Khamis, 26 Mac 2015

- Beli Rak Pokok Bunga -

Tercapai gak hasrat hati aku nak beli rak pokok bunga.Ahad (22.03) aku dan mama pergi Sungai Buloh,mamam kata nak beli ape lagi? aku hanya cakap nak jalan-jalan je kalau ada pokok berkenan baru nak beli kalau tak cuci mata je lah tapi sebenarnya dalam hati dah aim nak beli rak bunga yang tengok hari tue kalau ada lagi memang aku nak beli tak kisah lah mahal pun aku nak beli gak.Aku nak sangat beli sebab bila susun pokok-pokok kat rak pokok bunga tue nampak tersusun,kemas dan cantik je.

maaf kualiti gambar kurang memuaskan masa ni nak hujan

nie lah rak pokok bunga nye.Harganye RM140 after diskaun dari Rm190.Pujuk minta kurang lagi tak bagi nak sangat rak nie aku beli gak.Ada 2 warna,warna hitam dan warna putih.Warna putih memang lawa tapi nanti kena air lama-lama berkarat,jadi nak selamat dan nak pakai lama aku pilih warna hitam,smart gak warna hitam nie.Rak pokok bunga nie ada 3 tingkat tapi sebabkan aku tak berape nak ada duit aku beli je yang 2 tingkat,besok lusa kalau ada duit lebih aku nak beli gak yang 3 tingkat InsyaAllah..

Terima kasih kat mama sebab tolong tawarkan dan pasangkan rak pokok bunga nie.Oh ya senang je pasang nye skru dibekalkan pasang je kat kanan dan kiri besi yang diatas dan dibawah kejap je pun dah siap.

Gambar sebelum ditransformkan ke rak pokok bunga yang baru tue

maaf kualiti gambar kurang memuaskan agaknye tangan goyang waktu nie.Jgn salahkan mama i sebab dia bedung aku dulu masa baby.

nampak tak pokok-pokok rose dan pokok rose jepun iuolls walaupun ia tersusun sebaris dengan kaki papan yang dibuat oleh abah  tempoh hari tapi ia nampak tak berape nak berseri sangatkan.Sebab itulah aku aim nak beli rak pokok bunga bagi naik seri.Sila abaikan keadaan tanah dibawah tue,tanah menjadi mendap sebab kena hujan.

Dan ini gambar selepas ditransformkan ke rak pokok bunga yang baru 


cantik kan lepas ditransformkan lebih tersusun,cantik dan kemas malah naik seri kan kawasan ini. Oh ya sempat lagi tau aku beli pokok rose berbunga kecil warna oren,tengok kat tingkat bawah pasu no 3 dari pasu warna putih.

tak nampak yea ok aku bagi tengok dekat-dekat si rose kecil oren ku itu.


Dah lah tue je aku nak cite..kalau korang nak beli juga rak pokok bunga nie cari kat kedai mat bangla tue yea,kasi bodek baik-baik sampai korang dapat harga murah.

5 ulasan :

nadiakeeza berkata...

CANTIK MAI.. MOGA BERKEMBANG CANTIK JE SMUA :)

pearl gal berkata...

Salam Sis...boleh tahu di kedai mana beli rak bunga ni.. cantik dan kemas...

harap boleh share di WA 019-2207428.. terima kasih..

MrBundle berkata...

Salam..boleh tau nama kedai n lokasi..harap dpt membantu..0127944417

Tanpa Nama berkata...

Hi.. Mana beli rak ni? Boleh bagi tahu nama kedai? Thank u. Anuradha.

Tanpa Nama berkata...

Boleh saya tau kedai ni di mana?