Khamis, 16 Mei 2013

Ikan Bilis Masak Kicap

Kononnye semalam nak masak nasi goreng je tapi perut nie dah berbunyi-bunyi irama keroncong tukar fikiran masak Ikan Bilis Masak Kicap.Senang sangat nak buat hanya masuk-masuk kan saje dalam kuali tak sampai 15 minit pun nak dimasak.Dimakan dengan nasi panas dan dengan telur dadar terangkat selera makan.

Sekali sekala masak lauk ringkas-ringkas OK gak.



Bahan-bahannya:
2 genggam ikan bilis dibelah dua.
5 batang cili api dipotong 2 .
1 biji bawang besar di hiris bulat 
2 biji kentang dipotong dadu.***rebus dulu utk cepat lembut
Kicap manis secukupnya.
Secubit garam untuk perasa.
Minyak secukupnya.


Cara-caranya:
Ikan bilis di goreng garing.
Masukkan kentang,bawang besar dan cili api..
Bila bawang dah layu masukkan kicap manis dan gaul rata.
Taburkan garam sebagai perasa.
Jika nak berair masukkan sedikit air.
Sedia untuk di hidang.

3 ulasan :

Luv berkata...

sodapnye tgk

nak try la sok2

masakan cam gini sesuai buat time ari2 bekeje mlm2 kalo lapa tu kan senang mudah sodap pun sodap

aku biasa buat cili pd jek xsgka plak letak kicap nmpk tertarik hihi

tq la mai

myfara FLK berkata...

yang aku selalu buat letak cili masak merah @ hijau disebabkan cili tue dah habis aku masuk kan cili padi..

try lah buat..senang sangat..


nadiakeeza berkata...

aku suka letak cili api byk2... pastu tebakar pedas.. hihi