Rabu, 18 September 2013

Resepi Sup AyamBeefBallsMacaroni

Atas permintaan Kak aNa nak resepi Sup AyamBeefBallsMacaroni maka aku upkan sekali lagi gambar menu yang sama..

Cara masak sup nie sama je macam aku masak sup sup lain cuma tukar bahan utama je dan campurkan bahan yang lain.


Bahan-bahan yang diperlukan
  • Ayam
  • Beef balls jenama Marina (ada 20 biji tapi aku guna 15 biji)
  • Macaroni (rebus dahulu)
  • 1 biji bawang besar & 2 ulas bawang puith (ditumbuk/dibelander)
  • 4 biji bawang kecil & 2 biji bawang putih (dihiris halus)
  • 1 paket rempah sup
  • 1 biji carret (dipotong bulat @ panjang)
  • 2 biji kentang dipotong dadu
  • Rempah 4 beradik (kulit kayu manis/bunga lawang/jintan manis/buah pelaga)
  • Sedikit halia
  • Minyak untuk menumis
  • Garam
  • Air
Cara memasak
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
  2. Tumis bawang yg dihiris bersama halia & rempah 4 beradik tue sehingga naik bau, warna menjadi sedikit perang.
  3. Kemudian masukkan bawang yg ditumbuk bersama rempah sup tumiskan seketika.
  4. Masukkan air yg mencukupi
  5. Masukkan carret dan kentang,biarkan sehingga sedikit empuk
  6. Setelah itu masukkan ayam kacau seketika.
  7. Biarkan seketika sehingga kuah merenih dan empuk.
  8. Dan bila semua dah masak baru dimasukkan macaroni dan garam.
  9. Tutup api dan hidang.

SeLaMaT MeNcUbA -


Isnin, 16 September 2013

Sup AyamBeefBallsMacaroni


Yummy yummyyy...Sup AyamBeefBallsMacaroni in the house for lunch today..

Ahad, 15 September 2013

SKANKA kuali gril-IKEA

Tak sia-sia beli SKANKA kuali gril-IKEA nie nak gunanye sesangat senang sekali.

Disebabkan aku excited dari malam tadi beria-ria nak sangat guna kuali gril nie,sarapan pagi nie aku masak daging burger.

Saiz bagi kuali gril yang aku beli nie 28x28cm yang boleh menempatkan 4 keping daging burger.



Tidak perlu menggunakan minyak masak hanya letak terus daging burger ke dalam kuali.Lama kelamaan minyak dari daging burger itu akan kuar sendiri.Aku hanya guna api sederhana kecil sahaja utk memasak maklumlah first time guna.

Yang air tue lah sebenarnye minyak yang kuar dari kepingan daging tersebut.Nampak menarik bukan..


Terbalikkan daging supaya tidak masak disebelah bahagian sahaja.

Bergitulah rupa daging yang telah dimasak.

Sukanye aku guna kuali grill nie jimat masa dan jimat minyak disamping itu boleh kurang kolestrol..

Jika korang nak beli cari kat IKEA dibahagian alatan dapur harganye RM89 ada 2 jenis tau satu lagi harganye RM69 nampak murah sikit bukan yang membezakannye adalah pemegangnye lain dan saiznye besar sikit serta warnanye.

Isnin, 9 September 2013

Hanger Travel



Hanger utk travel pun ada jual rupanye..tak payah susah payah bawa hanger biasa tue.Hanger nie kecil je boleh selit dlm beg dan boleh jimat ruang,kalau rasa tak ada ruang gak dlm beg korang hanya perlu selit dicelah-celah baju je. 

Jom aku tunjukkan cara gunanye..

Dari bentuk asal akan transform menjadi hanger


 Nak guna senang je korang hanya turunkan kedua-dua bahagian kanan dan kiri


bila diturunkan akan jadi begini,

seterusnya...



tarik keluar kan lagi bahagain kanan dan kiri yang bulat tue...


Tarra kan sekarang dah jadi hanger..senang kan,serius tak sampai seminit dah siap dan boleh digunakan..

Hanger nie macam-macam warna ada...Oh ya hanger nie plastik tau boleh gantung pakaian yang ringan je jangan plak digantung pakaian yang berat memang boleh guna sekali je lah..




Sabtu, 7 September 2013

bikin Dadih Mangga arini

Salam sabtu semua...

Hari nie ada rajin sikit nak bikin Dadih Manga,pasalnye nak dibawa besok ke rumah MIL.Besok nak makan tengah hari kat rumah sana,aku dengan muka tak malu semalam minta MIL masakkan Kerang Sambal,tekak nie dah lama tak makan Kerang Sambal MIL sejak kena resdung.Untuk membalas budi MIL aku nak bagi Dadih Manga utk dia.MIL suka Dadih Mangga yang aku buat.Senang pun nak buat.


Tak semua pun nak dibawa,ada sikit nak diberikan pada family aku.Selebihnye aku dan Hubby makan berdua.

Tak sabar nak makan Dadih nie sejuk-sejuk...




***Nak resepi! Beli je dadih jenama "Happy Grass" macam-macam perasa ada..

Jumaat, 6 September 2013

Contest : Family Potret Raya

Assalamualaikum...

Tahun ini tema baju raya kami adalah warna kuning..




Dateline: 
 30 Syawal / 6 September