Khamis, 5 Mei 2016

Last minute punya plan Jalan-jalan di Melaka

Sabtu dan ahad lepas kami berlima ke Melaka,semalam je kat sana duduk pun kat homestay.

Gerak pagi dalam pukul 10 lebih,jalan agak jem kejap lancar kejap jem semua nak berjalan kan cuti sampai isnin sempena hari pekerja.

Sampai je kat Melaka terus ke homestay dalam 12 lebih kot sampainye.Homestay yang kami duduk tue ok sangat  senang cerita selesalah untuk kami berlima tidur semalam.


cerite isi dalam homestay nie next N3 k cuma aku boleh bagi tau sekarang ada 2 pintu maksudnye boleh 2 penyewa duduk dalam sebuah rumah nie.

Lepas solat zohor kami gerak cari kedai makan untuk makan tengah hari.Disebabkan sebelum nie kami berdua dah pergi melaka aku ajak abah mama dan aby makan di kedai makan Asam Pedas Selera Kampung.Penuh betul orang makan kat sini nasib ada kosong dapatlah kami anak beranak makan disini.


Habis makan kami gerak ke Dataran Pahlawan Melaka Megamall ape lagi shoppinglah kami anak beranak hahahahaha bak kata mama macam kat KL tak boleh shopping je.

Habis  shopping kami gerak pula ke Pantai Klebang,nak basahkan tekak minum coconut shake

Singgah jap kat Bustel nie nak bagi abah dan mama tengok,Bustel nie pun penuh yea orang ramai duduk, konon nak duduk sini gak tapi penuh next time aku nak gak tidur sini nak merasa selesa ke tak tidur dalamnye.




Dah habis tengok Bustel jalan ke depan cari coconut shake lepas tue minum di pantai Klebang tue main pasir dan snap gambar

abah mama


nampak tak kat belakang kami tue,orang ramai sungguh masa tue ramai yang berfamily.Cantik pantai Klebang masa tue dihiasi dengan layang-layang diudara dah macam pesta layang-layang plak.


tinggi betul ko aby,ratu gambar nie sikit-sikit minta ambil gambar layankan aje lah tahun depan dah nak kahwin kan dah tak boleh nak manja-manja lagi.

Dah puas hati semua gerak balik ke homestay sebab abah nak tengok bola malam tue ada JDT lawan.Kononnye nanti lepas habis game bola nak makan bakar-bakar sudahnya aku dan mama hanyut tidur 


Tiada ulasan :