Khamis, 18 Mei 2017

King Park Hotel,Sabah



Mari kita lihat keadaan dalam bilik King Park Hotel nie,tapi bilik kami sajelah bilik abah dan mama tak dapatlah nak ambil gambarnye kan kami berebut nak solat.


 : bathroom :



shower room tak best sempit kalau tutup pintu boleh lemas bila mandi memang aku buka pintunya



extra bantal 1 je jadi milik aku lah




 cuma yang aku perasan lain bilik kami ada sofa bilik abah mama tak ada dan ruang biliknye agak sedikit kecil.

buka jendela nampak pemandangan bandar KK


 dan laut 

permandangan nie sekitar jam 6.30 petang, dah mula gelap dan kebetulan hujan pula lagi lah cepat gelapnye petang itu.


Lepas solat isyak kami pergi makan dengan cousin kite,best dia belanja makan lobster dan lain-lain..nanti aku cite kemudian yea.


.............................................. ll ..............................................................

 Address: Jalan Masjid Lama, Pusat Bandar, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia


Rabu, 17 Mei 2017

Ke KOTA KINABALU,SABAH

Alhamdulillah dapat jejak kaki di tanah Sabah,walaupun tak semua tempat dapat dijajahi hanya sebahagian sahaja aku bersyukur InsyaAllah ada rezeki datang lagi.


Dari Labuan ke KK kami berempat naik feri.Harga tiket seorang Rm23.50,tetapi harga tiket dari KK ke Labuan lain pula yea seorang Rm41 mahal dari KK


Untuk pengalaman kami gagahkan diri bertahan duduk dalam feri nie selama 3 jam 30 minit,tido bangun tido bangun,movie by movie berganti habis tak sampai lagi.Aku tak tahan duduk lelama aku berdiri jap.Lepas nie kalau nak ke KK lagi kalau dari Labuan aku nak naik kapal terbang lah,tak sanggup rasanye duduk lelama rasa kematu bontot aku.

Dari Labuan feri bergerak lebih kurang jam 1.00 petang dan kami sampai ke KK  lebih kurang jam 4.40 petang

sampai je haruslah ambil gambar dulu.


bot-bot nie nak pergi ke pulau-pulau


haha..abah kena jaga beg kami sibuk nak bergambar




kat pintu gerbang ni haruslah ambil gambar




Transport Krul dah siap-siap sewa,sambil nak tunggu kereta sampai kami makan dulu disitu di  Restoren Nasi Padang Ibu,lapar plak duduk lama-lama dalam feri dah lah sejuk.Maaf gambar restoren dan makanan tak ambil tak menyabar wei nak makan kami dah lapar sangat dan takut abah jadi singa baik makan je diam-diam.


Habis makan kereta sewa tak sampai-sampai lagi katanye jem plak,nak kejar solat (jamak - zohor dan asar) kami naik je teksi ke hotel.Rupanye bukan boleh main naik je teksi yang ada kat situ kena pergi kaunter teksi dan buat pembayaran disitu bagus gak cara nie tak lah kite kena tipu harga dengan driver teksi. 



Selasa, 16 Mei 2017

25 April 2017 - Muzium Chimney,Labuan

Sebelum berangkat ke Kota Kinabalu petang nanti, pagi itu kami berjalan dulu ke Muzium Chimney.





Tak banyak ambil gambar didalam muzium nie,abah dan mama banyak membaca info bahan-bahan aktifak disini kalau nak tengok gambar masa dulu aku dan Krul pergi klik disini 

Kemudian kami keluar tengok mercu tanda Chimney nie dan ambil gambar






Mama berkenan sungguh bunga nie ajak bergambar tak diherannye matahari terik memancar ke muka,aku layan kan aje. 

Dah selesai semua kami balik bilik kemas-kemas beg nak gerak ke KK..


Jumaat, 12 Mei 2017

Anjung Ketam,Kampung Tanjung Aru


Alhamdulllah dapat makan disini Anjung Ketam.Kali pertama datang dulu tak dapat makan disini sebab kami datang siang hari gerai belum buka kali nie kami rancang lepas maghrib datang makan disini nasib baik buka restoren makan nie.

Di Anjung Ketam nie memang menu utamanya ialah makanan laut jadi sila pilih mana yang berkenan semuanye masih segar masih lagi didalam akuarium.

Ada 4 gerai yang boleh dipilih,2 kanan dan 2 kiri.


Kami memilih di gerai sebelah kiri gerai no.1-Asliana Asmad.

Pilihan menu ditangan aku,jadi ikut suka tekak aku nak makan ape dorang ikutkan aje.

 pepahat masak sambal

Pepahatnye sedikit liat habis gak kami makan.

 sotong goreng tepung

Sotong nie tak habis Krul order dalam 3 ekor bawa balik simpan dalam peti ais dan sampai terlupa nak makan esoknye sudahnye Krul makan masa kami dah balik KL.Nasib tak sakit perut.

 ikan cencaru masak 3 rasa

Pelik cara masakannye lain lah dengan KL,ada timun dalam masakannye.Habis gak dikerjakan oleh Krul.

 udang selipar

Aku lupa udang selipar nie masak ape,aku ambil 2 ekor ldapatlah sorang sebelah.Sedapppp pertama kali makan udang selipar rasanya macam isi udang tapi isinye lagi pejal.Aku ingat banyak lah isinye rupanye sikit harap je kulit besar dan keras.Nak rasa punya pasalkan dah sampai sini rugi tak cuba.  

 udang goreng butter

sedappppppppp itu je yg boleh aku cakap, pun habis gak

 sayur kangkong masak belacan

tak habis banyak sangat lagipun sayur sampai lambat.



Korang pakai je waze jumpa je ketam batu gergasi nie terus je masuk kedalam

asal plak gambar siangkan nie gambar masa dulu masa aku datang yang tak dapat makan tue 



baru nampakan restoren nie kat mana sebenarnye,restoren nie diatas air dan di tepi laut.Malam tak nampak ape pun nampak gelap je tapi jauh ke laut boleh lah nampak lampu kapal-kapal besar.


Rabu, 10 Mei 2017

Kampung Patau-Patau 2 @ Kampung Air

Singgah sebentar di Kampung Patau-Patau 2 @ Kampung Air.

Deretan rumah kayu yang dibina atas permukaan air.


boleh je nak berjalan masuk ke kampung nie tapi kami tidak masuk sebab takut nak lalu kat jambatan kayu tue yang tiada pemegang kanan kiri kot lah tersalah pijak mau terjatuh dalam air.

Kami hanya perhatikan dari tepi jalan sahaja.


dapat dilihat perahu atau bot kecil disetiap rumah kayu ni.sambil memerhati kampung air nie lalu lalang pula bot kecil seperti sampan depan kami dan di sebelah kiri ada nelayan tengah betulkan jalanye.



Nampak tak bot kecil di belakang mama

untuk lebih info boleh baca disini 


matahari memancar ke muka

sampah sarap pun banyak gak di gigi air mungkin terjatuh atau pembuagan dari penduduk kawasan tersebut.Dapat juga tengok ikan kecil berenang di gigian air nie


Kalau datang Labuan singgahlah yea di Kampung Patau-patau 2 @ Kampung Air,kat KL tak ada kampung atas air nie