Khamis, 7 Ogos 2014

Berjalan ke Melaka raya ke-2

Kebetulan raya kedua jatuh birthday Aby,jadi kami sefamily pakat berjalan-jalan ke Melaka,idea Aby sebenarnya birthday nak berjalan luar dari KL jadi aku cadangakan ke Melaka nak pergi Nilai bosan bukannya ada kedai buka pun raya-raya nie.Ingatkan raya highway tak jem salah ok jem terukkkk kat seremban bosan duduk dalam kereta nak laju tak boleh so jadilah pemandu berhemah.Gerak dari rumah lambat petang dalam 3 lebih sebab tunggu Yasmin&Gmarl datang dorang balik dari rumah family Gmarl sudahnye sampai lewat petang dalam 5 lebih, cari kedai makan isi perut masing-masing lepas tue cari surau solat Asar kemudian baru lah boleh jalan2 kat bandar Melaka.

Tak banyak tempat pun boleh berjalan masa sangat terhad,dah nak malam pun nak kena cari lagi surau nak solat maghrib.Tempat yang sempat kami berjalan Melaka Megamall..Dah masuk shopping mall apa lagi shopping time,masing-masing shopping macam kal KL tak boleh shopping je kan.Masing-masing dapat duit raya jadi nak lekatkan lah duit raya tue shopping kat sini.


sebelum bershopping kita bergambar dulu 

sebelah malam kami naik cruise


tercapai gak hajat mama nak naik cruise Aby plak tak payah cakap memang suka lah kan.Harga tiket bagi warganegara Malaysia kena tunjuk IC harganye rm10 seorang bagi pelancong luar rm15 seorang..Aku belanja family aku 5 orang Krul plak bayarkan tiket aku dan dia..hahaha pandai tak aku suami sendiri tak belanja tapi minta dibelanja..

Sekali lagi sebelum naik cruise kita ambil gambar dulu.Bukan selalu dapat bergambar together.


Ayo gambar goyang lah..Krul nie tak geti dok diam2 kenape kan gambar dah goyang tapi boleh lah dari tak ada kan.

Gambar dalam cruise ada banyak tapi aku malas nak tunjuk kat korang, balik-balik muka kami je permandangan tak nampak sangat sebab malam kan ape nak nampak. 


Percaya tak...tak nampak ape pun kan..Abaikan awek cina sebelah Aby tue..


Bergambar bersama Aby berlatar belakangkan kapal..


Habis naik cruise gerak balik KL again balik pun jem..AAAAAAAAHHHHH penat duduk dalam kereta sampai tertidur aku..Sampai rumah pkl 2 pagi..

Seronok dapat jalan bersama family harap2 lain kali dapat bersama macam gini lagi.. 

Tiada ulasan :