Sabtu, 15 Januari 2011

Lemak Cili Padi Pucuk Paku dan Ikan Bakar Talapia Merah


Hello semua,apa program korang arini? menarik tak? makan ape td pagi, tgh hari, petang, malam?Ngeh ngeh ngeh.Ha.. mai tanya makan tau2 je lah...ni nak sharekan resepilah tu.Ya betul tepat sekali!!!Cuba tgh apa yg mai up loadkan gambar tu..Tu lah dia Lemak Cili Padi Pucuk Paku dan Ikan Talapia Merah Bakar..Menyelerakan tak???


Ceritanya bermula disini..Selepas sarapan pagi terus kemas rumah yg menjadi kebiasaan sabtu dan ahad coz time nie je lah ada masa nak mengemas rumah secara teliti,boleh gitu..Zip zap zip zap sudah siap kemas,dok tengah belek2 nak tulis apa yg nak beli untuk barang dapur terpikirlah apa yea nak makan tgh hari nanti.So sebagai isteri yg misthali(mudah-mudahan) tanya lah hubby kat belakang tgh kemas tempat Chiki,

-ikuti perbualan kami-
mai:Hubby kang tgh hari kita nak makan ape?
hubby: Erm sayang kita makan ikan bakar nak tak?
mai: Wah best tu,but hubby lah wat,sayang tak tau,lg pun hubby kan pandai wat ikan bakar.(sebenarnya hubby belajar membakar ikan masa pergi perlis rumah mak cik mai,so kat sana pak cik mai ajarlah dia bakar ikan tu yg mai kata hubby pandai buat)
hubby: Okey nati saya buat,kang kita pg giant kinrara beli ikan yea sayang.
mai: Ok,saya pun ada barang dapur nak beli nie.Oh ya hubby sayur nak beli sayur ape?
hubby: Tah lah ikut suka lah sayang nak masak ape?
mai: Haaa kita beli sayur pucuk paku nak tak,kita wat Lemak Cili Padi Pucuk Paku .
hubby: Ok gak tu,sedap.lagi sedap klu pedas2.(hubby memang suka makan pedas yea,mai je tak)
mai: Yelah nanti saya wat pedas sikit yea.
hubby: Oright kang dah siap2 semua,mandi epas tu kta pergi yea.
mai: Sayang mandi dululah.

okey sambung balik cite,pergi lah kami ke Giant Kinrara.Beli lah itu ini.Aduh punya lah Giant nie besar tak de plak jual pucuk paku.Hubby cam mana nie semua barang dah beli sayur je..Hubby kata tak pe nanti kita beli kat lur kat pasar borong dekat bukit jalil tu.Habis je bayar terus je pegi sana,alhamdulillah nasib baik ada,betul2 tinggal 1 ikat je apa lagi rembat pi bayar.dapat gak nak masak.


gambar diambil secara curi dr hubby
dok cari sabun apa nak dibeli


tgk lah hasil borong mai,akhir nya mai beli sabun Shokubutsu-Orange Peel Sensation,HALAL lagi..



Sampai rumah,terus je sediakan bahan nak masak.Mai sibuk dgn wat sayur,hubby plak dgn ikannye baik dari cuci ikan hingga lah proses pembakaran.Oh ya dlm sibuk2 nak masak tu mama plak tel,tanya wat ape so cakap lah tgh masak.

-dialog lagi-
mama: Tgh masak,masak ape,mama blm masak lg nie,boleh lah dtg makan.
mai: Masak Lemak Cili Padi Pucuk Paku dan Ikan Talapia Merah Bakar je.Nak dtg ke,boleh datang lah.
mama:Boleh ke? Jap2 mama tanya abah nak ke tak.
terdengar perbualan mereka,
mama:abah u nak tak pg rumah kaklong dia ajak makan.
abah: U nak pg ke,aaa boleh lah.
mama:kaklong abah kata ok boleh pg rumah kau,but mama sembahyang dulu lah yea,lepas tu baru dtg.
mai: Ok,tp dtg cepat sikit yea.
tet tet tet...perbulanan tamat

Sambil tunggu mama n abah dtg mai pun masak lah sayur tu,betul2 sayur siap masak n tutup api dapur dorang sampai.But ikan tak siap lg,yelah nak bakar ikan nie kena lah lama sikit hubby guna electric oven dgn suhu api yg kecil takut kang hanget rentung,kang langsung tak dpt makan.

Jom salin resepi sambil tgk gambar..

Resepi pertama: Lemak Cili Padi Pucuk Paku




Bahan A
  •  1 ikat pucuk paku
  • 2 cawan santan pekat (1/2 biji kelapa)
  • 1 sudu makan udang kering
  • Udang (ikut kuantiti sendiri)
  • 2 batang serai (dititik)
  • Garam secukup rasa
Bahan B - Dikisar
  • 15 biji cili padi
  • 4 biji bawang merah
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 cawan air


Cara memasak
  1. Asingkan pucuk paku daripada tangkainya dan bersihkan.Basuh dan tuskan.
  2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih.
  3. Apabila mendidih,masukkan santan pekat dan rasakan garam.Sentiasa kacau supaya kuah tidak pecah minyak.
  4. Apabila sudah mendidih,tutupkan api dan hidangkan.
Resepi kedua: Ikan Bakar Talapia Merah


Bahan

  1. 1 ekor ikan talapia merah
Cara memasak kena tanya hubby,seperti mai kata td hubby yg buat..Bukan rahsia tau..

Siap je ikan masak apa lg yg ditunggu makan lah,peh lamak memang sedap lah sayur n ikan,abah sampai tak terkata siap bertambah,mama plak kata sedap cukup rasa sayur ni but kena tambah sikit air bg cair sikit kuah nie,ala tak jd ke mama,dah jd dah nie cuma lain kali kasi cair sikit lg.hubby plak berpeluh2 dek kerana pedas,tu lah td kata nak sgt pedas,hahahhaa...But hubby kata sedap sayang masak,lain kali blh wat lg kita wat plak ayam ke?

Seronok tgk dorang makan n hasil masakkan jadi(sayur lah yea).

Lepas tu kami anak beranak tgk Tv sambil makan buah buahan sebagai pencuci mulut.


mangga manis but anggur ada masam sikit

Okey jumpa di N3 yg lain..bye...

Selasa, 11 Januari 2011

Brokoli Goreng

Assalammualaikum semua...salam satu malaysia,eh apahal plak lah mai nie..Erm dah lama kan mai tak sharekan resepi masakan mai,arini mai ada rajin sikit nak masak & nak sharekan resepi..Actually dapat lauk dari opis,nak wat tambah2 lauk sikit,balik je kerja mai ajak hubby pi pasar tani kat Kinrara.

Ada story nak cite nie,masa nak cari paking mai ternampak handphone kat tempat parking,hubby pun kata pi lah ambil, jap yea saya nak berhenti kereta kat tepi,sebaik kereta berhenti mai pi lah ambil handphone tu.Ala handphone Nokia murah je,tah lah apa brand.Peh byk missed call rupanye,tunggu lah owner handphone tu call tak gak call,ah biar kan je lah pandai2 lah nanti dia call balik.

Tinjau punya tinjau sudah nye malas nak masak lauk lain lah so cadang je lah kat hubby nak masak sayur je lah,lg pun makan tak ada sayur tak selera lah,dah terbiasa kan makan kena ada sayur.Mai beli lah sayur brokoli,bunga kobis,cili masak dan udang.Opss tak lupa..mai beli yg lain nak wat makan masa on the way nak balik rumah,beli lah yg cucuk2 tu.Apa tak tau apa cucuk2 tu ala fish ball,nugget,ketam dll lagi.Tak lah beli byk,sekadar dlm 3 cucuk je..dannn sampai rumah habis sudah..ngeh ngeh ngeh..

Masuk je rumah owner handphone tu call,hubby cakap lah sekian2.Okey masalah handphone tu sattle,kang dia ambil.hubby turun nak pi main bola,memang mcm tu hubby bila petang dan klu rajin.Mai pun biar kan je lah mai solat lepas tu masak.Hubby naik rumah dlm 7.15 mai tanya lah owner tu dah ambil handphone ke belum,dah ambil td nak dekat pukul 7.Rupa nye masa dia nak ambil kunci kereta handphone tu jatuh,kesian..Nie adalah kali ketiga dan 3 tahun berturut2 mai jumpa handphone.Mesti ada org kata ala tak payah pulangkan ambil je,tapi mai tak nak lah kesian tau doarang mesti tercari2 handphone.mai dah pernah kena handphone di curi masa kenduri kahwin mai,aduh semua no. kawan2 dah tak ada nak contect dan sian hubby kena belanja beli handphone baru..hehehehee.

Peh panjang nye story mai,dah jom layan resepi Brokoli Goreng


Bahan-bahan:

Bahan A
  • Sayur brokoli
  • Bunga kubis
  • Udang (dibuang kulit)
  • Minyak
  • Sedikit air
  • Garam
Bahan B

  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 biji cili merah
Cara memasak:
  1. Semua sayur dipotong kecil dan dicuci bersih.Kemudian tuskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan udang dan garam,kemudian kacau rata.
  4. Masukkan bunga kubis dan brokoli.Kacau rata dan tutupkan kuali.
  5. Apabila sayur mendidih,boleh dihidangkan
Sedikit info
Kandungan kalsium dalam brokoli lebih besar berbanding segelas susu.Brokoli juga mengandungi lebih banyak serat berbanding sepotong roti gandum.


nie lah lauk yg dapat ayam masak apa tah,boleh makan je nama masakkan tak tau,hahahaha.

 tau tak apa nie?nie lah buntut ayam goreng yg beli masa kat pasar tani td,nie klu mama tau mau kena marah,mama mana bagi makan.ampun mama nak rasa je lg pun krul nak makan lah mama...

buah mangga sebagai pencuci mulut

Sekian je N3 buat arini,rasa nye dah panjang sangat N3 nie.
Bye bye..




Isnin, 10 Januari 2011

MAKAN hilang TENSION

N3 lagi,hehehe tension2 pun sibuk nak buat blog lg.Nie je lah ruang mai nak luahkan perasaan nak mengadu pada yg nak dengar,hubby dah semesti nye tempat ku luahkan perasaan suka duka tempat bermanja but nak gak lah rasa dari kawan2..

Actually petang tadi dari tempat kerja hubby terus ke Sri Rampai,Setapak main futsall,yelah kena practis nanti ada perlawanan futsall.Mai yg kat rumah nie wat lah apa yg patut.Hubby tel tanya nak makan ape so kirim je lah makan bihun sup,masa sejuk2 nie makan panas2 sedap.So tak kan nak makan tu je,mai pun goreng lah keropok dan nugget.

Hubby balik,selepas selesai kemas diri kami pun makan lah..Makanlah mai, cara nie kan boleh hilang tension,bagi perut kenyang jiwa tenang..HAHAHAHA..

Oh ya keropok nie kak Ct (wife abg aziz) yg kasi,nipis je keropoknye lidah pun tak gatal bila makan.mai masak sikit je,simpan sikit utk makan ari lain..tu pun ada balance yg dah goreng nie..

nugget ada lah kegemaran kami,padahal benda nie senang goreng je lepas tu makan.


Air teh panas,tgk iklan kat tv kata nye teh boleh hilangkan stress dan awek muda..Betul ke?
Dah tak mau tulis lagi mau sambung berehat balik...

TENSION

                             gambar hiasan

BENCI..BENCIIII.....Arini mai betul2 tension gile,banyak sangat incoming call.Lepas letak ada je lg incoming call masuk lepas tu ada lagiiiiiiii....Macam dah tak ada ari lain nak tel dorang nie.Hampehhhh...Kepala ni dah sakit,telinga nie dah merah & berdesing,mata plak berpinau asyik membetulkan ext telefon je,ahhhhhh tension.Macam nie rambut pun boleh gugur dan juga boleh ada migran.Ada partner cuti bersalin, bulan 3 plak dia baru masuk kerja.Nie betul2 merungut,minta2 lah besok tak ada incoming call banyak sangat.


telefon pejabat mai

Sekarang mai nak berehat sambil menonton tv3 drama Tiramisu.Layan cite nie okey gak ada kelakar dapat lah hilang stress nie..Okey cau...assalammualaikum...

Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku

Keputusan yang tak disangkakan Ana Rafali dinobatkan sebagai juara AJL25.
Tahniah kepada Ana Rafali.


Keputusan penuh/senarai pemenang Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25)

Persembahan Terbaik: Hanyut, Faizal Tahir

Vokal Terbaik: Noktah Cinta, Hafiz AF

Tempat Ketiga AJL25: Noktah Cinta, Hafiz AF

Naib Juara AJL25; Drama King, Meet Uncle Hussain dan Black

Juara AJL25: Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali



Tolong Ingatkan Aku – Ana Rafalli
Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Bagi korang yang meminati Ana Raffali,joinlah  Facebook atau Blog Ana Raffali.