Jumaat, 6 Januari 2012

Mee Goreng

Malam nie tukar selera tak mau makan nasi tapi makan mee goreng.Mee goreng yg mai masak nie sgt simple x byk bahan2 yg dimasukkan pun,makan berdua je kang lebih2 masak membazir plak..Membazir tue kan amalan syaitan..


Bahan-bahan 
  • 1 bungkus mee kuning
  • 3 keping fish cake (dipotong serong)
  • 12 ekor udang (hanya buang kepala)
  • sayur kobis (diracik)
  • 1 1/2 keping tauhu (digoreng & dihiris)
  • 6 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • udang kering (ditumbuk)
  • 2 biji telur ayam
  • 2 sudu besar cili balender 
  • 5 batang cili api ****mai masukkan coz cili balender x pedas 
  • 1 biji limau kasturi (dibelah 2)
  • garam
  • air
  • minyak
Cara memasak
  1.  Goreng terlebih dahulu tauhu & asingkan keluar.
  2. Denagn menggunakan lebihan minyak tadi tumiskan bawang hirisan + udang kering + cili belender + cili api sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan udang + fish cake + kobis kacau sehingga sebati & biar sebentar.
  4. Kemudian masukkan mee kuning  & kacau rata klu terlalu kering masukkan sedikit air.Gaulkan.
  5. Buat lubang di tengah2 & pecahkan telur,biarkan telur itu masak sedikit barulah dikacau rata,masukkan juga tauhu goreng tadi.
  6. Masakkan mee sedikit kering dan taburkan garam.Kemudian tutup api.
  7. Hidangkan mee bersama limau kasturi.Siap utk dimakan..
 -SELAMAT MENCUBA-

:) 

Tiada ulasan :