Selasa, 9 Mei 2017

24 April 2017 - Ke Muzium Marin Labuan

Lokasi pertama bawa abah dan mama berjalan ke Muzium Marin Labuan.

Kita kasi tenangkan minda sikit,penatkan semalam naik flight jom tengok ikan-ikan berenang dalam akuarium.

Kita kasi chance abah dan mama bergambar buat kenang-kenangan nanti balik KL boleh tunjuk gambar kat kawan-kawan dan bercerita.



eh terselit plak gambar kami berdua






hanya abah dan mama je naik ke tingkat atas.


mama cakap mama pegang dugong tu,siap aku kena perli lagi mama cakap dengan abah dugong batu nie kaklong takut.Aku bukan takut sangat tapi aku geli tengok muka dugong nie lepas tu badan dia hitam legam.

Abah ambil gambar kat tulang ikan paus.Aku gak tak dapat ambil gambar kat ikan paus nie, nie semua si dugong hitam legam punya pasal asal ada kat terpi lorong tue.



habis tengok ikan kami jalan-jalan dipersisiran Pantai Tanjung Purun berehat disitu sambil tengok bot,kapal dan kapal layar kebetulan ada sukan air masa tue.



*** klik disini tentang Muzium Marin Labuan yang aku pergi tempoh hari


23 April 2017 - Gerak ke Labuan

Tiket flight kami ke Labuan jam 5.15 petang,kemain excited nak bercuti dalam jam 3 lebih petang kami dah sampai di KLIA.

Sampai je terus check in luggage dulu masing-masing bawa sorang 1 beg,kemudian baru cari makan.Disebabkan depan mata ada KFC terus makan KFC je lah.

Hati banyak suka dapat jumpa Krul dan pergi bercuti.



 kemain lagi berswafoto,ala sweet sangat abah dan mama aku nie


dalam flight dapat duduk sama-sama sebaris


nak gak selfie



bukti aku duduk tepi tingkap dan sebelah sayap


cuaca di luar dalam jam 6.45 petang

kami sampai di Labuan dalam jam 7 lebih petang

Krul dah sedia menanti di pintu ketibaan,terus singgah bilik dia solat dan kemudian pergi makan.

Abah dan mama duduk di Hotel Labuan Point 1 aku tumpang duduk kat bilik Krul je.Jimat sikit hihihi..

Isnin, 8 Mei 2017

Bercuti di Labuan dan Sabah

ALHAMDULILLAH Allah murahkan rezeki dapat berjumpa Krul dan dapat bawa sekali abah dan mama bercuti.

23-29 April 2017 lalu kami berempat bercuti di Labuan dan Sabah.

Macam di Labuan tue aku bawalah abah dan mama berjalan di tempat-tempat yang kali pertama aku datang sana dulu antaranya  Muzium Marin Labuan,Ujana Kewangan,Muzium Chimney dll.

Di Sabah pula memang pertama kali bagi aku krul dan mama,abah dah penah datang berkursus disana.

Di Sabah ada kejadian kemalangan kecil berlaku ke atas mama,cemas dibuatnye rasa menyesal pun ada.

Cerita selanjutnya pasal percutian nie esok lusa aku up date yea.Aku akan mulakan dengan cerita di Labuan dulu kemudian baru Sabah yea.

Up dulu 1 gambar kami berempat di Desa Dairy Farm,Kundasang.



Khamis, 23 Mac 2017

DIY Wedding Guest Book my little BABY

Seterusnya aku kena buat Wedding Guest Book plak.
Asalnye kawan Yasmin yang akan buat deko pada buka nie,tapi disebabkan kawannye sibuk dipindahkan deko tu ke aku untuk buat. 

Dengan bantuan Gmarl (adik ipar - suami Yasmin) kami bergabung buat benda nie.


aku deko riben (ikat riben), susun manik dan letak kertas nama pengantin manakala tukang gam tugas Gmarl lah.

Serius aku memang tak geti sungguh guna gam tembak tue takut kan benda berelektrik ni dan takut terlebih tekan kang meleleh plak gam tue.


design isi dalam buku nie idea Aby dan kawan Yasmin yang tolong buatkan design tue kemudian hantar kedai unuk printing serta kulit depan pun kedai yang buat.


... ll ...

Isnin, 20 Mac 2017

DIY hantaran my little BABY

Aku kahwin pun upah orang buatkan alih-alih bila Aby kahwin kena buat hantaran untuk dia.Ingat aku nie berseni sangat ke disuruh buat,tak nak hampakan Aby cuba jugalah buatkan tapi ada sedikit bantuan dari Krul dan Abah,tang mana dorang tolong kang aku bagi tau.

Idea asal hantaran adalah dari aku,aku buat 1 dulu kemudian explaind gitu gini kat aby,mama dan abah bila setuju barulah beli yang lain-lain.

Bekas hantaran nie aku buat bersama dengan Krul,kami balut bersama-sama.
Tukang bubuh gam adalah tugas Krul aku tak geti aku hanya tolong sikit-sikit je. 



Kemudian bubuh riben pada keliling bekas tugas Krul gak.

buat kat dapur je yea malas nak berselerak kat ruang tamu.abaikan gambar yang tak ada kena mengena itu jangan mengumpat ok.


nie baru tugas aku letak bunga,tak guna gam hanya guna clips kertas patahkan 2 kemudian cucukkan saje. kenape aku tak gam kot lah tiba-tiba nak ubah posisi bunga atau nak ubah letak bunga lain ke dah senang nak cabut nanti tak lah melekat kat pembalut bekas hantaran tue

Oh ya bekas hantaran nie kami buat 2 minggu sebelum Krul ke Labuan

Mula buat gubahan hantaran rabu (8 mac) lepas buat kat rumah Yasmin.

Kecoh huru hara pening aku nak gubah hantaran ni mula-mula.Disebabkan plastik set perfume dan set dompet koyak,abah beli plastik tebal sikit sebab plastik nipis tak ada.

Kemudian kami(abah Aby dan aku) cuba  balut dengan plastik tue tak menjadi langsung sebab tak melekat aku terus give up.Dan paling aku menyirap riben merah plak tak ada kena balik rumah mama cari,cari punya cari tak ada patah balik pergi rumah yasmin cari balik dalam beg plastik wei ada plak padahal 2,3 kali kami cari tak ada alih-alih boleh plak ada tak ke aku menyirap.Jumpa je riben tue aku baling ke dinding tercengang-cengang dorang.

Dorang suruh aku rileks dulu,sambil tue dorang buat goodies untuk kanak-kanak dulu.Sambil dorang buat goodies aku dah sejuk hati aku sambung gubah hantaran diam-diam,eh jadilah aku buat aku buang plastik kat set tue kemudian aku ikat riben.

Tunjuk kat mama abah aby dorang kata ok,terus aku letak kat bekas hantaran dan sambung buat yang lain. 



2 set barang nie aku buang plastinye yang set perfume tue aku hanya tambah riben dan set dompet aku kena gubah semula dari kedudukan asalnye 


kain warna merah tue abah yang balutkan aku cuma tolong sikit-sikit je sebab kain merah nie buat aku sakit hidung tiang merah tue pakai lidi je kemudian balut dengan riben tue pun tugas abah sebab kena gam kan.


kaki gajah syafiq nie terkeluar dari bekas hantaran


2 gubahan hantaran aku sambung buat ari khamis 9 mac sebab Aby baru beli coklat dan baju




tugas abah gamkan kesemua barang-barang tersebut dan lekatkan pada bekas hantaran dan gamkan manik di riben sekali. Kecuali T-shirt mama letak jarum peniti kat T-shirt supaya tak goyang dan kasut pula letak selotip bawah tapak kasut kemudian baru bubuh gam diselotip tue,tak kan nak gam terus kat tapaknye mau rosak tapak kasut tue nanti.



nie gambar keseluruhan

sangat simple bukan tapi Aby dan mama kata OK

Maaflah nie je yag mampu aku buat tak kreatif sangat.

Dalam tak keatif nie ada lagi yang Aby suruh buat nanti aku cite kemudian.



... ll ...