 biji terung (dipotong serong)
  • 2 biji kentang (dipotong dadu)
  • 1 tangkai cili merah
>>>>> satukan & bancuhkan yg bertanda * dgn 1/2 cawan air utk dijadikan pes

Cara memasak
  1. Panaskan minyak masak,tumiskan yg bertanda # hingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan bancuhan pes td,tumis selama 10 minit @ sehingga pecah minyak dgn menggunakan api kecil.
  3. Kemudian masukkan air,larutkan air asam jawa,kentang dan ikan.Biarkan masak selama 10-15 minit menggunakan api sederhana besar sehingga mendidih.
  4. Kecilkan api,masukkan santan  dann garam secukup rasa.
  5. Biarkan masak selama 10 minit dan masukkan pula sayur bendi,terung dan cili merah.Tutupkan periuk seketika.Sekali sekala kacau kuah agar santan tak berketul ketul.
  6. Bila semuanye dah masak boleh dihidangkan.

SeLaMaT MeNcUbA

^__^

Tiada ulasan :