Rabu, 29 Januari 2014

Photobook ke-3 : Cameron Highlands 2013




21 Januari minggu lepas dapat email dari Photobook Malaysia,dorang ada buat promosi Photobook dengan masukkan code FREEMINI kita akan dapat photobook percuma tapi dikenakan bayaran penghantaran sebanyak RM8.Terus tel. Photobok tanyakan promosi tue,memang betul ia adalah FREE.Jadi aku terus tel. lah kawan2 cakap benda alah nie dan suruh dorang buat.Saiz masih sama seperti 2 Photobook yang lepas ini dan ini.

Kebetulan ada gambar percutian aku sekeluarga bercuti di Cameron Hghlands hujung tahun lepas aku pun pikir baik buat gambar tue boleh juga buat kenang-kenangan.

Masa yang diberikan tak lama sampai 26 januari je bertungkus lumus buat jumaat lepas.Siap je terus hantar dan semalam baru dapat.Bagus perkhidmatan Photobook nie tak payah tunggu lama untuk terima.Oh ya software nye baru tak sama dengan 2 photobook yang lepas kali nie layoutnye cantik dan banyak penambahan terbaru.Serius aku memang suka dan berpuas hati hasil Photobook yang ke-3 nie.

Aku nak hadiahkan Photobook album nie buat family aku.


Ahad, 19 Januari 2014

Sup Cendawan Macaroni

Sepiuk Sup Cendawan Macaroni hidangan lauk makan tengah hari hari ini.


Selain heronye cendawan aku letak macaroni,kentang dan telur.Sangat menyelerakan makan bila panas-panas.Ikutkan selera suami isteri nie mau je habis 1 piuk tue tapi kena tinggalkan sikit utk makan malam tapi kalau tak makan malam nie boleh makan besok.

Aku tak guna rempah sup tapi aku guna kiub pati ayam knorr.Senang dan mudah cepat dimasak sedap dimakan..hihihi..




***betul ke ada orang kata makan cendawan boleh dapat anak ramai,kalau betul aku harap aku makan cendawan bolehlah dapat anak ramai..

Khamis, 16 Januari 2014

:: Pakai Uniform ::

Ini baju uniform pertama yang aku pakai tahun lepas.Bukan aku dan linda saje yang pakai semua pegawai bahagian PR dan Pembantu Muzium kena pakai baju uniform nie biar nampak seragam.Warna baju seperti yang korang nampak biru dan hijau digabungkan bersama sedikit corak batik dibahagian atas dada seperti baju yang dipakai oleh pegawai lelaki berkenaan.Namanye Azlan tak payah berkenalan sangat dia dah kahwin pun..Sorry Lan aku bocor rahsia.



Segak tak kami dengan baju uniform nie ceria je warnanye kan.

Tudung terpulang pada masing-masing nak pakai warna ape tapi aku dan linda selalu pakai warna biru dan bagi nampak lagi seragam aku dan linda dah beli shawl yang sama,iaitu warna biru.

Selalunye aku dan linda akan pakai baju uniform nie pada hari isnin tapi sekarang dah kena tukar hari (masih dalam perbincangan nak pakai hari ape) sebab dah ada baju uniform baru untuk Unit.

Yang nie lah bajunye gabungan warna kelabu pekat,kelabu cair  dan hitam.Dalam gambar nie korang nampak birukan tapi kelabu tau sebenarnya.


Smart tak?Smart kan..Siap letak nama kat baju.Tapi kami perempuan pakai tudung nama tak nampak sangat sebab tertutup dengan tudung.

Nanti aku nak cuba pakai dengan tudung warna kelabu plak kena ke tak gabungannye.

Lepas nie memang jimat lah duit aku,tak payah beli kain buat baju baru.Simpan untuk buat baju raya je.


Isnin, 13 Januari 2014

Purse Pierre Cardin untuk MAMA

Semalam aku belanja familys (kecuali Gmarl,dia, hadiri kursus) makan kat Ana Ikan Bakar Petai Bangi,kami makan ketam,ikan siakap,sotong dan lain-lain.Dah lama tak makan kat situ kali ni aku rasa lauk kat situ dah kurang sedap tidak seperti dahulu.


Habis makan barulah aku hadiahkan mama sebuah hadiah 


Purse Pierre Cardin untuk birthday mama tahun ini.


Aku paksa mama buka hadiah kat situ juga tak kisahlah mama tengah malu kerana ada orang sedang pandang kearah dia.

Mama selamat hari lahir dan maaf kerana lambat sambut hari lahir mama (sepatutnye sambut 8 Januari) dan juga bagi hadiah..Harap-harap mama suka dengan hadiah yang kaklong berikan..

LOVE u Mama so much...


Ahad, 5 Januari 2014

Sambal Udang Petai



Yummy yummy lauk tengah hari arinie sambal udang petai...Puas hati dari semalam mengidam nak makan sambal udang petai nie.