Selasa, 30 Oktober 2012

Pokok daun kari in the house

Disebabkan bawah rumah dah tak ada pokok daun kari dan menyusahkan hubby nak beli kat kedai bila aku nak masak, aku ada suarakan pendapat pada hubby yang aku nak tanam pokok daun kari.

Kebetulan arinie hubby tak kerja lepas dia hantar aku pergi kerja, dia sarapan kat sg.besi.Dalam on the way nak balik runah dia ada perasan orang jual pokok2 dan hubby perasan ada jual pokok daun kari cepat2 dia call aku tanyakan sama ada nak beli @ tidak.Huisss sememangnye aku nakkkkk.

Bila ditanya berape harga rupanye rm5 je,sangat murah so baik beli je nanti dah tak jumpa orang jual pokok baru nak menyesal.Balik rumah aku tengok hubby dah tanam pokok daun kari tue siap2 dalam pasu.Ala comey plak aku tengok pokok daun kari nie di tanam dalam pasu dan so sweet sangat hubby yang tanamkan.thanks hubby,u tolong tanamkan.( i tau u baca blog i nie kan ) Lepas nie nak cari pokok cili padi plak.


Isnin, 29 Oktober 2012

Resepi Dalca Daging

Bahan yang diperlukan
  • 2 tangkai daun kari
  • 6 ulas bawang kecil yg dihiris
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis,jintan,bunga lawang,bunga cengkih)
  • 2 labu bawang besar - dikisar
  • 1/2 labu bawang putih - dikisar
  • Sejari halia - dikisar
  • 1 paket rempah kari daging - setelah 3 bahan tadi dikisar gaulkan dengan rempah kari
  • 1 mangkuk kacang dal direndam 1/2 jam
  • Daging & tulang lembu - Rebus bersama dgn halia yg dihiris kasar sehingga empuk nak cepat empuk letak sudu @ garfu,air rebusan jangan dibuang nanti nak guna masa memasak
  • Kacang panjang dipatah2 
  • 2 biji terung bulat yg dipotong 6
  • 2 biji tomato dipotong baji 
  • 1 batang carrot dipotong besar2 
  • 3 biji kentang dibelah 4 
  • 2 batang cili merah dibelah memanjang 
  • 3 batang cili hijau dibelah memanjang 
  • Santan - aku guna 1 senduk je just nak bagi berlemak sikit
  • minyak
  • Garam

 Cara memasak
  1. Tumiskan bawang kecil + daun kari + rempah sekawan sehingga naik bau 
  2. Masukkan bahan yang dikisar dan tumis sehingga hampir garing 
  3. Masukkan kacang dal + daging & tulang + air rebusan Pastikan kuah tidak terlalu cair + santan.Kacau sekali sekala supaya santan tak berketul.
  4. Perisakan garam secukup rasa 
  5. Masukkan kentang dan carrot Biarkan kuah mendidih dan bila kentang dan carrot telah empuk masukkan cili + terung + kacang panjang
  6. Bila kesemua bahan telah dimasukkan balik2kan dan biarkan sebentar dan matikan api.
  7. Masukkan tomato.Kalau masukkan tomato awal nanti tomato akan lembik.

Ahad, 28 Oktober 2012

Dalca Daging

Nie lah lauk yang aku masak utk makan tengah hari.Pertama kali masak lauk nie,tak banyak beza macam masak lauk kari cuma penambahan letak kacang dal je.Lauk nie dari semalam lagi hubby dah oder minta buat.

Alhamdulillah jadi gak lauk nie aku masak.Oh ya aku letak daging & tulang dalam lauk ni.Aku masak penuh periuk,geli hati aku masak bukan main banyak lagi padahal dok 2 orang je tapi masak mcm dok 6 orang.Kata hubby tak pe biar banyak nanti lebih boleh makan dengan roti.Eermm betul gak tue...

Resepi aku up date later k,aku nak mandi dan tak sabar nak pegi terapi diri dengan shopping.k cau cin cau..


Sudah masak daging korban ke?

Hari nie aku nak masak daging & tulang korban yg dapat semalam.Menu ape yang aku masak,nanti aku up date kemudian.Kang leka menulis kat blog nie hanget plak lauk aku atas dapur tue. so TUNGGU k..... Salam...

Khamis, 25 Oktober 2012

Tutorial : Cara buat Banner atau image bergerak pada Banner

Kawan-kawan arini mai nak ajar buat Banner bergerak


Let's Follow The Step

Step 1 : 
Buka PhotoScape klu tak ada install yea 

Step 2 :
Klik Editor - Pilih gambar - Edit gambar ke saiz kecil.Saiz yang aku guna  150x200

Step 3 :
Letakkan Text pada gambar.Kemudian savekan gambar tersebut dalam format .Gif.

Step 4 :
Untuk meletak effect blink2 tekan button Object > Photo > Effect.Pilih effect ape yang sesuai.Aku pilih effect011,effect009 dan effect007 tapi jangan bubuh sekali gus.Korang kena buat effect011 kemudian save,kemudian effect009 save kemudian effect007 dan savekan..Ingat kesemuanye kena save dlm format .Gif.

Setelah siap semuanye korang klik pula button AniGif,combine kesemua gambar yg korang savekan ke format .Gif tadi.Lepas tue godek lah change time nak cepat ke lambat dan change effect utk tukar effect.

Step 5 :
Bagi meletakkan banner yang siap tue ke dalam blog, korang kena uploadkan banner tue ke Photobucket.Sekali lagi klu tak pernah register sila lah register k..

Step 6 :
Setelah di uploadkan banner copykan pula HTML code banner tue dan pastekan ke Microsoft Word.

Contoh yang aku punya jangan copy aku punya plak nanti kuar banner aku..


<a href="http://s1352.beta.photobucket.com/user/myfaraflk/library/" target="_blank"><img src="http://i1352.photobucket.com/albums/q660/myfaraflk/bannerblogceriteraflk.gif" border="0" alt="Photobucket"/></a>

Step 7 :
Copy code dibawah dan pastekan ke Microsoft Word 

<a href="URL BLOG ANDA" target="_blank"><img alt="Photobucket" border="0" src="URL BANNER BLOG ANDA" /></a>

Gantikan tulisan merah tue dengan URL BLOG dan URL BANNER BLOG.

Step 8 :
URL BLOG = url blog korang lah
URL BANNER BLOG = Tulisan warna biru di step 6.Gantikan yang korang punya tau jangan ambil aku punya


Contohnye

<a href="myfaraflk.blogspot.com" target="_blank"><img alt="Photobucket" border="0" src=" http://i1352.photobucket.com/albums/q660/myfaraflk/bannerblogceriteraflk.gif" border="0" alt="Photobucket " /></a>

Step 9 :
Pergi ke Dashboard > Design > Add a Gadget > HTML/JAVASCRIPT

Step 10 : 
Copy code dibawah dan pastekan di HTML/JAVASCRIPT

<center>KOD BANNER<textarea>KOD BANNER</textarea></center>

Tulisan warna biru tue gantikan dengan code banner korang

contoh
<center><a href="http://myfaraflk.blogspot.com/" target="_blank"><img alt="Photobucket" border="0" src=" http://i1352.photobucket.com/albums/q660/myfaraflk/bannerblogceriteraflk.gif" border="0" alt="Photobucket " /></a><textarea><a href="http://myfaraflk.blogspot.com/" target="_blank"><img alt="Photobucket" border="0" src=" http://i1352.photobucket.com/albums/q660/myfaraflk/bannerblogceriteraflk.gif" border="0" alt="Photobucket " /></a></textarea></center>

Step 11 : 
Tekan save dan view lah jadi ke tak..

Selamat Mencuba


***boleh tengok disini 

Rabu, 24 Oktober 2012

Ceriakan Duniamu dengan Suria fm

Jom dengar Suria fm




Segmen di Suria fm

5 pagi -10 pagi : Ceria Pagi di Suria 
10 pagi -1 t/hari : Menu Ceria Suria 
1 t/hari - 4 petang : Santai Pejabat di Suria
 4 petang - 8 malam : Ceria Petang di Suria
 8 mlm -11malam :Citra Muzik di Suria 
11 malam - 2pagi : Suria Cinta 
2 pagi -5 pagi : Muzik Terbaik Tanpa Henti

....................................................................................................

Kenape aku pilih Suria fm, sebabnye radio nie memainkan muzik2 yang terbaik 90-an dan terbaru....dan yang penting sekali tak ulang lagu yang sama sepanjang hari...


Ahad, 21 Oktober 2012

Roti Naan Cheese + Ayam Tandoori

Dari jalan TAR hingga ke sri petaling mencari roti naan sudahnye desa petaling baru jumpa kedai mamak jual roti naan nie.

Roti naan cheese + ayam tandoori menjadi hidangan kami suami isteri di kala hujan malam nie.

Rabu, 17 Oktober 2012

WW:Aku dan Patung Pahlawan China





*** Main teka je...tah betul ke tidak...

Selasa, 16 Oktober 2012

kami ber-6 berkursus


eja - cik pelangi - mai - fairus a.k.a kekasih gelap ku - asma - farah 

bila start je kursus dengan kiraan 1 2 3 4 kami semua kena berpecah tapi masih boleh besama

cik pelangi + fairus kumpulan 1
eja + farah kumpulan 3
aku + asma kumpulan 4


Ahad, 14 Oktober 2012

Tajuk ini dibincangkan

Kursus 3 hari disampaikan oleh Dr. Hj. Ridzuan Mohd Sagir dari Impact Learning Resources Sdn Bhd.

Antara tajuk-tajuk yang dibincangkan

• Komunikasi & Kepentigannya
• Representasi Diri & Bahasa Badan
• Kemahiran Interpersonel
• Hubungan Manusia
• Komunikasi Hikmah,Konstruktif & Asertif
• Rumusan Kursus & Rangka Tindakan
• Courtesy Dan Etiket Bertelefon & Di Kaunter

Jumaat, 12 Oktober 2012

Beradu di katil empuk

Selesa malam nie aku dengan eja,kami berdua beradu di katil yang empuk ditambahkan lagi dengan sejuk air-cond.

Lagi bestnye aku tido di katil besar manakala eja katil kecil.

Pada Hubby di rumah jangan cemburu k..

...Selamat malam...

KURSUS KOMUNIKASI INTERPERSONEL




Kursus bersama-sama Eja (PR),Farah (PR),Cik Pelangi (R&D),Asma (cawangan melaka) dan Fairus a.k.a kekasih gelap ku  (cawangan johor) 


Jadi bujang lah hubby aku 3 hari nie...hubby please don't naughty masa sayang tak ada yea...

Khamis, 11 Oktober 2012

Eh eh gambar aku lah...



Dah setahun baru aku tau ada gambar nie bersama mereka di ruang Galeri Foto Walaupun muka aku nampak sipi-sipi je, tak kisah lah janji ada masuk kat ruang Galeri Foto tue..Korang ada????

Cari pada gambar ke2 di baris ke4 

Rabu, 10 Oktober 2012

WW : KETAM NIPAH


                                                                           20/08/2012-Kg.Sg.Papan,JB

Sabtu, 6 Oktober 2012

Semoga cepat sihat Amirah

Amirah kuatkan semangat ok.Rehatkan diri jangan banyak bergerak.Lupakan hal kerja sebentar k.Love u amirah.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Kelebihan Pergerakan Solat

Takbiratulihram
Mengembaikan keseimbangan tulang belakang dan menammbah kapasiti udara kepada paru-paru serta gas oksigen ke dalam darah.Keletihan otot dan ketegangan otak dapat diperlahan dan sistem biologi dadan berfungsi dengan lebih baik.

Mendakap tangan
Merehatkan tubuh,otot atas belakang badan dan kedua tangan berada dalam keadaan istirehat sepenuhnya.Dalam kedudukan ini,sikulasi darah juga mengalir lancar kembali ke jantung dan produksi bendalir sendi menjadi baik.

Rukuk
Merehatkan sepenuhnya otot bahagian bawah belakang.Merengangkan otot paha dan betis,melembutkan otot perut dan buah pinggang dan melenturkanruas tulang belakang yang menjadi terapi untuk sakit pinggang.

Sujud
Urat darah seperti pembuluh arteri dan vena mengalirkan darah dan limfa dengan lancar,membantu proses pengepaman jantung dan mengelakkan pengerasan salur darah dan melancarkan darah ke otak.Ia juga dapat melenturkan otot dinding perut,memecah lelemak lebihan perut,memudahkan pertambahan kebesaran perut sewaktu proses kehamilan, melancarkan proses bersalin dan menstabilkan organ dalam ronggaabdomen pada tempatnya selepas bersalin.

Duduk antara dua sujud
Melancarkan aliran darah ke kawasan bawah badan,tumit kiri menekan otot pangkal serta saraf,menguruskan otot bahagian bawah badan,merawat buasir dan otot tercedera selepas bersalin.

Duduk tahiyat
Merawat penyakit berkaitan kelamin manusia dan posisi kaki dalam kedudukan ini seumpama proses 'akupuntur' yang mengururt telapak kaki mewakili organ-organ dalam badan

Memberi salam
Mengecut,memanjang dan menguatkan otot leher,menghilangkan sengal dan lenguh bahagian leher serta merupakan terapi merawat penyakit kereputan tulang leher.


Didik jiwa melalui solat
Kesempurnaan solat dapat membuka mata hati dan secara langsung membimbing manusia untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara mungkar



sumber:surat khabar mega -bertarikh 03/10/2012


Khamis, 4 Oktober 2012

Tinggi melangit Pokok Kaktus aku




Tinggikan pokok kaktus aku nie.dah sama tinggi dengan bumbung rumah jiran sebelah rumah mama..Pokok kaktus nie asalnye aku dapat kat Perlis zaman aku sekolah rendah lagi.Masa tue kami sekeluarga pergi Perlis rumah mak ngah saje je jalan2 reramai ke sana.Nak dijadikan cite kat laman rumah mak ngah ada pokok kaktus,aku nie gatal mulut pi mintak sikit kat mak ngah.Mak ngah pun potonglah sikit kasi kat aku..Dengan mulut jahat aku cakap boleh besar ke pokok kaktus nie,pasalnye mak ngah bagi kecil je.Mak ngah balas katanye nanti pokok nie boleh besar kelangit klu tanam kat tanah dan jaga betul2..hihihihihi...kena aku seketul..

Pokok kaktus nie dah banyak dahannye dipotong,seperti gambar diatas mana taknye asyik melendut ke kanan ke kiri masuk rumah jiran lah,jadi abah potong lah sikit kononnye nak trim..Aku bising gak kadang2 bila abah potong, aku suka pokok kaktus nie lebat,baru nampak pokok kaktus tue cantik macam kat padang pasir..Bila aku bising2 abah tanam lah balik yg dahan yang kena potong tue kat tempat lain..Dan kesemua dahan kaktus yg ditanam kat tempat lain tue semua menjadi tak ada pun yang mati...

Kaktus nie tak payah susah sgt nak jaga,tanam kat tanah ke kat pasu besar ke confirm akan menjadi..tapi bagi lah air sikit dia pun nak minum gak.kikikiki...baja tak payah bagi pun tak pe pokok kaktus ni jenis liar. 

Kak masz...(klu akak baca lah kan) nie yang mai tanam kat dalam pasu..nie kat rumah mai kat kuaters,paham2 lah yea kuaters tak ada tanah maka tanam je dalam pasu..


pokok kaktus nie ada 3 cabang je dulu sekarang dah bercabang-cabang dan naik meninggi..aritu dah melendut pokok kaktus nie dan menganggu orang lalu lalang sebelum kena patahkan aku ikat dengan tali supaya tak melendut..tapi abah & hubby suruh potong nanti kena budak2..aduhhhh...tension aku.. 


pasu belah kiri pokok kaktus yang sama gak dari pokok kaktus gambar di atas...dan sebelah kiri, pokok nie dah habis ditebang oleh abah kat rumah maka nie je yang tinggal utk kenangan dan tempoh penanaman semula.boleh gitu..

Kak masz ada 2 dahan pokok kaktus tue mai bagi,so kak masz sila buat pilihan nak tanam kat pasu atau di tanah...mai cadangkan kat tanah je tapi tanam kat lokasi yg strategik supaya tak kena potong...k selamat menanam..


Rabu, 3 Oktober 2012

Memasang Table Wall-Lack

Table wall nie aku beli kat ikea harganye Rm29.90..Aku minta hubby pasangkan kat dalam bilik solat@bilik tetamu.Aku cuba letakkan site table katil tapi tak lawa plak tue yang ari ahad petang ajak hubby pegi ikea kononnye nak cari meja comel utk diletakkan bawah cermin muka yang ditampal oleh hubby pagi ari tue tapi sudahnye terkenan pada table wall-lack plak.

Disebabkan murah dan menjimatkan ruang bilik tue yang tersenggeh kat hubby minta dibelikan dan dengan respon yang baik hubby pun setuju kerna cara pasangannye senang je.

Untuk nampak sesuai dgn dinding bilik aku pilih warna putih,masa nak pegi cari table wall tue kat sectionnye hanya tinggal warna putih dan merah saje,nasib ada putih klu tak ada kena round sekali lagi lah kami berdua kat ikea tue cari meja comel.

Nie lah rupa table wall-lack


saiz nie 30x26 cm..klu ada sesape nak beli ada juga saiz yang panjang.

Sebelum dan selepas



Oh ya cermin tue pun beli kat ikea pada tahun lepas.sesuai bebenor cermin dan table wall nie kedua2nye beli kat ikea.

cara pemasangan table wall,korang kena gunakan drill bagi menebuk lubang dan kena guna 2 biji skrew.Oh ya skrew tak dibekalkan kena guna skrew sendiri nasib hubby ada simpan skrew nie kat dalam peralatan tukang dia tak payah nak pegi beli.


cara pemasangan ada disertakan

Sebenarnya table wall ni dipasang sebabnye senang nak letak barang2 kelengkapan hias diri contohnye sikat,bedak,jam dll bila tetamu guna bilik nie.Lagipun cermin nie ditampal ditepi almari dan betul2 pintu masuk bilik.Nak tampal kat dinding nanti byk plak lubang2 kat dinding dan bila pindah kuar rumah nie susah plak nak simen balik lubang2 tue.Rumah kuartes kerajaan mana boleh buat sesuka hati.