Selasa, 23 Mei 2017

26 April 2017 : Desa Dairy Farm,Kundasang,Sabah

Disebabkan nak kejarkan dapat tengok Gunung Kinabalu sebelum kena lindung oleh kabus lepas je breakfast dalam pukul 7.30 pagi kami gerak ke Desa Dairy Farm.

Jauh betul Desa Dairy Farm nie dari hotel,adalah dalam 2-3 jam baru sampai.Perjalananye macam nak ke Cameron Highland kena naik bukit tapi selekohnye tak lah tajam macam di Cameron Highland.

Sampai 1 tempat kami berhenti kejap ambil gambar Gunung Kinabalu.






Kabus dah mula nak menutupi nasib kami sempat sampai,nie pakai camera handphone je kalau pakai camera digital mesti gambar cantik dan sharp.Tapi tak pe lah bersyukur sangat dapat tengok Gunung Kinabalu ni depan mata.

Akhirnya sampai juga di  Desa Dairy Farm,kita ambil dulu gambar di muka pintu sebelum masuk.









masa melawat adalah jam 8.00 am - 5.00 pm setiap hari kadar bayaran pula rm5 untuk dewasa dan kanak-kanak rm5




ke dalam lagi tempat lembunye tue nampak tak bumbung situlah tempatnya

Dah sampai empat parking kami patah balik jalan kaki singgah kat batu nie nak ambil gambar kat batu lembu nie.


masa nie matahari terik tapi tak rasa panas pun rasa sejuk je macam kat Cameron Highlands





nie lah tempat pemprosesan



mama masa ni dah tak boleh masuk ke dalam sebab bau lembu kuat sangat turun pergi toilet lepas tue ajak abah naik atas kat tempat parking.Aku dan Krul masuk tempat pemprosesan dan tempat kandang lembu.





lembuuuuuuu...

Kat area nie kanak-kanak pasti suka boleh kasi lembu dan kambing makan.





Sini kandang lembu sebenarnya.


semua tunjuk buntut


kemudian aku beli ais cream



sedap ais creamnye,jumpa mama dan abah di parking kasi rasa sikit rugi tak rasa bukannye senang nak datang sini kan

sebagai cenderamata haruslah beli fridge magnet 



Address: 89308 Kundasang, Sabah, Malaysia
Hours: 
Open today · 8AM–5PM

Isnin, 22 Mei 2017

Makan seefood di Glam Station's No.3

Malam tue abang herry (my cousin) belanja makan malam kami.

Bang herry bawa kami kesini Glam Station's No.3

Terbeliak biji mata aku dari mula masuk sampai ke belakang semua makanan laut segar-segar belaka.

setiap gerai memanggil pelanggan untuk masuk ke kedai masing-masing.

Kami ikut je mana ynag abang heery nak bawa makan.



banag herry bawa kedai yang paling hujung sekali,lepas tue suruh kami pilih ape je nak makan,aku pilib lobster lah kan.











 ketam

1 ekor lobster

Ada lagi kami makan tak sempat nak ambil gambar segan dengan abang herry,yang lain adalah ikan siakap,sotong dan udang.

Disebabkan siang aku dah makan nasi malam ni aku hanya gatah lauk je,yang paling best lobster tue sebelah je aku sorang yang makan,hahaha..


Khamis, 18 Mei 2017

King Park Hotel,Sabah



Mari kita lihat keadaan dalam bilik King Park Hotel nie,tapi bilik kami sajelah bilik abah dan mama tak dapatlah nak ambil gambarnye kan kami berebut nak solat.


 : bathroom :



shower room tak best sempit kalau tutup pintu boleh lemas bila mandi memang aku buka pintunya



extra bantal 1 je jadi milik aku lah




 cuma yang aku perasan lain bilik kami ada sofa bilik abah mama tak ada dan ruang biliknye agak sedikit kecil.

buka jendela nampak pemandangan bandar KK


 dan laut 

permandangan nie sekitar jam 6.30 petang, dah mula gelap dan kebetulan hujan pula lagi lah cepat gelapnye petang itu.


Lepas solat isyak kami pergi makan dengan cousin kite,best dia belanja makan lobster dan lain-lain..nanti aku cite kemudian yea.


.............................................. ll ..............................................................

 Address: Jalan Masjid Lama, Pusat Bandar, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia