Khamis, 19 September 2019

Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh adalah salah satu daripada gunung batu kapur di negeri Perak.
Sebelum aku lanjutkan cerita pasal Taman Rekreasi Gunung Lang ni sedikit info nak aku kongsikan kawasan Rekreasi Gunung Lang ini dibangunkan berdasarkan konsep pelancongan eko yang meminimumkan pembangunan infrastruktur bagi mengekalkan keunikan flora dan fauna yang cantik oleh Majlis Bandaraya Ipoh dengan kerjasama Jabatan Landskap Negara.

Di pintu masuk Taman Rekreasi Gunung Lang ni terdapat air terjun buatan manusia.
Cantikkan

Taman Rekreasi Gunung Lang sebenarnya adalah dibelakang sana tu dan untuk ke sana kite kena menaiki bot.

Ni adalah jeti bot
Berikut adalah waktu operasi dan harga tiket bot 
Lapar dan dahaga jangan risau ada cafe disini
Semasa menaiki bot ini pengunjung diingatkan oleh pemandu bot agar memakai life jackets. Ada 2 bot disediakan 1 yang macam ni duduk menghala ke depan dan 1 lagi duduk dikeliling bot. Gambar dibawah ni bot yang aku naik bila balik dari Taman Rekreasi Gunung Lang ke jeti ini. 

Ni bot yang 1 lagi yang aku cakap tadi duduk dikeliling bot.Ni bot dari jeti ke Taman Rekreasi Gunung Lang.Jadi tidaklah lama sangat nak menunggu bot sampai kerana bot silih ganti operasinya perjalannya.

Kami duduk belakang sekali belakang pemandu bot,perasan tak aku berani sangat tu bila dah tengah-tengah aku perasan kayu mula rasa takut betul ke kayu ke buaya..hahahaha.
Pemandu bot pandu bot dekat dengan tebing supaya pengunjung dapat lihat dengan dekat keindahan semulajadi tasik ini.
Dah sampai Taman Rekreasi Gunung Lang hujung sana yang belah kiri tulah jeti tadi yang tempat kite naik bot.

Antara tempat-tempat yang menarik disini 

Beli aiskrim sorang sebatang lepas tu sambung jalan-jalan dan berborak sampaikan terlupa nak ambil gambar kat sini maaf yea,secara jujur korang digalakan untuk datang bersantai-santai disini tempatnya besar dan sangat mendamaikan.


Yang sempat ambil gambar Mini Zoo

Balik beli lagi sebatang aiskrim makan dalam bot nyaman  betul sambil kena angin tasik. 

Rabu, 18 September 2019

MAPS,Ipoh - Movie Animation Park Studios

Langkah diteruskan ke MAPS (Movie Animation Park Studios). Taman tema ini dibuka secara percuma untuk pengunjung yang ingin masuk dan bergambar tetapi masuk ke zone-zone yang menarik di dalam MAPS ni dikenakan bayaran masuk.
Jom aku bawa korang lihat ke dalam MAPS ni. Tapi sebelum tu ada pemeriksaan kecil di pintu masuk, sekadar nak check beg pengunjung (tak sempat tanya sebab time tu Aby call, aku just buka beg dan tunjuk je kat orang yang check tu) mungkin tak boleh bawa makanan dan minuman masuk kot sebab kat dalam ni ada jual makanan dan minuman.

Oh ya kami just jalan-jalan dan ambil gambar je tau tak beli pun tiket masuk ke zone-zone tu lagipun dah janji nak makan malam dengan Aby dan Syafiq takut terlama pula disini plak nanti.
Bagi sesiapa nak datang MAPS ni aku cadangkan korang datang siang hari kalau malam jadi macam aku lah bergambar dalam keadaan gelap. Krul kata besok sebelum balik nak datang balik tapi aku cakap tak payah lagipun dah datang ni cukuplah lain kali je datang lagi.