Langkah diteruskan ke MAPS (Movie Animation Park Studios). Taman tema ini dibuka secara percuma untuk pengunjung yang ingin masuk dan bergambar tetapi masuk ke zone-zone yang menarik di dalam MAPS ni dikenakan bayaran masuk.
Jom aku bawa korang lihat ke dalam MAPS ni. Tapi sebelum tu ada pemeriksaan kecil di pintu masuk, sekadar nak check beg pengunjung (tak sempat tanya sebab time tu Aby call, aku just buka beg dan tunjuk je kat orang yang check tu) mungkin tak boleh bawa makanan dan minuman masuk kot sebab kat dalam ni ada jual makanan dan minuman.
Oh ya kami just jalan-jalan dan ambil gambar je tau tak beli pun tiket masuk ke zone-zone tu lagipun dah janji nak makan malam dengan Aby dan Syafiq takut terlama pula disini plak nanti.
Bagi sesiapa nak datang MAPS ni aku cadangkan korang datang siang hari kalau malam jadi macam aku lah bergambar dalam keadaan gelap. Krul kata besok sebelum balik nak datang balik tapi aku cakap tak payah lagipun dah datang ni cukuplah lain kali je datang lagi.
Rabu, 18 September 2019
Selasa, 17 September 2019
Jalan-jalan di sekitar kawasan Bangunan Stesen Keretapi Ipoh, Perak
Stesen Keretapi Ipoh merupakan salah satu tempat tumpuan para pelancong di Perak.Stesen Keretapi Ipoh ini juga dikenali sebagai Taj Mahal oleh masyarakat tempatan kerana rupa bentuknya yang seakan-akan Taj Mahal. Ianya merupakan mercu tanda bagi bandaraya Ipoh kerana keunikan rupa bentuknya.
Yang menariknya di dataran ini terdapat satu dinding mural mengenai aktiviti-aktiviti perlombangan.
Sorry terbalik plak rekodnya sepatutnya part perlombongan dulu baru ke part keretapi)
Diseberang jalan atau di depannya terdapat Bangunan Dewan Bandaraya Ipoh yang dibina pada tahun 1914.
Dan bersebelahannya terdapat Masjid Sultan Idris Shah ke II
Isnin, 16 September 2019
Plan B. Plan B dan Concubine Lane
Assalamualaikum selamat pagi dan Selamat Hari Malaysia semua Sayangi Malaysiaku Malaysia Bersih.
Sambung ke cite berjalan-jalan di sekitar Plan B dan Concubine Lane.
Maaf aku kurang ambil gambar masa ni mood tak berape nak ada sebab lapar.
Sambung ke cite berjalan-jalan di sekitar Plan B dan Concubine Lane.
Maaf aku kurang ambil gambar masa ni mood tak berape nak ada sebab lapar.
Dari jauh aku dah nampak orang jual cendol, jadi mari kita pekena cendol dulu bagi alas perut yang lapar ni. Namanya 'Cendol Abang Kacak - Wawasan Cendol'. Rupa-rupanya 'Cendol Abang Kacak - Wawasan Cendol' sudah viral.
Ada cendol kacang, cendol pulut, cendol jagung dan cendol durian. Tapi masa beli tu abang kacak tak ada yang jualnya budak lelaki remaja.
Cendol durian pakai durian king sedap sungguh
Dekat area sini ada lukisan mural di dinding bangunan yang cantik-cantik sama seperti kat Pulau Pinang tu. Di sini juga terdapat kedai-kedai menual makanan dan cenderamata. Disebabkan ramai sangat orang membeli makanan aku pin malas nak beratur jadi pandang je lah lagi pun dah dapat rasa cendol pun kan.
Kami banyak berjalan-jalan saje dari bergambar maaf yea tak pandai nak berposing.
Cantik dorang gantung dan susun payung warna warni ni
Bestnya kalau ada pokok buluh kat rumah nampak redup je mata memandang
Tadi gantung patung ni pantung tanglung plak
Itu je lah yang dapat aku kongsikan, serius tempat-tempat kat sini menarik lagi-lagi remaja yang suka bergambar.
Sabtu, 14 September 2019
Seemsoon Hotel,Ipoh-Perak
gambar sumber dari google terlupa nak snap gambar hotel
Hotel yang kami menginap ni sangat selesa dan besar biliknya.
Harga pun tak berapa mahal sangat ada free wifi lagi.
Aku nak bagi tau sikit kalau korang keluar balik malam lambat parkir dalam penuh korang kena parkir luar yea sebab kawasan parkir hotel tak berapa besar,parkir luar bukan jauh mana pun depan dari hotel ni je dan tak perlu bayaran parkir.
Jom kite tengok rupa dalam bilik hotel ni.
Disebabkan cuti panjang 3 hari (Hari Keputeraan YDP Agong) bilik penuh jadi kami tak dapat bilik katil double bed kami dapat single bed.
Konon aku nak tido senang-lenang berguling-guling sekali Krul pergi rapatkan katil plak.
Ada sediakan peti sejuk,tea & coffee and 2 mineral water
Toilet pun ok selesa ada hairdryer sekali senang nak keringkan rambut.
Cuma tidak disedaikan iron mungkin kena minta, aku tak guna iron aku bawa baju t-shirt dan tudung sarung yang tak payah digosok.
Include sekali dengan breakfast, tapi menu breakfast tak berapa meriah sangat tu sebab kami breakfast kali ke dua di Restoran New Holly Wood
Walaupun makanan sarapan pagi tidak mewah tapi aku sangat cadangkan korang menginap di hotel ini okey.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
No.2, Regat Dato Mahmud,Jalan Pasir Puteh,31650 Ipoh, Perak
05-2556888
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Langgan:
Catatan
(
Atom
)


















































