Isnin, 24 September 2012

Al-Fatihah - Dalam Kenangan



Arwah Nenek lebih dikenali dengan panggilan Atok yang aku sayangi telah kembali kerahmatullah pada 20 September 2012 sebelum azan Zohor dan telah selamat dikebumikan pada petang hari tersebut selepas azan Asar ditanah perkuburan Kampung Kebun Teh,JB.



Al-Fatihah,semoga roh atok dicucuri rahmat hendaknya...

Amin

***Dah tak ada nenek dan atok lagi baik belah mama dan abah,sekarang hanya menumpang kasih nenek belah hubby je..tue pun tinggal sorang je nenek dia..

Khamis, 20 September 2012

Redha




Rabu, 19 September 2012

kite tengok sape yang kena lucky draw

Jumaat lepas ada sambutan majlis hari raya (open house) kat opis hubby iaitu bahagian kejuruteraan bergabung dgn Balai Bomba Sentul.Dalam majlis tersebut ada dibuat lucky draw,dimana nama akan dicabut oleh KB,OC Balai dan Penolong Jurutera serta isteri masing-masing.Setiap sorang akan mencabut 5 nama saje.Hadiah hanya untuk pekerja2 bomba saje.

hadiah yang bakal dibawa pulang bagi yang bertuah malam itu

Hubby memberi hadiah kepada 5 orang yg bertuah,2 dari 5 orang gambar dibawah adalah staff hubby..Sian korang berdua dapat tuala,nanti minta ganti pada En.Krul..


Giliran isteri En.Krul plak bagi hadiah.Dalam 5 cabutan tersebut terselit nama hubby,mc majlis tue siap mengusik kata nie tak adil isteri sendiri yang bagi hadiah..dan tak lama lepas tue mc tue dapat hadiah atas cabutan diri sendiri lagi kelakar.Nasib mc tu dapat hamper klu dapat tuala mau kena gelak..Sorry Tuan mc saya melawak je..


Hanya hubby sorang je dapat hadiah elektrik yg lain2 hamper dan tuala..Hadiah yang hubby dapat ialah kettle.Ok gak boleh ganti kettle lama.

Dan malam itu kami memilih memakai warna baju sedondon


purple pilihan kami..


Selasa, 18 September 2012

Rumah terbuka hubby

Kunjungan dari pejabat hubby,penghuni kuaters Bomba Bukit Jalil,pasukan penyelamat dan pegawai-pegawai Bomba di hari ahad.Maafkan aku kawan-kawan sekalian kerna tak menjemput korang hadir ke rumah.Hubby last minute kata nak buat open house dah tue kata nak jemput anggota Bomba aku nak tumpang sekaki buat, tapi mengalah tak jadilah buat sebabkan klu buat sama-sama takut makanan tak cukup oleh itu baik hanya buat utk belah hubby je.



Tekaan aku tepat sekali,3 Balai Bomba datang dengan pasukan penyelamat masing-masing dengan mengikut syif bertugas.Nasib baik yang datang tue tak kena panggil segera balik utk padam kebakaran.Pegawai atasan dan OC balai pun hadir sama.

Nasib baik ada import Master Chef klu tak mau terkangkang aku kat dapur sediakan makanan,sape kah master chef tue tak lain tak bukan Mama lah..Mama buat kuah kari 2 periuk besar..aku tolong gak lah mama kat dapaur tolong potong bahan2.Mama dan abah lah orang kuat dlm menyempurnakan open house nie.

Makanan yang kami sediakan utk tetamu makan ialah Mee Kari dan Satay (hubby tempah) air pula Mangga,keropok (mak teh aku kena paksa goreng sian dia),buat pemanis mulut dihidangkan buah laici,gula-gula dan agar-agar.Tak lupa juga dihidangkan kuih raya.


Tak putus2 tetamu datang hingga ke malam.Nie lawak,Tuan Zaidi siap beri arahan suruh datang kerumah kami dengan diberi masa 5 minit saje utk sampai,belum sempat 5 minit 1 pasukan dari balai bawah (balai bukit jalil) datang beri salam.

Dalam makan-makan tue ada gak tetamu yang tengok gambar kawin kami,tiba2 naik malu rasa hati.Gambar lamakan dulu kurus sekarang dah gemuk.

Disebabkan mama masak,mama ajak jiran2 rumah mama datang rumah aku, lagi pun dekat je bukan jauh dari sgt pun rumah mama ke rumah aku.


Tima kasih cik ezan,mak ngah & suami serta nek endon sudi datang ke rumah saya..maaf lah tetamu ramai tak sempat nak melayan sgt.

Alhamdulillah habis kesemuanya makanan hari tue.Kepada MIL malam tue juga kami hantarkan makanan,MIL tak dapat datang kerna demam.


Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan maafkan sekiranya layanan kurang baik dari kami.

Ahad, 16 September 2012

Salam Syawal 1433 Hijrah


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau senda tentu ada khilaf & dosa.
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Moga silaturahim diberkati Allah