Selasa, 14 Mac 2017

my little BABY dah kahwin - Aby


Adik bongsu aku dah kahwin sabtu lepas 11 mac 2017 majlis nikah diadakan di surau dekat Kg.Malaysia Raya dan majlis sanding 12 mac 2017 diadakan di Dataran Kamara Kg.Malaysia Raya.


nie lah adik ipar aku,Syafiq namanye


Alhamdulillah dipermudahkan urusan akad nikah hanya sekali lafaz sahaja.


nampak abah cool tapi dalam hati sebak tue anak bongsu dia dah jadi milik orang

mama pun sama nampak je cool,dalam fikiran tue macam-macam fikir tentang majlis


dinikahkan oleh tok kadi yang sama semasa penikahkan yasmin




ni mak syafiq,sedih juga mak dia








Selamat pengantin baru my little BABY dan syafiq semoga bahagia hingga ke Jannah

Dah tak ada kawan nak tido sama-sama,gaduh,gelak ketawa,bawa kereta sebab klong tak geti bawa kereta dan banyak lagi lah.


***nak tengok gambar lagi sila ke instagram photographyzamyahya


Selasa, 14 Februari 2017

Manja Rasa Restaurant,Labuan

Ingat lagi tak kat entry Muzium Marin Labuan aku ada cakap kami makan kat Manja Rasa Restaurant kan,nie nak citelah ape yang menarik kat restaurant nie



tengok dibelakang ada kapal-kapal besar dan kecil sedang berlabuh, nampak tak ada orang kat belakang tue,dorang pancing ikan dan ketam tapi guna tali tangsi.banyak gak hasilnye dorang dapat.

Dari atas jambatan nie boleh nampak ikan,ketam dan obor-obor berenang.



nampak tak khemah putih tue belakang tue lah Muzium Marin Labuan,petang-petang ramai orang awam datang beriadah atau lepak-lepak.


dihujung sana pun ada restaurant tapi tak sempat nak kesana ingat nak pegi lps hbs makan tapi perut dah kenyang tak jadi ke sana




gambar kenangan berdua

Manja Rasa Restaurant menyediakan makanan buffet 
Korean BBQ steamboat.Harga sekepala dalam RM20 atau RM25 (maaf lupa) makanlah sampai kenyang,kalau nak makanan yang goreng-goreng ada juga dijual


mari pilih ape nak makannnn...





supnye adalah sup tomyam,nak grill pun boleh







kami berulang-ulang makan kerang besar nie,isinye sedappppp sanggaattttt sampakan tak boleh berenti habis je aku suruh Krul pegi ambil lagi.


pukul 6.15 petang dah gelap macam maghrib.


sini ada toilet dan surau jangan risau kalau nak makan sampai malam.

Aku sangat berpuashati makan disini sape-sape datang bercuti ke Labuan datanglah makan disini.


Address: Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, Labuan, Malaysia, 87008, Malaysia
Hours: 
Open today · 10AM–9PM

Isnin, 13 Februari 2017

Muzium Chimney,Labuan


Terdiri daripada 2 komponen di tapak bersejarah Chimney, iaitu bangunan Pusat Informasi Chimney (PIC) dan Menara Chimney. PIC berfungsi sebagai sebuah muzium tapak yang mempamerkan sejarah awal Tanjung Kubong, sejarah perlombongan arang batu Labuan sejak 1847. Ia merupakan sebuah muzium tapak (site museums) yang siap dibina pada tahun 1999 di atas tapak yang dipercayai bekas penempatan pekerja lombong arang batu semasa era kepesatan perlombongan sumber berkenaan di Labuan di antara 1847 hingga 1911. Chimney pula merupakan monumen penting di Labuan sebagai bukti peninggalan aktiviti perlombongan arang batu di Tanjung Kubong yang telah berusia lebih seabad. Dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai 'Punil', ia adalah mercu tanda bersejarah terkenal di WPL. Fungsi sebenar Menara Chimney masih belum dapat dipastikan walaupun banyak andaian tentangnya. Ramai menyangka ia adalah tempat pengalihan udara untuk terowong bawah tanah, tetapi kerja-kerja ekskavasi mendedahkan tidak terdapat sebarang struktur terowong di bawahnya. Juga tidak mungkin sebuah cerobong asap seperti namanya kerana tidak dijumpai sebarang kesan pembakaran pada dinding sebelah dalam. Sebahagian menyatakan ia adalah rumah api berdasarkan pada dinding sebelah dalam. Sebahagian menyatakan ia adalah rumah api berdasarkan kedudukannya di tanah tinggi dan pernah terdapat sebuah pelabuhan di kawasan Lubuk Temiang suatu ketika dahulu. Cerita tempatan pernah menyebut ia sebagai sebuah Menara Loceng untuk memaklumkan ketibaan kapal.

sumber : http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-chimney

menara chimney







Tiada bayaran masuk dikenakan.Muzium nie ada 2 tingkat.

tingkat 1 banyak mempamerkan sejarah tentang Chinmey


terdapat mini gua tentang perlombongan arang batu



di tingkat 2 pula mempamerkan peninggalan artifak-artifak yang digunakan oleh pekerja pelombong pada ketika itu










Address: 87000 Labuan, Labuan Federal Territory, Malaysia
Hours: 
Open today · 9:30AM–5:30PM



Jumaat, 10 Februari 2017

dapat hadiah dari BFF



Amirah,u pun dah pandai buat surprise bila i tak ada kat tempat u suruh linda letak kat meja i,walaupun tak ada dari penerima tapi i tau u kasi,tulisan u i kenal sangattttt.


Terima kasih my BFF amirah kasi i hadiah Bawal Adijuma..Terharu i tau.Baru kita sama-sama plan nak beli tup tup u hadiahkan i.


love u Amirah..Muaaahhhh cikitt...