Ahad, 18 Disember 2011

Sup Tulang Bebola

Memenuhi kehendak hubby utk makan tgh hari Sup Tulang dan mai pula dgn rajinnye menokok tambah meletak bebola ikan...


Bahan-bahan
  • 1 tongkol tulang (bersihkan dan tos)
  • Sedikit isi daging
  • 6 biji bawang merah & 4 biji bawang puith (ditumbuk)
  • 4 biji bawang merah & 2 biji bawang putih (dihiris halus)
  • 1 paket rempah sup
  • 3 bji kentang (dipotong 4)
  • 1 biji carret (dipotong panjang)
  • 1 paket bebola ikan
  • Sayur sup
  • Rempah 4 beradik -2 batang kulit kayu manis,3 biji bunga lawang,3 biji jintan manis 3 biji buah pelaga(agak2 je)
  • Daun sup dan daun bawang (hiris halus atau potong 1 inci panjang)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam
Cara
  1. Rebuskan Tulang & isi daging sehingga lembut.(jgn dibuang airnya)
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
  3. Tumis bawang yg dihiris bersama rempah 4 beradik tue sehingga naik bau, warna menjadi sedikit perang.
  4. Kemudian masukkan bawang yg ditumbuk bersama rempah sup,masukkan sekali air(air tue mai guna pakai air rebusan tulang & daging)
  5. Masukkan carret,kentang dan sayur sup,biarkan sehingga sedikit empuk
  6. Setelah itu masukkan tulang & daging kacau seketika.
  7. Masak sehingga mendidih dan masukkan bebola ikan.Biarkan seketika sehingga kuah merenih.
  8. Tutup api dan masukkan tomato dan hidangkan.
  9. Hiaskan dgn menabur daun sup dan daun bawang.Nak letak bawang goreng pun boleh.


4 ulasan :

suwara entertainment berkata...

wah...bestnye dpt makan sup lunch ni..sbb ape tau..kt office ni sgt2 sejuk..dh naik beku tau..huhu

dalisha berkata...

sedap.. sedap.. sedap

myfara FLK berkata...

ct sini pun sejuk gak..sampaikan sejuk ke tulang..

myfara FLK berkata...

thanks Khaiza