Sabtu, 4 Mei 2013

Sup Ayam bercinta Beef Balls

Tajuk masakan aku hari ni Sup Ayam bercinta Beef Balls.Kenape bercinta? sebab aku masukkan Beef Balls ke dalam Sup Ayam nie.

Jumaat, 3 Mei 2013

perang PREMIUM BEAUTIFUL vs ALKEN


PREMIUM BEAUTIFUL                                                             ALKEN

Wanita mana yang tak nak kurus lagi ramping bak kerengga baik yang belum kahwin mahupun yang sudah berkahwin, lagi-lagi pada wanita yang sudah beranak pinak.Aku yang belum ada anak nie pun tiap-tiap hari dok tanya kat hubby,adakah aku nie gemuk.Tiap kali ditanya mesti dia akan cakap aku kurus,tapi aku rasa sebaliknye.Paling ketara sekali tang perut memang banyak lemak berlehihan.

Dulu kat opis nie sibuk dengan korset Premium Beautiful (PB),sorang dah mula pakai adalah lepas tue sipolan sipolan lain ikut pakai.Ada juga yang nampak hasilnye dari yg berisi dah mula nampak kurusnye dan yang kurus terserlah pinggangnye yang ramping.

Sekarang nie Alken pula mula dijual di opis.Mulalah penjual Alken telefon sipolan tue sipolan ni ajak beli.Kang tersalah telefon sipolan tue dah guna PB so kenalah cari yang lain.

Tepuk dada tanya selera,kalau rasa ia berguna dan berbaloi utk diri sendiri bolehlah beli dan guna pakai.Benda nie nak beli bukannye murah rm100 rm200 tapi beribu.Aku percaya mulut kata tak nak tapi hati memberontak kata nak beli.

Fikir betul-betul yea sebelum benda nie dok tersimpan dalam almari saje..


Isnin, 29 April 2013

2 kali TERBELIAK biji mata

Assalamualaikum dan selamat pagi... 

 Ada 2 perkara yang buatkan aku terbeliak biji mata 1 perkara sedih 1 perkara gembira.Rasanye aku tak nak cerita perkara sedih itu,ia akan membuatkan aku lebih sedih dan boleh buatkan aku tidak semangat untuk kerja hari ini.

Dengan senyum nie nak kongsikan kegembiraan aku kat korang yang akaun Nuffnang aku dah cecah Rm100...First time nie nak cash out teruja rasanye bagai nak lompat bintang.. 



Dah boleh nak cash out!!!!! Tapi aku hold dulu sebab ada 2 iklan yang sedang "On Going"




Nokia Asha 310 Launch tue iklan baru..



Alhamdulillah dalam kesedihan aku ini Allah telah gantikan dengan kegembiraan..Syukur pada Mu..Aku terima segala ketentuan dari Mu Allah...Semoga aku tabah menempuh hari duka lara nie..

Rabu, 24 April 2013

WW~B0L3H B4C4 74K



Selasa, 23 April 2013

Gwiyomi Gwiyomi

Gwiyomi Gwiyomi...

Super cute ini awek..

sumber Youtube

Aku tertanya-tanya ape kebenda sebenarnya yang dia sedang lakukan.Maka aku pun google utk mencari info pasal lagu Gwiyomi ini.

Rupanye:

Gwiyomi Song adalah sebuah lagu yang dipopularkan oleh penyanyi K-Pop bernama Hari. Lagu ini diinspirasikan dari gerakan tangan yang dicipta oleh ahli kumpulan BTOB iaitu Jung Ilhoon. Gerakan itu dipanggil “Gwiyomi Player” dan ia merupakan pergerakan tangan sambil mengira nombor dalam gaya yang comel.
sumber : ohbulan

Rupanye banyak gak yang tiru gaya Gwiyomi nie baik peremapuan dan lekaki tapi awek nie gak aku berkenan tengok..Siap replay banyak kali,mungkin sebab dia cute kot muka pun mcm ala-ala awek korea..Aku pun sikit-sikit sebut Gwiyomi Gwiyomi Gwiyomi kat rumah,hubby asyik tanya ape benda yang aku sebut..Malas aku nak bagi dia tengok video nie kang dia berkenan plak kat awek cute nie susah hati aku nanti..Semua poyo..