Jumaat, 8 Mei 2015

# Jual Bunga Ros Lagi #

Assalamualaikum..Kite nak cite pasal pokok bunga lagi boleh tak??.Semenjak gilakan pokok bunga nie aku rasa aku dah kurang kongsi pasal masakan padahal ada je aku masak itu ini kat rumah tak pe lah nanti dah masuk balik aura memasak aku up kan kat blog nie yea.

Balik pada tajuk asal,2 pasu pokok ros telah selamat dijual pada member opis aku.


Aku up gambar Ros Oren Berbunga Kecil nie dalam FB hari sabtu dengan harga sepasu RM10 kemudian tag kawan-kawan opis kot lah ada yang nak beli,sekali yang beli kak nani lagi uolls.Wah betul-betul semangat kak nani nak menanam pokok bunga habis semua dia borong pokok bunga aku.Baguslah tue kak nani boleh ceriakan laman rumah dengan pokok-pokok bunga kan nak raya nie(ade kena mengena ke dengan raya).


Nie 1 lagi bunga ros yang aku jual jugak,aku namakan ros nie Ros Qu Puteh.Bunga ros nie aku tak up dalam FB cuma aku just wasap je kat mummy linda petang hari Isnin, malam baru dia balas kata tak nak.Aku tak kisah tak nak tak pe aku boleh tambah koleksi bunga ros aku kat rumah.

Besok tue Selasa aku bawa pergi opis sebab nak bawa ke rumah mama,sekali bila mummy linda tengok dia terus berkenan,dia beli okey..nampak tak kecantikan bunga boleh mengubah hati orang dari tak nak ke hendak membeli.Oh ya harga bunga Ros Qu Puteh nie Rm15 sebab kelopak dia besar dan banyak kuntm bunga yang kembang.

Selamat duduk di rumah baru dan dibawah jagaan tuan baru yea pokok ros kesayangan ku.


Tiada ulasan :