Rabu, 24 Mei 2017

SABAH TEA : Restaurant & Tea Shop


Next kami singgah di ladang teh Sabah pula.Ladang teh nie kena kena turun dari Kundasang.

Alhamdulillah ada restaurant disini boleh makan sekali, lagi pun perut memasing dah lapar.


Oh ya di Sabah Tea nie cuacanya panas yea,tapi tak lah panas sesangat.


kata ladang teh haruslah minum teh



Krul punya (lupa nama menunye)


nampak daun teh digunakan untuk hiasan

kami bertiga makan nasi goreng (lupa nama menunye juga)


Sabah Tea Love Lock Teapot

ada gak love lock nie kat sini


kita ambil je lah gambar yea mama anak mama ne tak berkenan nak buat benda nie,membazir je

Dah kenyang perut moh kita jalan ke depan tengok ladang teh secara dekat

salasilah penubuhan ladang teh sabah nie





Kilang pemprosesan teh



tapi tak boleh masuk tengok 

Ini adalah area untuk ambil gambar tapi sayang gambar tak jelas sebab menghadap matahari itu yang gambar gelap.






Boleh masuk ke ladang teh






rehat jap sebab panas dan menikmati keindahan ladang teh nie 


ok bye Sabah Tea..ada rezeki kami datang lagi.


Address: KM 17, Jalan Ranau/Sandakan Kampung Nalapak Beg berkunci No.2, 89309, Ranau, Sabah, Malaysia
Hours: 
Open today · 7AM–8PM

Selasa, 23 Mei 2017

26 April 2017 : Desa Dairy Farm,Kundasang,Sabah

Disebabkan nak kejarkan dapat tengok Gunung Kinabalu sebelum kena lindung oleh kabus lepas je breakfast dalam pukul 7.30 pagi kami gerak ke Desa Dairy Farm.

Jauh betul Desa Dairy Farm nie dari hotel,adalah dalam 2-3 jam baru sampai.Perjalananye macam nak ke Cameron Highland kena naik bukit tapi selekohnye tak lah tajam macam di Cameron Highland.

Sampai 1 tempat kami berhenti kejap ambil gambar Gunung Kinabalu.






Kabus dah mula nak menutupi nasib kami sempat sampai,nie pakai camera handphone je kalau pakai camera digital mesti gambar cantik dan sharp.Tapi tak pe lah bersyukur sangat dapat tengok Gunung Kinabalu ni depan mata.

Akhirnya sampai juga di  Desa Dairy Farm,kita ambil dulu gambar di muka pintu sebelum masuk.









masa melawat adalah jam 8.00 am - 5.00 pm setiap hari kadar bayaran pula rm5 untuk dewasa dan kanak-kanak rm5




ke dalam lagi tempat lembunye tue nampak tak bumbung situlah tempatnya

Dah sampai empat parking kami patah balik jalan kaki singgah kat batu nie nak ambil gambar kat batu lembu nie.


masa nie matahari terik tapi tak rasa panas pun rasa sejuk je macam kat Cameron Highlands





nie lah tempat pemprosesan



mama masa ni dah tak boleh masuk ke dalam sebab bau lembu kuat sangat turun pergi toilet lepas tue ajak abah naik atas kat tempat parking.Aku dan Krul masuk tempat pemprosesan dan tempat kandang lembu.





lembuuuuuuu...

Kat area nie kanak-kanak pasti suka boleh kasi lembu dan kambing makan.





Sini kandang lembu sebenarnya.


semua tunjuk buntut


kemudian aku beli ais cream



sedap ais creamnye,jumpa mama dan abah di parking kasi rasa sikit rugi tak rasa bukannye senang nak datang sini kan

sebagai cenderamata haruslah beli fridge magnet 



Address: 89308 Kundasang, Sabah, Malaysia
Hours: 
Open today · 8AM–5PM

Isnin, 22 Mei 2017

Makan seefood di Glam Station's No.3

Malam tue abang herry (my cousin) belanja makan malam kami.

Bang herry bawa kami kesini Glam Station's No.3

Terbeliak biji mata aku dari mula masuk sampai ke belakang semua makanan laut segar-segar belaka.

setiap gerai memanggil pelanggan untuk masuk ke kedai masing-masing.

Kami ikut je mana ynag abang heery nak bawa makan.



banag herry bawa kedai yang paling hujung sekali,lepas tue suruh kami pilih ape je nak makan,aku pilib lobster lah kan.











 ketam

1 ekor lobster

Ada lagi kami makan tak sempat nak ambil gambar segan dengan abang herry,yang lain adalah ikan siakap,sotong dan udang.

Disebabkan siang aku dah makan nasi malam ni aku hanya gatah lauk je,yang paling best lobster tue sebelah je aku sorang yang makan,hahaha..