Jumaat, 10 Februari 2017

UTC,Labuan

Disebabkan ada pesanan dari kawan-kawan kirim beli ikan bilis kami singgah UTC Labuan,nak cari tempat lain tak tau search google katanye kat sini ada jual moh lah kita ke UTC Labuan saje.

besar gak UTC Labuan nie parking pun banyak 


side kiri nie kami tak masuk kalau masuk pun bukannye nak beli pun 


kami masuk side ni belah kanan




 segar-segar sayur-sayuran dan buah-buahannye

kemudian sebelahnye baru kami jumpa ikan bilis


dari ikan masin hingga ke ikan bilis yang besar hingga kecil semua ada.pilih je mana nak

mak cik nie baik hati dia bagi diskaun sebab beli banyak.

aku beli ikan bilis untuk rumah dan kawan-kawan ikan bilis biasa dan mata biru, Krul pulak beli ikan masin dan ikan bilis biasa untuk maknye.


ada gak jual kuih-kuih,keropok-keropok dan kekacang




Khamis, 9 Februari 2017

Ujana Kewangan,Labuan

Next lokasi kami terjah,Ujana Kewangan.

Ujana Kewangan merupakan pusat membeli belah yang terletak di Labuan Financial Park Complex.


Ujana Kewangan merupakan tempat bebas cukai(duty free)

Bestnye ada kedai jual coklat,masuk je kedai rambang mata dibuatnye macam-macam coklat ada kat sini.



 harga pun murah-murah.

Sila tengok tarikh luput ada coklat yang dah dekat tarikh luputnye.Ada uncle tue minta Krul tengokkan tarikh luput kat coklat tue sebab dia dah pernah kena beli sekali expired day.Nasib uncle tue bagi tau kalau tak bawa balik coklat yang dah expired kan sedih



kami tengok-tengok dulu, last day nak balik nanti baru datang sini balik dan beli.

Boleh bawa balik sikit untuk family dan kasi kawan-kawan opis.


Address: Lot No. E008, Tingkat Bawah, Bangunan Financial Park Labuan, 87000 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia
Hours: 
Open today · 10AM–10PM

Rabu, 8 Februari 2017

Muzium Marin Labuan





Tiada bayaran masuk dikenakan dan waktu operasi dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang,pengunjung hanya diminta mengisi buku pelawat sahaja.

Muzium ini dibahagikan kepada empat seksyen pameran iaitu Seksyen Hidupan Marin, Seksyen Maklumat Kapal Karam, Seksyen Batu Karang dan Seksyen Paya Bakau



















Jom naik ke tingkat 2 pula

Terdapat pelbagai spesies hidupan marin, peralatan memancing ikan tradisional dan moden, peralatan menyelam.  Terdapat 4 buah akuarium yang mempamerkan hidupan batu karang dan dua buah sudut bacaan untuk kemudahan pengunjung.

pelbagai jenis replika ikan di dinding termasuklah ikan jerung,benci aku nampak je rupa ikan jerung terus aku ketakutan meremang bulu roma aku.Aku kan penakut ikan jerung dan dan aku ajak Krul turun cepat.








 Sejenis belut,namanye Belut Moray

Tarikan di muzium ini, rangka ikan paus 





dan



seekor dugong yang telah diawet yang dijumpai terdampar di Pulau Papan





keluar ikut pintu belakang dapat tengok laut 



Itu Manja Rasa Restoren,kami ada makan disitu kemudian yea aku up cite makan disitu.


Panas tak dapat nak main pasir.hihihi


Baru boleh senyum sebab dah lupa ikan jerung tadi


.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

Address: 
Muzium Marin Labuan, Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan, Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, Jalan Tanjung Purun, 87008 Wilayah Persekutuan Labuan.
Tel: 
087-425 927