Isnin bawa Mak Ngah sekeluarga pergi Sungai Buloh beli bunga,dari hari sabtu masa jumpa kat Kuantan mak ngah dah cakap dengan mama nak ajak pergi Sungai Buloh katanya nak beli bunga baru untuk tambah koleksi bunga di kebun bunga dia.
Memang betul-betul mak ngah borong beli bunga,masuk satu-satu kedai sampai hujung tengok bunga mana yang nak beli.Sampaikan bonet kereta yang dah penuh dengan beg dialihkan ketepi nak letak bunga-bunga yang dia beli.Aku lupa plak nak snap gambar bonet kereta dia.
Jom layan gambar masa kat sana
berbaju blouse bertudung coklat tue lah mak ngah kite sebelah tue mama aku lah kan..Mama cakap macam bukan kat Sungai Buloh tapi macam kat Cameron Highlands,adalah sikit kan cuma sini panas cameron Highlands sejuk.
posing ma posing mama
Lepas posing-posing dorang tinggalkan aku cuba tengok gambar bawah terus je kedepan tak ingat aku kat belakang nie..
Bukan aku je kena tinggal anak mak ngah pun kena tinggal di belakang mengikutlah kami anak beranak nie kat belakang,ytengok bunga juga tapi ikut suka dorang lah nak masuk kedai mana tak mengikut sangat kita orang nie.
Tah ape lah adik beradik nie berbincang,bincang nak beli pokok ape lah tue kan..suka hatilah jangan tak nak balik sudah.
pokok yang mak ngah pegang tue aku ada beli dulu dan kedai nie lah juga aku beli dulu.Kat kedai nie ada gak mak ngah beli bunga, tah ape tah pokok mak ngah beli aku tak tau namanye ada dlm 3 ke 4 pasu mak ngah beli.
jalan-jalan sampai kedai hujung sekali,kat kedai nie memang mak ngah beli banyak pokok bunga tue kat bawah kaki pak ngah tue semua pokok mak ngah.Pokok bunga raya 3 beg,bunga ros 2 pasu lepas tue pak ngah beli sepasu pokok berdaun je bukan jenis yang berbunga.Kat kedai nie mama gunakan kuasanye tawar menawar serius dapat murah semua pokok yang mak ngah beli dan aku dapat murah sampaikan tauke kedai nie pening kepala,hahaha lantak kan asal dapat murah.
Kat kedai nie aku beli sepasu bunga ros kuning dan beli bunga raya warna putih Mama tak beli bunga tapi mama beli tanah hitam dan kuning,rasanye 8 beg dapat murah gak.Tu yang untung bawa mama semua benda mama tawarkan dapat murah.
Masa nak balik ke kereta mak ngah singgah lagi satu kedai tue,sambung beli 4 pasu bunga 3 pasu dia punya sepasu untuk sedara kat kampung.Lepas tue baru mak ngah gerak bailk Pdalam 3.15 petang.Mak ngah tak sabar nak tanam semua pokok-pokok bunga tue dalam pasu dan di tanah.
Lepas dorang gerak balik aku sambung beli pasu untuk tanam pokok kertas yang aku beli semasa tunggu mak ngah sampai.Lambat sangat nak sampai beli pokok kertas kat kedai luar.Harga murah tue yang beli sampai 3 beg pokok kertas
nie pokok bunga yang aku beli..Pokok kerta warna pink,putih dan unggu cair.
3 biji pasu,2 untuk pasu untuk pokok kertas 1 yang besar tue untuk pokok bunga raya.1 lagi pokok kertas pakai pasu lama kat belakang rumah.Lupa nak snap 1 pasu kecil yang aku belikan untuk mama nak tanam pokok setawar.Sian mama punya dah dimakan oleh siput babi.
nanti aku up N3 lain pasar tanam pokok tue semua.