Rabu, 23 Oktober 2013

Apa yang SKANKA kuali gril-IKEA boleh buat lagi?

Selain dari gril daging burger gril ini juga boleh digunakan untuk masak sosej.


Aku saje je gunakan lidi senang nak terbalikan nanti.Bila dah masak sosej ini akan berminyak.Gunakan saje api yang perlahan dan pandai-pandai lah korang tengok sosej tue dah masak ke belum.

Dan dibawah adalah gambar sosej yang telah dimasak.


Selasa, 22 Oktober 2013

:: Sup Daging - Daging Korban ::

Ahad pun aku sambung masak daging korban ada lagi sebungkus daging korban yang dapat dari org ofis krul,orang tue buat korban jadi dia bagi lah sedikit daging korban.2 hari makan daging korban je panas terasa badan nie pening pun ada sedikit.Disebabkan daging korban nie dapat banyak malas nak fikir panjang aku masak je sup sudah.Potong daging aku serahkan sebulat-bulatnye pada krul.

- Sup Daging -

Resepi sup daging nie macam biasa yang aku buat sup yang lain..Bhan-bahan ikut suka hati campak je ape yang nak makan..

Ada sedikit paru diberikan adalah sebesar tapak tangan,ha sudah nak buat ape nie nak goreng sikit je dapat nanti. sudahnyea aku tambahkan dengan daging lepas tue buat sambal.

- Sambal Daging + Paru sikit -

- Sambal Belacan -

Sambal belacan nie 100% air tangan krul.Dari bakar belacan sampai menumbuh krul yang buat..Tapi tu timun aku yang potong k..



Isnin, 21 Oktober 2013

:: Masak Daging Korban ::

 Daging Korban dapat 2 bungkus, sebungkus part krul menolong melapah dan sebungkus lagi family aku bagi.Disebabkan raya aidilfitri tahun nie aku tak masak rendang jadi daging korban yang dapat nie aku pun masak rendang daging dan jamu family aku makan.

Lepas je solat subuh (sabtu),gegas ke dapur rebus kesemua daging yang telah siap2 krul potong kecil-kecil..Berjam-jam gak lah aku rebus daging biar lembut/empuk senang nak makan.

- Rendang Daging -

Rendang daging nie ada lebih, dari tak habis aku tapau bagi family bawa balik boleh gak mama tambah laut makan malam atau besok-besok.

Oh ya mama tak makan sangat daging jadi menu tambahan yang buat last minute sambal ayam.Nie pun pasal krul yang ingatkan kalau tak memang rendang daging je lah akau jamu family makan.Alang-alang krul nak pergi pasar belikan santan aku pun suruh dia beli ayam sekali.

- Sambal Ayam -

Sambil rebus daging aku pun rebus gak nasi impit.Dua-dua tungku dapur aku gunakan dan keduanye sama-sama empuk dan masak.Aku rebus 20 bungkus nasi impit yang kecil-kecil tue.

- Nasi Impit -

Terasa sungguh macam hari raya plak sabtu tue makan reramai..


Khamis, 17 Oktober 2013

Ualls muka i dalam Majalah Rapi bulan Oktober !



dan gambar i ada tanda ' *

i hantar 2 keping gambar sekali gambar nie pulak yang terpilih

gambar tue kecik sangat nie gambar asalnye lebih terang dan nampak muka memasing


So ualls dapatkan majalah kesihatan no.1 di malaysia nie majalah rapi.


*** jika korang nak gambar korang masuk majalah rapi nie hantarkan 2 keping gambar aktiviti sihat ke norhayati.othman@karangkraf.com