Jumaat, 25 Jun 2021

AYAM MASAK LEMAK TUMIS BY CIK MAS


Resepi Ayam Masak Lemak Tumis By Cik Mas ni selain makan dengan nasi putih makan dengan roti kosong atau nasi impit pun sedap. 

Bahan-bahan:

bawang kecil dihiris, serai, daun limau purut dan daun kunyit

bahan kisar: bawang besar, cili padi, cili merah dan belacan

santan..jika pakai santan kotak guna 1 kotak  besar

ayam goreng

Cara-cara memsak:
1. Lebihan goreng ayam tadi tumiskan bawang hiris sehingga layu
2. Masuk bahan kisar, 1-2 sudu serbuk kunyit, daun limau purut dan serai masak sehingga garing dan pecah minyak
3. Masuk santan dan sedikit air. Masak kuah sehingga pekat 
4. Masuk ayam goreng dan garam. Biarkan seketika sehingga ayam mesra dengan kuah
5. Siap untuk dimakan.

------------------------------------------------------------------ll Selamat mencuba ll ------------------------------------------------------------------








Ahad, 20 Jun 2021

Dalca Ayam by myfaraFLK

Hari ini nak kongsi resepi cara-cara masak Dalca Ayam yang resepinya daripada mama. Dulu pernah kongsi resepi Dalca Daging kalau nak tengok resepinya boleh klik link Resepi Dalca Daging

  
  1. Tumis bawang tumbuk, 4 sekawan, daun kari, serai dan daun pandan

2. Tumis 3 sudu serbuk rempah ari ayam + 1 sudu serbuk cili

  3. Masuk isi ayam
 
 4. Masuk air (ikut nak byk mana) + 1/2 kiub ayam (@ 1 kiub ayam) 

5. Masuk kentang + carrot + kacang panjang + kacang dal yg telah direbus dulu masak sehingga empuk

  6. Masuk 1 kotak kecil santan

  7. Masuk garam

  8. Masuk terung + cili masak merah + cili masak hijau. Tunggu sehingga empuk lagi
 
 9. Siap..boleh makan..

------------------------------------- ll SeLaMaT MeNcUbA ll -------------------------------------

Jumaat, 11 Jun 2021

Bergedel Ayam







Bahan² bergedel :

- 10 biji kentang (goreng + lenyek)

- 1 paket burger ayam Ramli (goreng)

- daun sup

- daun bawang

- 1 sudu besar sebuk lada hitam

- 1 sudu besar sebuk lada putih

- 1 biji bawang besar

- 2 sudu bawang goreng (beli siap je)

- 1 sudu kecil garam

- 1-2 biji telur ayam (untuk salut begedil masa menggoreng)

- minyak masak


---------------------------------------------------- II  II----------------------------------------------------