GEMPAK siut.Plan mengenakan hubby,nak tau apa dia..
Citenye begini...
Seminggu yg lepas mai tgk calender,eh 20 aribulan cuti rupanya Thaipusam Day.Ermm..mesti hubby tak tau cuti nie,yelah mai nie kan merangkap secretary dia so apa2 kena lah bg tau...
Misi bermula dlm kereta,bila kuar rumah(jln2) mai cakap:
Mai: Hubby,saya nak cuti tau nanti 20 aribulan khamis,1 ari je.
hubby: Aaaa,nak cuti pasal ape?
mai: Saje2 je nak cuti rehat,penat lah keje.
hubby: Dah apply cuti ke?
mai: Blom lg besok lah apply,bg tau dulu hubby,baru lah apply.
Hubby: Ok,cuti lah.
mai: hubby tak nak cuti ke?
Hubby: erm tgk lah klu tak byk keje..
mai: (dalam hati berkata:sah hubby tak tau nie cuti,memang kena lah dia)
Minggu nie pun ada mai katakan yg akan cuti 20 aribulan,hubby still kata ok cuti lah..
Sehingga semalam,masa bersiap2 nak pergi keje hubby cakap
hubby:Sayang, besok sayang cutikan.
mai: Erm besok saya cuti,nape?
hubby: Tak de ape2,saje je tanya.
mai: Hubby,tak nak cuti ke besok?
hubby: Erm nanti saya apply cuti kang saya pg HQ isi borang cuti.
mai: Ok,boleh lah kita pi jalan2.
hubby: Nak pg mana?
mai: Mana2 lah.
Sampai opis,hubby still tak ingat,bila turun motor salam2 huby mai naik opis,sambil tu kata best nye besok nak cuti.Hubby senyum je.
Petang bila hubby datang jemput nak balik keje..
(Situasi atas motor)
hubby: Oh sayang tak bg tau pun besok cuti yea,cuti Thaipusam Day.Saya baru tau td kat opis.
mai: (Mai kat belakang gelak tak ingat) Hahahahaa padan muka kena.hahahaa.Mcm mana boleh tau besok cuti hubby.Baru nak kena kan lg besok.
hubby: Td lah,masa kat opis saya ada arahkan budak opis wat keje,alih2 dia kata besok dia cuti,saya pun tanya,kau dah apply cuti ke,mana boarang nye aku tak sains lagi.
Kau cuti apa Haliz? Berape ari cuti?
Haliz: Besok kan cuti Thaipusam day.
hubby: (cover) Oh ya besok cuti Thaipusam day,lupa lah,ah tak pe kau buat ari jumaat nanti.(dalam hati,patut lah sayang cakap nak cuti 20 aribulan rupanya memang cuti)
mai: (masih gelak2) Tulah lain kali peka pada calender.
hubby: Oooo lepas ni klu syang nak cuti saya nak tanya habis2 and nak tgk calender dulu,nanti sayang kenakan lagi saya.
mai: ok lah tu,sekali sekala kena..
hubyy: Nie baru betul2 WAKENABEB!!!
mai & hubby: Gelak sama2.
Sampai rumah pun kami masih mengatakan benda yg sama..hubby kata:mana penah saya lupa klu cuti kali ni betul2 saya terlupa,aku lupa aku lupa..(meniru aksi raja lawak)
Ok lah kawan2,mungkin ada yg kata teruknya memalukan suami.Bukan itu niatnya,cuma dalam rumah tangga, kita kena ada gurau senda,jgn lah nak serius sgt tak best Oooo,kita kahwin utk jangka masa yg lama jadi warnai lah alam rumah tangga kita.Jadikan lah keluarga bahagia..
I LOVE YOU
HUBBY
Hubby
P/S: Lain kali bg tau lah cuti kat saya,malu lah saya nanti tak tau
cuti..
Jom layan lagu nie, buat isteri dan suami ingat tak mau gaduh2 tau..Manja2 ok..