Khamis, 12 Februari 2015

:: Uolls bunga rose kite dah berkembang ::



Cantik tak bunga rose kite nie..Cantik kan..aku nak nama kan pokok nie ariana rose.comel tak namanye..


oh ya nie bunga rose yang beli kat sunga buloh tue tau yang aku kata warnanya kuning,silap ok tauke bunga tue memang main tembak je warna kuning sebenarnya dia tak tau.Isnin aku dah perasan kudup bunga rose nie dah nak mula kembang tapi tak nampak warna ape lagi,ari selasa aku tengok lagi dah kembang kecil warnanye merah dan semalam balik kerja bunga rose nie dah kembang besar.Gembira betul aku semalam terus snap gambar hantar what up kat mama dan mak ngah.


saje je belanja korang gambar bunga rose nie banyak-banyak sebab cantik kan aku pun nak lah share kat korang.


oh ada 2 kudup lagi yang bakal berbunga..tak sabar plak aku dibuatnya dan tak sabar nak tunggu bunga rose mak ngah berbunga juga di pasu warna putih.


kembang bunga rose nie sepanjang 2 ruas jari tangan aku


dari 1 kaki papan nie dah bertambah menjadi 2 kaki papan.Ok terima kasih abah dan hubby sudi buatkan untuk kite.Tapi rasa macam nak minta buatkan lagi 1 boleh tak,tengah fikir nak letak pokok ape plak nie silap-silap aku beli lagi pokok bunga rose..nampak tak dari tak suka dari takut sudah bertukar minat suka plak bunga rose nie.

Sabtu, 7 Februari 2015

:: menginap di Hotel Seri Malaysia Kuantan ::

Sampai je Kuantan terus cari lokasi tempat  persandingan pengantin,dah jumpa lokasi baru cari hotel pulak.Abah belanja tidur di Hotel Seri Malaysia Kuantan.Terbaik lah abah..i love u abah..Nie kali ke-2 abah dan mama tidur disini sebab tahun lepas dorang dah tidur sini,anak paklong kahwin gak yang adik pada pengantin perempuan nie.Oh ya abah dah semakin sihat,baru tenang hati nie dah kurang nangis tapi hari-hari aku tetap doa pada Allah supaya baik kan kesihatan abah.






Dah jom kite tengok keadaan bilik hotel nie 

Masuk je muka pintu disebelah kanan ada almari baju siap diberi hanger baju


sebelah kiri pula toilet



kecil lah tempat shower dia dan airnye kecil tak puas mandi nasib 2 ari 1 malam.


nie je yang diberi,boleh lah dari tak ada


ke depan sikit ada katil.bantal 2 tapi ada 1 bantal lagi dalam alamari aku ambil aku tak cukup bantal tak lena nak tidur nanti.Tue pun bantal tutup muka aku guna kain tuala yg aku bawa dari rumah.


hello hello telefon ada jangan risau..seblah tue remote control tv


depan katil ada meja solet dan tv.


nak minum disediakan air mineral dan bahan bancuhan teh


ruang rehat,kerusi 2..tak de pun kita orang duduk jadi tempat sidai baju tudung dan tuala adalah..hihihi

Oh ya harga yang kami dapat utk 2 hari 1 malam rm128 sebilik sempena promosi kalau tak rm197 ok lah tue kan dah kurang banyak sangat tue.Bilik abah dan mama lebih kurang sama je tak banyak beza cuba beza katil bilikdi belah kiri katil bilik dorang kanan.





Jumaat, 6 Februari 2015

:: Sabtu 31 Januari & Ahad 1 Februari 2015 di Kuantan ::

Sabtu, tengah hari gerak ke kuantan untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku,anak pada  Pak Long aku abang pada mama..ha detail aku terangkan..Majlis diadakan waktu malam tue yang boleh gerak tengah hari.


Selamat pengantin baru buat sepupuku Norrizan dan Hanafiah semoga berbahagia hingga akhir hayat dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah.Amin.

Sebenarnya mula-mula tak jadi pergi,tiba-tiba last minute mama kata jadi pergi plak kelam kelibut aku balik rumah kemas kain baju     ,kalau cakap awal-awal dapatlah gerak sama-sama dengan mak teh,pak usu dan mak ngah sekali.Sampai je kenduri semua terkejut mama dan kami sekelurga datang..Kecoh jap lah dorang adik beradik.hihhihi..surprise mama menjadi.

Ahad sebelum kami balik singgah jap kat Pantai Teluk Cempedak.




 :: sumber gambar dari facebook abah ::



habis jalan-jalan kat situ singgah sekejap rumah pak long.borak-borak itu ini minum makan baru gerak balik KL





 pengantin masa nie tak ada tidur rumah pengantin lelaki..tak dapat jumpa pengantin.

ha tue je lah aku nak story pasal sabtu ahad di kuantan..
k bye..



Khamis, 5 Februari 2015

:: Tanam Pokok Baru dalam Pasu ::

Petang isnin tue juga aku kerah untuk tanam pokok bunga yang baru beli tue dalam pasu.Tak menyabar aku nak tunggu ari selasa.


2 pasu baru yang aku beli tue dan 1 pasu lama kat belakang rumah..Hidup subur-subur yea pokok kertas kaurkan bunga banyak-banyak yea.



Pokok bunga raya putih..Cantik plak pokok bunga raya nie,harap-harap menjadilah kami bela..




bertungkus lumus sku masukkan pokok bunga ke dalam pasu..Boleh plak tanah kat belakang tak cukup pinjam dulu tanah mama nanti kemudian aku ganti balik.


Pasu no1,2,3,4 & 7 dari kiri korang adalah pokok ala-ala keladi,pokok rose merah dan rose jepun nie semua Mak Ngah bagi ada 1 lagi pasu pokok ala-ala daun pandan (tiada dalam gambar).Mak Ngah bagi bunga rose kat aku sebab aku jeles dengan bunga rose dia yang kembang-kembang tue.

Pasu no 5  tue rose kuning beli kat Sungai Buloh dan pasu 6 rose jepun abah bagi.


Nie lah pasu aku belikan untuk mama aku  mtanamkan pokok setawar.Pasu mama nie cantik RM4 sepasu.Suka mama aku bagi pokok setawar nie,mama punya dah tinggal 1 je tue pun kecil kena makan siput babi.

Rabu, 4 Februari 2015

:: Beli bunga di Sungai Buloh ::

Isnin bawa Mak Ngah sekeluarga pergi Sungai Buloh beli bunga,dari hari sabtu masa jumpa kat Kuantan mak ngah dah cakap dengan mama nak ajak pergi Sungai Buloh katanya nak beli bunga baru untuk tambah koleksi bunga di kebun bunga dia.

Memang betul-betul mak ngah borong beli bunga,masuk satu-satu kedai sampai hujung tengok bunga mana yang nak beli.Sampaikan bonet kereta yang dah penuh dengan beg dialihkan ketepi nak letak bunga-bunga yang dia beli.Aku lupa plak nak snap gambar bonet kereta dia.

Jom layan gambar masa kat sana


berbaju blouse bertudung coklat tue lah mak ngah kite sebelah tue mama aku lah kan..Mama cakap macam bukan kat Sungai Buloh tapi macam kat Cameron Highlands,adalah sikit kan cuma sini panas cameron Highlands sejuk.


posing ma posing mama

Lepas posing-posing dorang tinggalkan aku cuba tengok gambar bawah terus je kedepan tak ingat aku kat belakang nie..


Bukan aku je kena tinggal anak mak ngah pun kena tinggal di belakang mengikutlah kami anak beranak nie kat belakang,ytengok bunga juga tapi ikut suka dorang lah nak masuk kedai mana tak mengikut sangat kita orang nie.


Tah ape lah adik beradik nie berbincang,bincang nak beli pokok ape lah tue kan..suka hatilah jangan tak nak balik sudah.


pokok yang mak ngah pegang tue aku ada beli dulu dan kedai nie lah juga aku beli dulu.Kat kedai nie ada gak mak ngah beli bunga, tah ape tah pokok mak ngah beli aku tak tau namanye ada dlm 3 ke 4 pasu mak ngah beli.      
          

                                                      
 jalan-jalan sampai kedai hujung sekali,kat kedai nie memang mak ngah beli banyak pokok bunga tue kat bawah kaki pak ngah tue semua pokok mak ngah.Pokok bunga raya 3 beg,bunga ros 2 pasu lepas tue pak ngah beli sepasu pokok berdaun je bukan jenis yang berbunga.Kat kedai nie mama gunakan kuasanye tawar menawar serius dapat murah semua pokok yang mak ngah beli dan aku dapat murah sampaikan tauke kedai nie pening kepala,hahaha lantak kan asal dapat murah.

Kat kedai nie aku beli sepasu bunga ros kuning dan beli bunga raya warna putih Mama tak beli bunga tapi mama beli tanah hitam dan kuning,rasanye 8 beg dapat murah gak.Tu yang untung bawa mama semua benda mama tawarkan dapat murah.

Masa nak balik ke kereta mak ngah singgah lagi satu kedai tue,sambung beli 4 pasu bunga 3 pasu dia punya sepasu untuk sedara kat kampung.Lepas tue baru mak ngah gerak bailk Pdalam 3.15 petang.Mak ngah tak sabar nak tanam semua pokok-pokok bunga tue dalam pasu dan di tanah.

Lepas dorang gerak balik aku sambung beli pasu untuk tanam pokok kertas yang aku beli semasa tunggu mak ngah sampai.Lambat sangat nak sampai beli pokok kertas kat kedai luar.Harga murah tue yang beli sampai 3 beg pokok kertas


nie pokok bunga yang aku beli..Pokok kerta warna pink,putih dan unggu cair.


3 biji pasu,2 untuk pasu untuk pokok kertas 1 yang besar tue untuk pokok bunga raya.1 lagi pokok kertas pakai pasu lama kat belakang rumah.Lupa nak snap 1 pasu kecil yang aku belikan untuk mama nak tanam pokok setawar.Sian mama punya dah dimakan oleh siput babi.

nanti aku up N3 lain pasar tanam pokok tue semua.