Selasa, 23 Februari 2016

Pantai Chenang

Langkawi : 4 hari 3 malam

13 Februari 2016 : Petang

Tempat pertama yang kami sekeluarga pergi untuk hari pertama ialah Pantai Chenang.


anak menantu dan cucu En.Misran & Pn.Hasna,tak lengkap sekeluarga sebab 2 menantu perempuan tak ikut sorang balik kampung dan sorang lagi kerja.

Nanti dalam N3 lain aku kenalkan adik beradik Krul mana no1 sampai no7.

Jamal adik Krul bersama isteri (Yana) dan anak-anaknye(Ain & Kimi)

nie geng perempuan





kiri Ju (adik Krul)  kanan Nureen (adik ipar Krul)

keindahan Pantai Chenang,ramai betul mat & minah salih disini.

ini 2 budak tak sabar-sabar nak mandi pantai,Ain buka baju sendiri tak menyempat tunggu mak dia bukakan baju si adik plak meronta-ronta nak ikut atok kat air mandi.


 Dalam air tue ayah Krul melayan Ain mandi.Mansor melayan anak dia Khalisya,Khalisya tak takut air suka betul dia main air.


Antara permainan yang ada di pantai.Nak naik tapi mahal jadi tengok je lah jangan bazir duit sangat baik kite shopping lagi bagus.

 Jamal dengan Padil(adik Krul) main Jet Ski tah berape puluh setengah jam.Kata Padil dia serik tak nak naik dengan Jamal lagi,Jamal bawa sampai tengah laut kalau jatuh mampus lemas.Hahahaha nak sangatkan naik rasakan.

Seronoknye kalau dapat naik.Next time lah kalau datang sini lagi.

Pensil panjang ala-ala babana bot

Jamal ajak plak isteri dia naik.Yana memang menunggu je nak naik,anak-anak dia pas kat kami suruh jaga.Amboi lupa anak yea,tak pe pergi lah berdua-duaan kat tengah laut tue.

Ayah Krul melayan cucunye Kimi

Mak Krul perhatikan je atok anak cucu main air kat tepi.

Sambil-sambil tue aku dengan Krul jalan-jalan jap sampai tengah pantai nak tengok ape yang menarik di pantai nie.


Sekali kami berdua ambil gambar da.hahaha.Gedik sungguh laki bini nie.


Habis mandi tukar baju semua orang, kami jalan di kedai-kedai sepanjang Pantai Chenang tue.Masing-masing pun belilah itu ini duit adakan seronoklah bershopping.

Isnin, 22 Februari 2016

Trip ke Langkawi bersama keluarga Krul

4 hari 3 malam (13-16 Februari 2016) kami sekeluarga bercuti di Langkawi.Percutian ini sepenuhnye ditaja oleh Big Bos iaitu ayah Krul.Baik dari tambang bas,homestay sampailah ke makan semuanye dibayar oleh ayah Krul dan paling best anak dan menantu dapat duit shopping.


anak menantu dan cucu En.Misran & Pn.Hasna


Jumaat, 15 Januari 2016

Muzium Kapal Selam di Pantai Klebang Melaka

Melaka : 3 hari 2 malam 

2 Januari 2016 : Hari ke-3 : Petang


Kapal Selam SMD OUESSANT

Muzium Kapal Selam ini terletak berhampiran dengan Pantai Klebang.

Tiket masuk RM3 untuk dewasa / RM1 untuk kanak-kanak bawah umur 12 tahun / bawah umur 6 tahun Percuma.Waktu operasi bermula jam 9.00am - 5.00pm Isnin-Khamis manakala Jumaat/Sabtu/Ahad bermula jam 9.00am-6.30pm


kepala kapal selam







ekor kapal selam


 Jom kite terokai dalam perut Kapal Selam ini,pintu masuk ditangga belah depan dan pintu keluar di pintu belakang nie yang ada orang nak turun tue.

Nampak besar badan kapal selam ini tapi ruang dalam perutnye sempit dan laluan sehala je kalau nak selisih memang payahlah sekali tapi tak pun sesape pengunjung selisih sebab pintu laluan keluar dibahagian belakang.

Dalam perut Kapal Selam nie ada bilik tidur, ruang makan, ruang meeting, dapur, driving seat, nagivation section, engine compartment, torpedo launcher & lain-lain 



Di bahagian depan kapal selam,depan kanan kiri penuh dengan mesin-mesin besi



kena panjat nak ke dalam perut kapal selam ni kanan kiri ada katil boleh lihat gambar dibawah


 berada dibahagian tengah perut kapal selam, kanan kiri penuh dengan mesin dan bilik-bilik tertentu lihat pada gambar dibawah.










gambar ini dibahagian hujung kapal selam


Bergambar dipintu luar


nak gak sentuh badan kapal selam nie,sejuk bawah badan kapal selam nie  walaupun berjemur ditengah panas.

sebelum balik nampak ada pokok daunnye terjurai-jurai ajak Krul bergambar berdua-duaan jap


gambar last aku suka terasa romantik plak 3 2 1 kena cium.buat perangai plak dia main cium aku.

 handsome husband i berkaca mata hitam


Ok setakat ini dulu nanti aku story next cite lain yea.Bye.