Kesakitan mata aku belum pulih sepenuhnya, masih lagi terasa kesakitannya..Dari tanggung sakit yang tak kesudahan ini semalam aku nekad ajak k'rul ke Pantai Hospital Ampang.
Aku dirawat oleh doktor lelaki berbangsa cina iaitu Dr. Go Eng Soon.Dari hasil pemeriksaan yang dijalankan selama 30 minit ke atas aku,doktor mengatakan mata aku mengalami keradangan yg kecil tidak sampai ke tahap bahaya,kekeringan pada mata yang teruk,kerabunan yang sedikit dan masalah resdung yang tidak kuat.
Lepas dari penjelasan doktor Go, baru aku rasa lega masalah mata nie tidak lah seteruk yang aku sangkakan dan boleh membawa kebutaan mata.
Ubat yang diberi
- Pred Mild - Dititiskan pada mata kiri,3 kali sehari selama 3 minggu
- Neurobion tablets - Dimakan 1 biji sehari selama 1 bulan
Jumlah kos rawatan
- RM139
Cuti
- MC 1 hari